Tuesday, July 21, 2009

BeSTaRi HEWI

Alhamdulillah..dapat ke Bengkel Keselamatan Remaja Wanita 2009 di Kolej Darul Hikmah, Kajang pada 17-19 Julai yang lalu..mule2 yang datang tu 3 orang je peserta,yang lain semua comitee..huhu..sedih gak..tapi alhamdulillah esoknye hampir 30 orang yang datang..

Slot bersama Puan Hazlina atau lebih mesra dengan gelaran Kak Ana (HELWA ABIM) sangat berharga..beliau berkongsi banyak pengalaman dengan kami dalam slot bertajuk “Matabat wanita,Senario Masa Kini”..menurut beliau,kebanyakkan persoalan tentang wanita terdapat di surah al-Ahzab dan al-Nur..same2 r kite tadabbur ye..antara yang menarik ialah tentang kebangkitan wanita mempertahankan hak asasi mereka..mengapa mereka jadi begitu?benarkah Islam mendiskriminasi wanita?pastinya tidak..banyak salah faham telah berlaku..Aminah Wadud menjadi begitu (ifrat-ekstrim) kerana persekitaran tempat dia dibesarkan..mengikut cerita Kak Ana,Aminah Wadud dibesarkan di Afrika..dia dibesarkan di sebuah tempat yang orang lelakinya sangat kasar..jenayah rogol berleluasa..oleh itu,untuk mengelakkan dirogol,setiap bayi peremuan yang lahir akan disunatkan..bukan sunat biase buang sikit2 tapi buang habis kemaluan mereka kemudian dijahit!bayangkanlah kesakitan yang mereka rasai ketika hendak membuang air kecil,ketika haid,dan paling parah sekali ketika beranak!maka,fahamlah aku kenapa Aminah Wadud begitu jadinya..Aminah Wadud bukan calang2 orang,dia merupakan bekas pensyarah di UIA..silapnya dia tidak dapat membezakan antara culture dan ajaran Islam..Afrika sebuah Negara Islam,maka dirasakannya itu ajaran Islam yang mendiskriminasi wanita..tidak!di Sweden pula gaji wanita mesti 30% kurang dari lelaki..jika dikaji,kebanyakkan kebangkitan wanita mempertahankan hak asasi mereka adalah kerana lelaki yang menyalahgunakan kuasa..di Afghanistan,kerana kerakusan lelaki, wanita menjadi tafrit iaitu ekstrimya mereka sehingga mengecat hitam tingkap2 dan tidak membenarkan wanita sama sekali keluar dari rumah..ini merupakan pengalaman Kak Ana ke Afghanistan sendiri..Kak Ana juga menceritakan pengalaman beliau ke gereja di mana ramai remaja wanita Melayu yang bermasalah yang telah dikristiankan..beliau juga dibawa ke sebuah rumah yang menempatkan wanita2 yang bukan wanita biase2 tapi wanita professional seperti doctor dan peguam yang menjadi mangsa deraan suami mereka!yan telinga putus sebelahnya lain,yang kene seterikanya lain..kemudian terdapat sebuah bilik yang terdapat tokog,bible,alQuran sebagai tempat ibadah mereka..mereka menganggap semua agama itu sama!astaghfiruLLAH..itulah keadaanya masyarakat kita hari ini..aku yang mendengarnya takut pula rasanya hendak menghadapi dunia luar..Kak Ana ada membuka sebuah rumah pemulihan akhlaq..sehari paling kurang 3 panggilan yang beliau akan terima untuk menghantar remaja wanita yang bermasalah ke situ..tidak ramai yang sanggup menjadi sukarelawan di situ..bayangkan,bleh lak r ade sorang insan yang sedar dek untung tengah mengandung anak luar nikah pas tu marah2 pekerja surh wat itu dan ini..ayat die cam ni “hei,tolong r angkatkan ni,x nampak ke saya tengah mengandung ni??”..hek eleh..poyo tol..x sedar diri..patut r 2 orang pengurus menarik diri..kata Kak Ana lagi,biasanya sekali je sukarelawan datng,pas tu x datang dah,,x tahan dengan perangia doran..sekarang Kak Ana telah menutup kemasukan remaja mengandung..sape tahan weh,kebanyakkan mereka akan datang kali kedua dalam keadaan mengandung semula!memang dasar nak amek kesempatan tol r dorang neh..

