Tuesday, June 30, 2009

SeMaNGaT BaLeK..HoHo~

Alhamdulillah..

Muktamar KPIJ telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Jamek Bagan, Rengit, Batu Pahat, Johor pada 28Jun2009 yang lalu..tahniah&takziah buat exco2 pusat KPIJ yang baru ditaklifkan terutamanya Abang Khairullah yang telah ditaklifkan menjadi chip..kui3..

Tak sangka dapat bertemu dengan kakakku Akma dan kakakku Syafafwati yang sanggup datang jauh2 dari KL..huhu..gedik tol aku mase jumpe dorang..keh3..

Paling x sangka dapat bertemu si montel Izwan..wah3 budak ni..cuti 3 bulan buat ape ntah kat umah..makin tembam seh..dan die berazam untuk meguruskan badannya di Gombak nanti..yeah~chaiyok!tahniah atas laptop baru anda..leh pinjam?ki3..

Si tembam Izwan ini juga r yang telah mengkelam-kabutkan aku di petang yang damai itu..aku dah rancang untuk ke muktamar tersebut pada pagi ahad tapi disuruhnya aku datang juga petang tu..ingatkan malam tu nak mintak kemas ape2 ke..hampeh xde..siap buat aku tunggu kat masjid 2jam..amboi..

Tapi ade hikmahnya..sib bek ade hikmahnya..kalau x..x tenang r ko izwan mon***..hik3..hikmahnya aku dapat mengemas bahagian muslimat..aku lipat telekung,sejadah..siap asingkan lagi..2 kalau ade penyapu 2 lame dah bersih berkilat2 tempat 2..ye r,2 jam tunggu kan..aku sempat tido bangun tido balek bangun balek tau..main game asik menang je..aiyak..dan aku paling gembira apabila dapat bersua dengan adikku Fiqa dan adiku Azimah daripada Nilai..sanggup dorang datang dari jauh2..hu..terharu tol..dapat aku berusroh dengan adikku Fiqa sehingga jam 5pagi..ya Allah..rindunya aku akan suasana hari tu..tapi 2 r..menyengguk r aku mase ucapan dasar muktamar..ki3..alhamdulillah kak Milah ade kat sebelah rajin mengejut..kui3..macam-macam yang aku bincangkan dengan adikku Fiqa..macam-macam ilmu yang aku dapat hari tu..alhamdulillah..maceh dik..

Muktamar berjalan seperti biase..cume bese r..aku pun x pasti r..aku ingatkan aku je yang x suke wat format2 laporan..habis kelam kabut muktamar PKPIM PJ hari tu aku buat..rupe2nye kakakku Sarah dan abangku Khairullah pun lebih kurang same je..hahaha..x tau la aku je ke yang x suke format ke atau memang sume orang Johor x suke..hahahaha..leceh kan?kui3

Bertemu dengan kakakku Syafafwati juga tidak aku lepaskan peluang ini..hari tu die bergambar dengan pengasas Sister In Islam..mesti banyak yang die dapat..aku pun mendengar ceritanya dengan penuh khusyuk..hmm..bagus ahli-ahli SIS ni..telah dikajinya semua hadith2 dan al-Quran..aku confirm kalah kalau nak berdebat dengan dorang..cume 2 la..pemikiran mereka terlalu liberal..pesan kakakku Syafaf..kalau nak lawan dorang,penuhkan dulu ilmu di dada 2..aku x berniat pun nak berlawan..kite kan sesama Islam..pastinya aku hendak berdiskusi dengan mereka secara baik tentang kebanyakkan pemikiran mereka itu yang kebanyakkannya telah lari dari landasan yang sepatutnya..timbul pula kisah HELWANI GAMIS yang pada awalnya mencadangkan usul untuk mengharamkan SIS kemudian menukar kembali kenyataan 'haram' kepada cadangan untuk SIS menukar namanya kepada nama yang tidak berunsurkan Islam..huhu..yang ni aku xnak komen..berleter kakakku Akma..aduhai~..lain kali nak buat ape2 fikir dulu..SIS 2 mad'u kite..jangan sesekali buat sesuatu untuk menutup pintu da'wah kita pada mereka..silap hari bulan kite yang didakwahnya..kui3..Kak Syafaf juga kagum dengan semangat SIS yang sangat mempertahankan wanita..ha,yang 2 kite boleh contohi..alhamdulillah..dapat ilmu lagi..huhu..