Kebanyakan gerakan hak asasi wanita yang faham ajaran Islam ni mesti pertikai tentang kenapa r pompuan dapat harta pusaka 1,laki dapat 2..untung dapat weh..dorang x tau ke mase zaman Jahiliyyah dulu dorang wat kite cam ne?nak tau?Kak Ana kate,wanita mase zaman tu bukan je pas lahir ditanam hidup2 tau,siap jadi barang warisan lagi..lepas suami die meninggal,anak pun leh ‘pakai’ die tau..dah r x dapat pape..ee..bersyukur r Islam datang..dah la cam tu,pompuan mase tu dijadikan penyemai benih..setiap ahli perang yang hebat akan ditanya siapa ibu mereka pas tu ibu mereka akan ditiduri oleh sesiapa sahaja dengan harapan dapat melahirkan anak yang hebat sehebat ahli perang yang hebat tu..nak ke macam tu??wanita kene faham tanggungjawab lelaki sebagai pemberi nafkah..wanita lain sedikit..setiap masa ditanggung..mase jadi anak,ayah tanggung,dah jadi isteri,suami tanggung,x pun anak lelaki yang tanggung,x pun adik beradik lelaki yang tanggung..semasa zaman Romawi r wanita mula bangkit dan diberi kebebasan sepenunya..nak tau ape jadi?ha..wanita dibogelkan keseluruhannya kemudian dijadikan sebagai seni..tu yang ade banyak gambar wanita bogel..seni la tu konon..kemudian wanita disembah sebagai tuhan r..yang cupid2 2..terdapat juga pelacur kelas atasan yang meniduri ramai pembesar2 dan itu antara sebab jatuhnya zaman Romawi..antara persoalan lain yang dibangkitkan adalah perihal kawin 4..ok,cube fikir ea..kalau si suami mati,kesemua isteri akan mendapat bahagian masing2..nak tau x,antara rutin harian orang agama lain,dorang memang r kawin 1 je..tapi dorang mengamalkan gundik..kalau si suami mati,gundik x dapat pape..ha..fikir r sendiri kalau berada di tempat gundik tu..nanti jadi r macam kat Amerika..lepas orang kaya mati je,ramai r karang gundik2 dorang tampil menuntut harta..celaru kan dorang?

Islam tu dah cantik dah..apesal la dok pertikai lagi..pas tu dok tafsir al-Quran suke2 hati..hakikatnya sebab2 orang2 macam ni r yang dok membuatkan orang bukan Islam memandang serong terhadap Islam itu sendiri..bile kite terangkan kat orang bukan Islam,dorang pun kate “oo..cam tu ke..saya x tau pun..”..haiya..

Jenayah remaja wanita semakin meningkat..tau x?statistik baru je dikeluarkan..Kak Ana engibaratkan aiman umat Islam sekarang seperti agar2..iman agar-agar..tampak keras di luar,hakikatnye lembut dimakan..sedih dengan scenario umat masa kini tidak menghilangkan semangat beliau untuk meneruskan kerja-kerja da’wah..di mana peran kita?HEWI2!bangun weh!beliau turut berkongsi antara langkah2 da’wah yang berkesan iaitu langkah 4K..Keilmuan (niat kerana ALLAH,tuntu ilmu banak2)..Kesatuan (melakukan gerak kerja yang sama,jangan kisah kalau cara kerja berbeza)..Kepekaan (Peka isu semasa)..Kemahiran (Soft skill)..

Kemudian kami ke slot perbincangan..banyak yang kami bincangkan..jenayah remaja wanita semakin meningkat..kelompongan idola Muslimah..statistik rogol semakin meningkat..kami membincangkan solusi..memang banyak yang kami bincangkan..hangat sungguh perbincangan petang itu ditambah lagi dengan pandangan yang dilontarkan oleh Kak Ana sendiri..

Bengkel bermula

Akhirnya dapat jua aku bertemu dengan mantan HEWI yang mengasaskan bengkel ini,Shamsiah Mahli atau lebih mesra dengan panggilan Kak Sham..kami akan menjadi fasi untuk dihantar ke sekolah2..insyaALLAH perancangan selepas ini adalah untuk turun ke sekolah dan membuat bengkel untuk adik2 ersayang di sekolah pula..Kak Sham pun menurunkan segala modul2 dan ilmu2 beliau kepada kami..kami pun menerima watikah tersebut dengan berbesar hati..wah..kate Kak Sham..kite ramai fasilitator perempuan,tetapi trainer wanita kurang sekali..eh silap..xdepun rasenye..hehe..banyak input yang berbentuk modul..x dapat r cite kat sini..rahsia tu..hehe..padahal x tau nak cite cam ne..

Kesimpulan

Simpul punye simpul,yang sedar ni kene r mainkan peranan yang besar sekali..orang laki pun same..bawa2 la sedar weh..dok suruh HEWI perkasa la itu la ini la..yang depa tu dok ceruk tu gak..aiyamas..

p/s : DYP..do your part..HEWI aktivis!yeah~blogger-emoticon.blogspot.com

Ta’ruf oh Ta’ruf

Alhamdulillah..selesai sudah minggu ta’ruf untuk kemasukan baru UIA Gombak ang berlangsung selama 3 hari..kerana h1n1 ta’ruf terpaksa dipendekkan kepada 3hari dan aktiviti hanya sehingga jam 7malam sahaja....mase rector dengan head-head kuliyyah datang dengan jubah dorang mase baiah ceremony kan..fuh..Tuhan je yang tahu darah ni berderau..jiwa gugup..semangat berkobar-kobar..hati pun tersedar..islinda dah jadi mahasiswa UIA..cam x sangka je..rase macam semalam je dok kat sekolah rendah tengah dok berangan nak masuk UIA.kui3..aku pun memasang tekad untuk tidak menjadi mahasiswa yang biase2 sahaja..aku ingin menjadi mahasiswa muslimah yang luarbiasa jiwa kepermudaannya berlandaskan syariat..wahhh..insyaALLAH..

Hari pertama


Aku dapat mahallah hafsah awalnye tapi kene ke mahallah maryam sebab dah penuh..committee awal2 dah wat2 x mesra lak ea..ni yang nak hangin ni..dah r beg berat..kene menapak lagi ke maryam..uish..awal-awal ta’ruf aku potong que orang untuk pendaftaran..bukan aku sorang je..seluruh rakyat ICT da..ki3..nakal tol..kami dok paling depann sekali..kelakar tol mase pemilihan bai’ah leaders..rase nak gelak sorang-sorang pun ade..aih..baru hari pertama dah macam2 hal berlaku..ramai orang salah faham ingat ade orang yang mencalonkan nama aku untuk ke depan..mane ade..aku yang tulis name sendiri untuk bai’ah leaders tu..tapi mase aku tulis tu aku x sangka lak akan kena panggil naik atas pentas..aku ingatkan audition kat dalam bilik cam bese je..aku pun berangan r nak cube2 je bai’ah..pas tu main2kan committee yang eksen gile nak mati tu barang sedikit sebanyak ke kan..tup2 name kene panggil naik atas pentas..ya ALLAH..mase tu Tuhan je yang tahu betapa jantung ni nak terputus saluran darahnya..tu r,niat x baik lagi..malu sehhhhh…mesti lawak gile aku kat depan tu..huh..ape lagi,kat depan tu aku pun menyorok r belakang calon lain..huhui~

Aku sesat!!bleh lak aku sesat di waktu maghrib nak cari mahallah maryam..mule2 aku ingat nak lalu mahallah halimah sebab sahabatku Azimah pernah bawa lalu situ..sekali pagar kunci..pakgad g sembahyang..huish..hampeh tol..pagar je panjang,pintu kecik..satu je lak tu..kunci pulak..ape r..terpaksa r aku patah balik menapak lalu mahallah hafsah..sesat lak tu..baru r aku perasan banyak gile bukit kat situ..cis..tapi xpe..dapat berangan jadi kapten tengah mencari arah di atas bukit..aku nampak kolam renang..hahai..ape la maghrib2 sesat2 berangan lak..

Malam tu aku x wat ape2 pun..beramah mesra dengan kakak sebilik yang hanya duduk sementara di situ..sabar je kak mawaddah,kak yusro dan kak jannah layan aku yang gediknya semakin menjadi-jadi setiap kali ketemu sama kakak2..huhu..salam perkenalan buat kakak2..seronok kenal dengan kakak2..aku dapat sebilik dengan suha,x sangka betul sebab suha ni kawan roommate lama dulu, nisa..huhui..dan juga airah yang juga kawan kepada kakakku Nur Cahaya..huhu..

Hari kedua


Hari kedua pun aku buat hal lagi..sepatutnya jam 5.30pg kena ke masjid untuk solat subuh tapi aku yang x berapa alert..bangun dah jam 5.30 dah pas tu tido dan bangun semula jam 6pg untuk bersolat di bilik..tapi aku tengok si suha ni x de pun kat bilik..aku cuak!aku tengok tentative..wehhh..kene ke masjid kol 5.45 da..dah r dengan x gosok baju segala..kak nor tepon..die pun bangun lambat gak..hui..xpe2..tenang2..siap cepat..huhu..kak nor kate bro sume x ke masjid dan cadangkan untuk ke CAC terus jam 7.30pg..aiyak..bio la..sticker yang penting ma..aku cepat2 siap dan suruh kak nor pun siap cepat..pum pang..pum pang siap jam 7.30pg..lambat tol kak nor ku ini..huhui..sekali die bersama 2 olang budak..macam kenal..ceh!!!puteri dengan nadila da..poyowz..dorang pun lambat gak..rupe2nye dorang sebilik da dengan kak nor..ohoi~..masing2 wat muke tenang walaupun dah lambat(dalam ati sape tahu?)..wat muke otai..kui3..dalam ati dah set dah,kalau committee wat muke garang nak marah2,aku akan wat muke laagii garang cam nak makan orang.hahahaha..sampai2 je kene makan..dak2 ni g usya sorang abang 2 nak sticker dengan bagi alasan x datang masjid sebab xde orang kejut..padahal merepek dah committee kate penat dorang kejut..huhui..abang tu cakap kalau nak sticker kene makan dulu..mak aih,baik la plak abang ni..ape r dak2 ni usya gaknye..kenyit2 mate kotz..aku amek faedah je..ki3..sticker..sticker..sampai2 je CAC orang dah penuh..wat je muke x malu g naik tingkat atas duduk..huhui~

Majlis mule lambat..