Makan..xleh lari dah dari KPIJ..huhu..sekarang ni musim buah rambutan dan pulasan..alhamdulillah kenyang makan buah kat sane..jadi pesta buah dah..mengamalkan diet yang sihat..yeah~

Agak rugi rasanya tidak dapat ke kursus jenazah pada keesokkan harinya..Muazan mule r jeles2kan aku..xde maknenye setakat jeles x dapat pulasan..haha..aku pulang awal..hal ini demikian kerana..haha..aku fikir tiada muslimat untuk menemaniku..dah siap2 kemas beg ni..rupa2nya kakakku Sarah,kakakku Balqis dan kakakku Milah stay..aiyak..xpe la..aku pulang gak kerana baju kotor telah bercampur dengan baju bersih..xde baju dah nak pakai..huhu..

PETANDA SEMANGAT KEMBALI

Hari ini aku lepak2 kat pasar..dapat bertemu dengan abangku Farid..susah nak jumpe abang kesayanganku ini selepas die pindah rumah..keh3..kami makan tengahari bersama..die bising apabila apa yang aku beli tidak kena denganseleranya..kui3..beli r sendiri..banyak lak cengkadak..die memesan air milo tabur..pada asalnya mak aku memerliku..katanya di rumah aku sorang sahaja yang sibuk memboikot milo..dalam hatiku..eleh..sebab aku sorang boikot,1 rumah takut gak nak beli milo..keh3..aku diam saja asalnya..tapi dorang mula membakarku dengan ayat dorang..dorang mane r setuju dengan boikot2 ni..katenye nanti orang xde keje r..ceh..itu je alasan..aku ape lagi..2 2 aku tembak dengan hujahku mengapa aku boikot milo..ha amek..2 2 senyap..malas nak layan aku katanya..ki3..ye la 2..pada hal mati kata2..kalau nak disenaraikan mengapa perlu boikot dengan mengapa x perlu boikot pastinya mengapa perlu boikot paling banyak..nah,sekarang..nak boikot atau tidak..yeha~aku menang..2 r..jangan dicabar jiwa anak mudaku..kan dah kena..ki3..semangat aku debat dengan dorang..semangat gile..ye r..dah nak balek kampus r katekan..hahahhaha...gombak!!!!!

setelah mereka kalah dengan perdebatan kami..aku berangan..baru aku sedar..betapa istiqomahnya aku dalam pemboikotan ini hasil tarbiyyah yang aku terima di kampus..mengenang sahabat2 yang sangat bersemangat tiada berkesudahan memboikot,aku manjadi kuat sekali..alhamdulillah kerana aku dipertemukan dengan sahabat2 yang berkehendak kepada Tuhan..mak..x perlu risau anakmu ini..dia dikelilinggi sahabat2 yang berkehendak kepada Tuhan..

p/s : multaqa' nuqaba'..nak g x ye..mak memeningkan aku..kejap bagi..kejap x bagi..huhu~..sayang mak..blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, June 29, 2009

aNDa Di TaG!!

1. What is the most important thing in your life?

ALLAH is everything..i'm nothing..

2. What is the last thing that you bought with your own money?

Hadiah bantal untuk Azlinda dengan Syaqila sempena kejayaan mereka ke universiti..(Azlinda homesick kat UUM..huhu.ciannye sahabatku ini..syafaakaLAHU fiih)

3. Where do you wish to get married?

Kat umah je dah r kak..huhu..jemputla ke Johor ye..huhu..

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?

wah3..soklan ape neh??berapa umur kamu agak2 kamu telah tetap dimiliki cinta kamu?cintaku hanya untukNya..bila2 masa DIA boleh memiliki cintaku..wah...

5. Are you in love?

Memang r..tgok name blog pun dah tau..ki3..

6. Where was the last restaurant you had dinner?

Warung abang sahabatku Azlinda di sebuah tempat kat Pekan Nanas..hari terakhir jumpe Azlinda sebelum dia ke UUM..die belanja makan..huu..terharu++sedih die nak g dah..

7. Name the latest book that you bought?

Beli 2 x r..dapat ade r..buku pendidikan Islam dan Bahasa Arab berteraskan pendekatan Islam Hadhari..wah..kontroversi gitu..kui3

8. What is your full name?

Islinda binti Ibrahim

9. Do you prefer your mother or father?

Mother

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.