Selambat lambat aku yang datang lambat lagi lambat majlis mule..apa da..ayam tol..dak2 yang datang awal dah mengarut dah..lepas solat subuh dah r xde tazkirah ker bace ma’thurat ker tup2 kene terus ke CAC..sampai CAC lagi lame r dorang memanaskan punggung kalau nak dibandingkan dengan orang yang datang lambat..ade hikmahnye aku datang lambat ma..kalau x,lame dah comitee kene maki dalam hati.haha..nak wat cam ne,dorang memang dah lembab awal akhir..hahahaha..

Aku nak komen!!!!


Ape yang paling mentensenkan aku ialah aku x dapat borang penilaian!!!!!!!!argh..banyaknye yang terbuku di hati x terluah..parah woo pendam2 ni..xpe..komen kat blog jer..

1. dah r ta’ruf telah dipendekkan kepada 3 hari++sampai kol 7ptg je,apasal ade slot2 yang x sepatutnyer????tapawe dengan h1n1 briefing x yah r ade slot khas..mengong..banyak bende x selesai pasal mende alah nit au..hampeh tol r..
2. comitee kerek gile..ni ke contoh kesenioran yang nak ditunjuk??blah la..kitorang umo dah 20 r..xyah r x wat muke kerek korang 2..gaji korang gune wit kitorang gak tau..aku x halalkan baru tau..ade r comitee yang over slept tapi salahkan kitorang..konon banyak fikir pasal masalah kitorang..ceh..blah la..subuh sembahyang x 2..
3. comitee x tunjukkan langsung identiti seorang yang beragama ISLAM..aku bukan r nak demand sangat kan..nak konservatif ke ape ke..bukan nak suruh dorang hipokrit pun..dah tau korang tu ISLAM..paham2 sendiri dah r kan..boleh lak yang menbod dok kat atas pentas gedik2 dok sebelah2 laki pompuan..mungkin ni bukan isu besar..tapi bleh je kan kalu dok laki depan pompuan belakang kan..pas tu ade lak comitee gagak 2 sejoli dok depan aku sebelah2,hampeh si gagak makan sampah,dok biasa xpe,ni x terkeseng2 gedik..kalau leh aku baling kasut aku baling je weh…tapi xkan r awal2 masuk nak wat hal kan.siap r korang t..bukan kasut je aku baling..bangku sekali aku baling..yang comitee lelaki pesal ntah gedik2 pergi kat tempat dok pompuan kat atas..blah la weh..ko ingat kitorang nak sangat ke tengok korang yang kerek tu kat atas neh..
4. slide show dorang memang maasyaaALLAH suntingan die cantik weh!!!!!!aku suke..tapi hampeh tol jalan cite die..ee..malu aku sebagai dak UIA..malu..malu..eh silap..dorang yang memalukan..wat pe aku nak malu lak kan..huhui..
5. pengurusan dorang ntah pape je..ade r dak direct intake yang ngadu kat aku..dorang kate cam nyesal je masuk UIA neh..huhu..no komen..time management dorang..mak aih..weh,korang x sdiakan plan b ker???ade ke dah azan maghrib tapi sis kene tinggal hanya kerana beg seorang pelajar??pandai2 r dak tu nak jumpe comitee sendiri pas majlis kan..mane r tau die segan ke..sengau tol..

banyak lagi nak komen..tapi 2 la..aku x nak r jadi NATO kan..no action talk only..maka,aku berazam untuk menjadi comitee ta’ruf akan datang..wah..insyaALLAH..aku dengar2 ramai gak dak2 PKPIM yang apply tapi x dapat..tapi xpe,yang penting cube dulu..x tau r kalau ade diskriminasi dari orang atasan kepada orang yang berfikrah Islamiah yang baik kan..kalau betul r..hm..nak wat ape ye..xpe,t aku fikir,,aih,mane r MPP yang mencanang2 bercakap mase kempen hari tu ye..letak jawatan je r weh..cite pasal helmet..bek lagi si Syahid dengan geng2nya dulu wat bi’ah solehah seminggu tau..haha..

Ta’ruf Week idaman saya


Aku berangan..aku mahukan minggu ta’ruf yang penuh dengan kasih sayang..haha..aku wat kire2..kalau comitee 100..dak2 ade 1500..ha,sorang comitee pegang r 15 orang adik2..pas tu adik2 tido dengan comitee..insyaALLAH xde r masalah bangun lamnbat kan..di samping itu,kami juga mendapat kakak2 atau abang2 senior sebagai tempat rujukan..ni x,aku tengok muke comitee yang garang 2,x ingin aku tanye,baik je aku tanye kakak2ku di PKPIM..huhui..mesti dorang akan cakap macam budak kecik je nak wat cam tu..hek eleh..tu r..korang x tau..ni r ukhwah Islamiah namenye..bukan ngade2 mintak dilayan tapi mengeratkan silaturrahim pe..bukankah itu yang Islam ajar..ni x,wat muke rimau lak..sape nak dekat weh..lepas tu,jika ada waktu senggang di isi pula dengan pengisian ilmiah..ya ALLAH..indahnya dunia andai berada di bawah lembayung ilmu dan kasih sayang..

Dah r tu..lebih2 berangan pun x elok gak kan..

p/s : teringat kata2 dr Farid Syahran..UIA sekarang sudah tidak seperti dulu yang suasana berada di bawah lembayung ilmu itu sangat terasa..mesti indah waktu u kan.hm..UIA dah berubah..

MuLTaQo’ NuQoBa’

Alhamdulillah..
Tercapai jua hasratku untuk ke MuLTaQa’ NuQaBa’ yang diadakan di Kolej Darul Hikmah pada 4 dan 5 Julai 2009 yang lalu..uih,lame dah berlalu baru nak wat entri kerr..huhui~..sibuk sangat gamaknyer..almaklumlah..nak mendaftar sebagai pelajar baru sekolah UIAM Gobak r katekan.kui3..

Ramai yang tanye..MuLTaQo’ NuQoBa’ tu aper?hm..sekarang ni aku ade masalah r..masalah nak bagi penerangan secara ringkas..serius..penghuraiannya sangat panjang setiap kali sahabat-sahabat bertanyakan soalan..x tau la sejak bile dapat penyakit ni..berbalik pada persoalan tadi..perkataan multaqo' berasal dari perkataan liqo’ yang bermaksud jumpa..bese x dengar orang cakap ilaa liqo’?ha..tu maksudnya sehingga jumpa lagi..nuqoba’ pula adalah jama’ bagi perkataan naqib/naqibah. Maka kesimpulannya kat sini multaqo’ nuqoba’ tu maksudnya pertemuan naqib dan naqibah. Aku ni naqibah ker?haha..x layak pun..saje je cube2..xpe2..kerana ilmu,ku tebalkan jua muka..layak x layak belakang kire..ki3..

Antara asas penting yang perlu ada pada seorang naqibah ialah aqidah, akhlaq dan pandangan alam yang benar. Multaqo’ ni merupakan multaqo’ yang kedua yang membincangkan tentang akhlaq dan pandangan alam serta ‘communication skill”. Multaqo’ yang pertama hari tu membincangkan tentang aqidah..hu..rase menyesal lak x pergi..huwa!!!tapi xpe r..kalau x dapat semua, Jangan tinggal semua kan.huhu..alhamdulillah..rasa bersyukur sangat dapat ke multaqo’ kali ni..hoye~

Slot pertama

Slot pertama disampaikan oleh Ustaz Nasir Mat Tap (jangan x tau ni abang kepada kakakku Faridah Mat Tap) iaitu salah seorang pensyarah di Kolej Darul Hikmah. Tajuknya ‘Akhlaq Mu’min Sejati Sebagai Aktivis Gerakan Islam’. Slot ini membicarakan tentang akhlaq dan adab. Ada yang bertanya, apa beza akhlaq dan adab? Ustaz cakap, lebih kurang jer..cume akhlaq tu umum..adab tu khusus dah. Mengikut Imam al-Ghazali, akhlaq itu membawa maksud sifat yang pelbagai.. Asas kepada pembentukkan akhlaq pula adalah hati.. Terdapat hadith yang mengatakan bahawa ‘di dalam diri manusia itu terdapat seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah keseluruhannya. Jika buruk hati itu, maka buruklah keseluruhannya. Itulah namanya hati.” Megikut Abdul Karim Zahidin dalam bukunya Usulu ad-Da’wah pula ‘akhlaq da’ie adalah akhlaq mu’min sejati, sifat yang sebati dalam jiwa.’ Akhlaq terbahagi kepada 2, iaitu hasanah (baik) dan sayyi’ah (buruk). Antara faktor yang boleh menyebabkan hati menjadi buruk adalah banyak makan, banyak tidur dan banyak cakap (opsss..).

Al-‘ilmu bi al-‘ulum.. Berilmu dengan belajar..