Rasulullah s.a.w

11. Christina or Britney?

Hmmm..banyak lagi tokoh Islam yang saye nak pilih kak..huuu...

12. Do you do your own laundry?

ish..lagi mau tanye ke..saye siap bleh basuhkan baju akak lagi tau..tapi bagi r saye rm2..saye masuk mesin..keh3..

13. The most exciting place you want to go?

Syurga ALLAH yang x tergambar keindahannya dan ianya kekal abadi...layakkah aku..

Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu, berada di antara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya dan naungan yang terbentang luas; dan air yang tercurah; dan buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya. (Al-Waqiah: 27-33)

14. Camera or MP3 or Handphone?

Handphone..3 dalam 1..wahh..

15. Point out 5 things about the person who tagged you.

- Name kakakku ku ini Lina Mursyidah binti Hamzah
-Dia sangat comel dan blognya juga comel
-Dia bawa kereta laju sangat..selekoh pun die taram..pernah nek kereta berdua je dengan die,is senyap je kat sebelah..huhu..
-die bakal guru..
-die seorang yang tegas..yeah~

16. 3 things I am passionate about

-majlis ilmu
-ukhwah

-tamrin


17. 3 things I say too often

ntah la..x perasan lak suke cakap ape sebab terlalu banyak cakap..hihi..

18. Book I’ve read recently

Pembangunan yang Fitrah - Dr Sidek Baba

19. 8 songs I could listen to over and over again

-Juzuk amma
-Taubat-Opick

-Egois-Mestica (ringtone handphone..huhui~)

-Leteran mak..haha~


20. 3 things I learned last year

-Ukhwah di jalan ALLAH itu lebih terasa manisnya..
-Mahasiswa Muslimah berjiwa muda!yeah~

-Terlalu banyak yang aku belajar..alhamdulillah..


21. 8 people to tag

-Kak Zahirah
-Che Farhana

-Sumaiyah

-Zatil

-Azimah Nilai

-Fadhilah Nilai

-Muazan

-Hafizullah


p/s : wah..saje je tag blogger yang masih baru nak berjinak2 dengan dunia blog..kui3..selamat menjawab tag..blogger-emoticon.blogspot.com

TeSiS BuaT ReNuNGaN

BismiLLAH..
ku tenung2 blog orang..aku tertatap lak artikel neh..menarik..blogger-emoticon.blogspot.com

PETUA YAHUDI UNTUK MENDAPATKAN ANAK YANG BIJAK

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pUn tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon


p/s : kalau perasan la..amalan orang yahudi ni sume amalan yang dianjurkan oleh Islam itu sendiri..tapi orang Islam ramai yang x amalkan..dan orang Yahudi banyak menganjurkan perkara2 lain yang sebenarnye dorang x wat pun..saje la tu nak bagi orang selain yahudi ni bodoh..bagi orang die je pandai..hmm..tenung2kan..blogger-emoticon.blogspot.com

Friday, June 26, 2009

PeKaN NaNaS BaKaL SePi..

BismiLLAH..

TAHNIAH BUAT SAHABAT-SAHABAT Tingkatan6 SMKDMYS 08/09..

AlhamduliLLAH..seramai 32 daripada 57 orang pelajar tingkatan 6 sekolah lama ku, SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman, telah berjaya melanjutan pelajaran ke IPTA..antaranya :

USM - Qila, Deqni, Tan Kee, Asha, Nadia Mohed, Halimah
UUM - Azlinda, Ika Sukir, Bazilah, Yaya, Moja, Shanker
UPM - Mun, Noridah, Hidayah Ismail
UITM Shah Alam - Aliaa
UKM- Omar
UMK - Hafiz, Taufiq
UNIMAS-Hanisah,Badrul,Mei Feng
UMS - Amoi
UTM - Huda

Hebat tak sahabat2 aku?hazaa min fadhliy robbiy..aku juga menumpang gembira atas kejayaan mereka..mereka semua bakal mendaftarkan diri sekitar hujung minggu ini..jika dulu,aku dan beberapa sahabat yang lain yang terlebih dahulu meninggalkan Johor pergi meninggalkan mereka..kini,kami pula ditinggalkan mereka terkontang kanting kerana cuti kami belum lagi habis..kui3..padan muke..haha..merase la ko kene tinggal lak..haha..