Mengikut kitab Ihya’ UlumudDin tulisan Imam al-Ghazali, dalam proses mendapatkan akhlaq yang baik dan membuang akhaq yang buruk itu terbahagi kepada tiga prses iaitu:

1. al-takholli – Mengosongkan jiwa dari sifat-sifat yang buruk (mazmumah).
2. al-tahalli – Menghiaskan jiwa dengan sifat yang mulia (mahmudah).
3. al-tajalli – Penyucian jiwa.

Adab juga merupakan salah satu aspek yang penting dalam perjalanan mendekatkan diri kepada ALLAH. Jika baik adabnya, maka baiklah perjalanannya dalam mendekatkan diri kepda ALLAH. Jika rosak akhlaqnya, maka rosaklah perjalannya dalam mendekatkan diri kepada ALLAH. Mengikut Imam al-Juziy, adab itu adalah keseluruhan ad-Din.

Ustaz tu kata lagi, seseorang yang beradab itu perlu seimbang kehidupannya. Mengikut ustaz tersebut, seimbang kat sini bukanlah 50-50 mahupun sederhana (ala kadar) megikut fahaman umum tapi maksudnya tepat. Bersifat tepat dalam melakukan sesuatu perkara terutama sekali dalam menjadi hamba ALLAH yang setepatnya. Contohnya berlaku suatu peristiwa di mana Sayyidina Abu Bakar menginfakkan seluruh hartanya pada jalan ALLAH manakala Sayyidina Umar menginfakkan separuh hartanya pada jalan ALLAH dan separuh lagi disimpan untuk keluarganya. Apabila ditanya kepda Sayyida Abu Bakar tentang apa yang ditinggalkan buat isteri dan anak-anak maka jawabnya “cukuplah ALLAH dan Rasul bagi mereka.”. Jika dinilai dengan mata kasar, maka perbuatan Sayyidina Umar akan dianggap lebih sederhana manakala Sayyidina Abu Bakar seperti terlalu ekrtrim bukan?tidak..setiap orang mempunyai penilaian tentang ketepatan dalam menjadi hamba ALLAH yang berbeza. Bagi Sayyidina Abu Bakar mungkin untuk menjadi hamba ALLAH yang baik, setepatnya untuk dia lakukan adalah dengan menginfakkan seluruh hartanya. Bagi Sayyidina Umar pula mungkin lain. Apa yang aku dapat dari pengisian ini adalah, jadilah hamba ALLAH yang sentiasa melakukan yang terbaik yang boleh dilakukan dalam mencari redha-Nya, bukan ala kadar sahaja.

Seterusnya ustaz menyambung tentang akhlaq mu’min sejati iaitu mu’min yang bersifat rabbaniy atau ulul albab atau insan kamil.. Antara kriteria-kriteria ulul albab itu adalah:

1. Penuh hikmah. (Hikmah bermaksud melakukan perkara yang sepatutnya dengan cara yang sepatutnya pada waktu yang sepatutnya).
2. Gigih dan ghairah dalam mencari ilmu.
3. Sentiasa berfikir dan bertafakkur.
4. Sentiasa mengambil iktibar daripada al-Quran.
4. Berani kerana benar.
5. Gigih berda’wah.
6. Gigih menegakkn prinsip tauhid. (Laa ilaaha illaa ALLAH)
7. Menjalankan amanah ALLAH.
8. Sabar dalam mendirikan solat.
9. Sabar dalam mencari keredhaan ALLAH.
10. Sentiasa menegakkan perintah ALLAH.
11. Pemurah menginfakan harta ke jalan ALLAH.
12. Menolak kejahatan dan taghut.
13. Menolak kejahatan dengan cara baik dan bijaksana.
14. Mengambil iktibar dari sejarah.
15. Ruku’ dan sujud setiap malam.
16. Bertaqwa.
17. Sentiasa diberi hidayah untuk melakukan yang terbaik.
18. Sentiasa bijaksana dalam melakukan pertimbangan.
19. Sentiasa menghubungkan dan menjaga silaturrahmi.
20. Melaksanakan janji kepada ALLAH.
21. Sentiasa takut akan nasib di hari kiamat.

Slot kedua

Slot ni antara yang aku tunggu. Aku teringin sangat nak tengok Wan Ahmad Faisal yang sangat terkenal dengan falsafahnya tu. Aku selalu gak bace blog dia, rausyanfikir.com, selalu gak aku termenung setiap kali bace sebab x faham ape yang die tulis. Bahasa dia tinggi betul. X sangka tol dapat jumpe beliau malam tu..alhamdulillah..kalau dah jodoh x ke mane,ye x?hehe..Wan Ahmad Faisal merupakan pelajar Universiti Teknologi Petronas dan minatnya dalam bidang falsafah nampak sangat mendalam. Malam tu dia bercerita dengan penuh semangat sekal..buku-buku yang dibacanya semuanya tebal-tebal..melopong adikku Aisyah Sajuni melihatnya.hahahha..x tahan aku tengok gelagat adikku yang seorang ini. Tajuk yang dientang beliau adalah ‘Pembinaan Pandangan Alam dalam Islam sebagai Asas Pembentukan Tarbiyyah’. Malam tu barulah aku dapat jawapan, dalam banyak-banyak pandangan aku yang dok bersepah-sepah dan mencelarukan tu sebenarnya penting untuk mempunyai satu skop pandangan dari kacamata Islam itu sendiri dan pandangan alam sangat penting untuk seorang da’ie terutama sekali naqib dan naqibah.