Aku kagum dengan semangat sahabat2ku di tingkatan6 ini..masih terngiang2 akan ucapan dasar Cikgu Haliza (hehe~) semasa re-union tempoh hari yang mengatakan bahawa ucapan tahniah memang sepatutnya diucapkan kepada mereka kerana berjaya melalui satu tempoh tingkatan6 yang bukan semua orang sanggup menghadapinya..ya,tidak aku nafikan ramai sahabat2ku yang mendapat tawaran ke tingkatan6 tetapi menolaknya dan pergi ke politeknik,kolej dan tidak kurang juga yang terus bekerja atas dasar tidak standard kerana perlu memakai uniform sekolah dan memandang rendah akan keupayaan silibus di tingkatan6 untuk membawa mereka ke peringkat lebih tinggi lagi..aku agak kesal dengan sesetengah sahabat yang berfikiran sebegitu..nah,sekarang sahabat2ku di tingkatan6 telah membuktikan yang mereka mampu ke IPTA selepas STPM setelah gagal berbuat demikian selepas SPM dahulu..syabas sahabat2!ingatlah,bumi ALLAH itu luas..

Pekan Nanas kelak bakal sunyi tanpa anak-anak muda berjiwa muda yang cekal ini..dan bakal lebih sunyi lagi setelah aku habis cuti nanti..cewah~

BERTEMU UMMI

Kelmarin aku ke sekolah lamaku menemani sahabatku Diyana untuk bertemu dengan Cikgu Rozman bagi membincangkan tema untuk projeknya di UITM nanti..diploma show katanya..wah3..bakal designer sahabatku ini..ameenn..terserempak pula dengan Cikgu Rohani..beliau meminta khidmatku untuk menjadi tutor subjek Add Math..wahhh..dalam BI 2..aku sedikit melatah..hek3..Cikgu Rohani pula memerliku..ai,kata UIA..huhu..Diyana pula diminta oleh Cikgu Rozman untuk menunjukkan skill2 melukis di hadapan budak2 tingkatan6..ha..elok la 2..aku add math,diyana seni..kembali berkhidmat di sekolah yang banyak budinya kepada kami ini..tapi malangnye cuti kami tinggal sedikit je lagi..tapi xpe la..skit pun jadi la yek..huhui..

Yang paling aku teruja apabila bertemu dengan Cikgu Kaunseling kami..Pn Maimunah atau lebih mesra dengan panggilan Ummi..beliau agak terkejut apabila mendapat tahu aku mengambil jurusan ICT..bukan bidang yang sesuai dengan kebolehanku katanya..xpe lah Ummi..huhu..oleh sebab beliau merupakan guru kaunseling,maka aku amat teruja berjumpa dengannya kerana dengan guru kaunseling,kita boleh berbicara apa sahaja dan mereka akan menjadi pendengar yang sangat baik..sebenarnya,aku agak sedikit bosan duduk di sini..pemikiranku seakan-akan terperap begitu sahaja..tidak sama dengan ketika aku berada di kampus..apa lagi,ku gunakan peluang bertemu dengan Ummi ini untuk kuluahkan segala-galanya..aku menyatakan rasa terkilanku dengan situasi sahabat2ku di sini..aku katakan,alangkah ruginya ya Ummi apabila anak muda di sini lebih suka kepada perkara2 picisan..alangkah bosannya saya Ummiy apabila balik2 saja di sini hanya mendengar cerita tentang boyfren girlfren..gaduh sana gaduh sini..tiada langsung elemen2 idealisme anak muda..aku tidak pula melanjutkan kekesalanku apabila melihat mereka masih terleka dengan hiburan2..artis2..download2 lagu..tetapi aku tidak menyalahkan mereka,jauh sekali memandang rendah mereka..mereka tidak diberi pendedahan yang sepatutnya..Ummi juga cuba merasionalkan aku yang merasakan diri ini insan pelik di kampung sendiri..huhu..

Kemudian kami beralih ke cerita di alam kampus..aku meminta pandangan Ummi tentang UIA..aku agak terkezut apabila Ummi menyatakan UIA agak sosial kerana adanya pelajar dari luar negara..huhui~x sangka saya..aku pun menceritakan pendedahan yang aku terima di sana..alhamduliLLAH semuanya baik2 sahaja Ummi..tentang PKPIM pastinya tidak terkecuali..hihi..Ummi sempat berpesan denganku supaya berhati-hati dengan kewujudan Wahabi yang boleh memesongkan aqidah yang kini sedang bergiat aktif di dalam kampus2..doakan anak didikmu ini baik2 saja ya Ummi..doakan aku sentiasa di bawah lembayung lindungan ILLAHI..