Malam tu best sangat..dapat kenal ramai ahli falsafah..cerita tentang tamadun Islam yang sangat maju zaman dulu r..kejatuhan tamadun Islam r..kecelaruan yang teramat sangat dan kemajuan tamadun barat r..falsafah nampak je cam poyo tapi sangat memberi impak yang sangat besar dalam pembentukan sesebuah tamadun tau..dia punye cerita tentang kecelaruan tamadun barat ni,dia ekspresikan kat muke dia..cam tamadun barat ni sebenarnya mempunyai pemikiran yang serabut gile r!x tau nak cakap ape ntah.hahahaha..aku bersyukur sangat dilahirkan sebagai umat Islam..dan sekarang masalah yang paaling utama yang melanda umat Islam adalah secularisme. Sekarang kat yang kite nampak macam r politik tu masalah yang besar sangat tapi hakikatnye politik tu hanya salah satu daripada secularisme! Antara cabang-cabang secularisme adalah politik, pendidikan dan nilai2 moral. Mereka memisahkan unsur2 kerohanian dalam setiap bahagian-bahagian tersebut. Politik Malaysia contohnya semua orang sudah sedia tahu system perundangan kita mengikut sistem perundangan British setelah British menjajah kite dulu, sudah tentu2 r bukan sistem perundangan syariah yang dijalankan. Kalau ade pun tidak dilaksanakan dengan telus. Dalam system pendidikan pula sudah terang lagi bersuluh pendidikan kita telah disekularkan..bile nak laksanakan desekularisme lak alasannye dah ade sekolah agama..aiyak..maka lahirlah bijak pandai akademik yang mengaku Muslim tetapi berpendirian secular dan terlalu liberal..dari segi nilai moral pulak, mereka telah merelatifkan semua nilai. Semua nilai moral mempunyai tempat di dunia ini x kire ianya bertentangan dengan fitrah manusia atau tidak. Contohnya memberi tempat kepada para lesbian dan gay seperti yang berlaku di Amerika kerana merasakan mereka juga perlu diberi keadilan, ruang dan peluang untuk melaksanakan keinginan mereka sedangkan Islam melarang semua itu. Adil dalam Islam membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Memberi peluang kepada pada homoseksual untuk meneruskan keinginan mereka yang bertenangan dengan fitrah seorang manusia itu adalah sesuatu yang x adil bagi mereka sebenarnya. Wan Ahmad Faisal cakap sape dak UIA beruntung sebab ape yang dia cakap sume tu t kami akan belajar gak kat matapelajaran Worldview di kampus utama nanti..alhamdulillah..dah faham dulu baru masuk kelas..x sabar nak kelas Worldview.keh3..

Senjata Pandangan Alam

Mende r ni kan..slot seterusnya merupakan slot kemahiran komunikasi. Kami dikehendaki untuk pergi cari ape2 barang dan cipta satu produk seterusnya promot produk tu. Aku sekumpulan dengan Kak Khairiyah dari KUIS, Hafiz dari UPNM dengan Iqmal dari UIA Nilai. Mule2 tu kitorang termenung je. Adikku Iqmal dan Hafiz pun amek la pelepah, daun betik, batu, rehal..Kak Yah lak amek botol. Aku?termenung.hahaha..dorang pun sambung2kan r menatang2 tu sampai jadi rupa cam meriam pun ade aku tengok tapi xkan r nak wat meriam kan..aku termenung lagi..bile tanye dorang,dorang pun x tau dorang tengah wat pe senanye ni..hahahaha..aku pun cadangkan je kite wat senjata untuk pertahanan negara.kui3..spontan punye idea..belasah je la..aku namakan senjata kami ni sebagai Senjata Pandangan Alam sempena slot malam tadi.hehe..setiap 2 kumpulan akan bertanding untuk promot produk dorang untuk memenangi hati juri dan memilih produk dorang untuk ke peringkat seterusnya..aku awal2 agak cam nak kalah je sebab kitorang memang dah ketandusan idea weh!!!aku tengok kumpulan Juara bukan main cun sangkar die wat..hoho~..tapi 2 r..mule2 kami lawan kumpulan Ramlee Samsam..kumpulan adikku Pece ni kerja dorang menghentam kami je..orang soh wat 1 produk,dibantainye 3 produk..ceh..pas tu ade ke kate kumpulan kami menggalakkan peperangan..ces..aku kagum dengan adikku yang seorang ni,persembahan dia sangat meyakinkan..adikku Iqmal juga aku kagum,soalan2 yang dilontarkan sangat menpunyai pandangan yang cukup jauh..terkedu lawan mendengarnya.ki3..kelebihan buat kumpulan kami kerana adikku Hafiz dari Universiti Pertahanan..jadi die tahu serba sedikit tentang istilah2 peralatan pertahanan,melopong juga pihak lawan mendengar name2 alatan yang pelik2 tu.kui3..Kak Yah juga x kurang hebatnya dengan batu yang dibayangkan sebagai radar.keh3..yang aku ni tau gelak je..hihi..untuk pusingan pertama melawan Ramlee Samsam,kakakku Sumayyah jurinya..x sangka weh,kumpulan aku menang!!!hoya~..termenung adikku Pece.ki3..kami pun masuk ke pusingan yang seterusnya..lawan punya lawan punye lawan..paling x sangka masuk final tuh!!!!!!kami lawan kumpulan Juara yang diterajui oleh sahabatku Sakinah, adikku Aisyah Sajuni, adikku Azam dari UIA PJ dan Azwan dari UIA Nilai dengan produk mereka Sangkar Kasih Sayang kot..kami kalah..hihi..x kisah la..yang penting yang masuk final sume wakil dari UIA PJ.ki3..ape yang aku dapat dari slot ni ialah kemahiran komunikasi tu sangat penting buat seorang Naqibah supaya ahli usroh x merasa bosan kerana penyampaian yang terlalu skema. Cara komunikasi perlulah sentiasa berubah. Dan jangan sesekali suke menghentam orang lain, dengar juga pandangan orang lain..kite ni pun bukannye selalu betul..adikku Pece menyatakan kesilapannya kerana menghentam kumpulan kami dengan harapan kumpulan kami merasa ‘down’..ceh..kamu x kenal lagi sape kakakmu yang sentiasa bersemangat ini.keh3

Akhir Kata Dari Abang Naim

Untuk penutupan, tuan Presiden Abang Helmi x dapat menghadirkan diri kerana berada di Perak kalau x silap. Maka Abang Naim sebagai Timbalan Presiden terpaksa menggantikan Abang Helmi..Abang Naim pun x kurang hebatnya..beliau menyimpulkan keseluruhan aktiviti untuk program Multaqo’ Nuqoba’ iaitu :

1. Ilmu

- fardhu ain : aqidah, akhlaq, pandangan alam
- fardhu kifayah


2. Adab
- hubungan dengan ALLAH
- hubungan dengan manusia


Kata Abang Naim, ilmu dan adab perlulah bergerak seiring.,ilmu perlu diamalkan supaya melahirkan manusia yang beradab,jika x tu yang melahirkan manusia biadab tu..beliau juga memberi 1 analogi tentang secularisme dalam nilai-nilai moral yang mahu memberi tempat kepada segala nilai di muka bumi ini. Kata beliau,jika benarlah begitu yang diinginkan, lepaskanlah serigala di tengah Kuala Lumpur, serigala pun mahukan kebebasan untuk menjadi dirinya.hahahahaha..tol gak ek..dan lagi beliau memberikan analogi untuk pandangan alam di mana pandangan alam dalam Islam itu seperti jigsaw puzzle..kerangka luar jigsaw puzzle merupakan batasan fikiran manusia yang terdiri daripada ilmu fardhu ain (aqidah,fiqah,tasawuf) dan fardhu kifayah yang dihiasi dengan adab hubungan dengan ALLAH dan manusia..biasanya jigsaw puzzle ade gambar dulu kan baru r kite boleh nak susun kan?begitu juga dengan kita,kita perlu mempunyai pandangan alam yang betul kemudian barulah kita dapat menyusunnya..kalau x jadi r macam tamadun barat yang penuh dengan kecelaruan dan x mempunyai kerangka fikiran yang diperlukan terutama dalam hal-hal falsafah..sekadar selingan, cite pasal abg naim,teringat pada bakal isterinya,Adibah..huhu..tahniah..


Alhamdulillah..

Setelah sekian lama terbelenggu dengan kekeringan ilmu di rumah,akhirnya pecah juga ruyung-ruyung tersebut..wahhh..apakah..bahagia dapat bertemu kembali sahabat2 sefikrah..adikku aisyah sajuni,x kering gusiku duduk di sebelahnya..asik wat lawak je..hm..rindunye adik2 di pj..tapi ceo2 ni sibuk sekarang..dapat anta wakil 2 orang je..huhui..


p/s : apa khabar ya para naqibah di kuantan?dengar kata sangat bahagia..huhu..