Sebentar sahaja aku dapat berdiskusi dengan Ummi berdua..kerana sahabatku Diyana telah selesai berbincang dengan Cikgu Rozman..Ummi seakan-akan tahu yang aku tidak mahu meneruskan bicara di hadapan sahabat2ku..kira ni rahsia kami berdua je r..huhu..maceh ya Ummi..tidak sempat aku hendak berbincang lebih lanjut tentang permasalahan ummat hari ini..lebih2 lagi tentang masa depan anak muda harapan agama..Ummi..aku lemah keseorangan di sini..bertemu Ummi,membantu mengukuhkan lagi diriku yang kian rapuh keseorangan bersama minda yang terperap..huhu~

MU NANTIKU GOMBAK!!!!!!!!!!!!!!!!!

Alhamdulillah..kegelisahanku berakhir..dapat gak offer letter neh..lambat tol UIA ni wat keje..kui3..padahal salahku juga yang asik resit..tp x kire..UIA gak yang salah..kui3..aku bakal mendaftar di UIA Gombak pada 7julai2009..hmm..x sabarnye rase..sape rindu is angkat tangan!!!hahahaha..

p/s : saya dapat mahallah hafsa..anda pula bagaimana?

Friday, June 19, 2009

CiNTa TaNPa aLaSaN..

Bismillah..

hari ini..aku terfikir..aku berangan lagi..blogger-emoticon.blogspot.com
berangan tentang soalan yang aku rasekan x perlu aku besar2kan sebenarnye..tapi aku nak fikir gak..saje2 fikir..
kenapa aku berada di pkpim?x wufi ke..karisma ke..pembina ke..isma ke..
x..yang aku fikir skrg..
pada aku sape yang besar2kan 2 memang suke membuang mase..
kenape perlu besar2kan aku berada di mana sekarang?kecoh r..
x kisah la ane2 pn..same je matlamatnye..cara saje yang berbeza..
andai pkpim salah caranye,bgaimane mungkin bertahan sehingga 48 tahun..?
andai pkpim salah matlamatnye,bgaimana mungkin ramai tokoh2 hebat yang dilahirkan pkpim seterusnya menjadi ketua pembela agama?
persoalan ini x perlu diteruskan..
hal ini sama saja berlaku dengan jemaah lain..wufi pun melahirkan tokoh yang hebat..karisma juga begitu..dan yang paling penting,semua perjuangkan matlamat yang sama..
manfaatkan je la wadah yang kite dapat ni sebaiknya..
andai dakwah menjadi matlamatnye, mengapa wadah menjadi persoalan..
campakla kat mane2 pn,kalau dah niat 2 betul nak berdakwah,tiada alasan untuk itu..
tapi andai wadah menjadi persoalan, tepuk dada..

dan..
yang paling penting lagi..
niatku di sini..
kerana apa?
untuk apa?
xpe..aku jawab dalam hati je..

andai orang bercinta sanggup menduga lautan api demi cinta sementara..blogger-emoticon.blogspot.com
bagaimana pula jika demi cinta yang kekal?
apa yang sanggup diduga?
pastinya lebih lagi..

andai orang bercinta semuanya boleh hanya demi cinta sementara,
demi cinta yang abadi pula bagaimana?
pastinya tiada alasan untuk berkata tidak..blogger-emoticon.blogspot.com

alasan..
pernah dengar alasan?
bebankan bila mendengarnya?blogger-emoticon.blogspot.com
pandai x bezakan alasan yang sengaja dibuat dengan yang x sengaja dibuat?
untuk alasan yang x sengaja 2,pasti senang saja hati menerima..
untuk alasan yang sengaja 2,pastinya berat sungguh hati untuk menerima tapi ditelan jua..
sakit kan?manakan tidak,apabila dilontarkan jalan penyelesaian atau pandangan,ditambah lagi dengan alasan lain..perghh~blogger-emoticon.blogspot.com

jika alasan untuk tidak melakukan maksiat itu dialu-alukan..ye la,jaga hati kawan..
tapi jika beralasan untuk mengelakkan diri dari kerja2 dakwah itulah yang paling memeritkan..
siapa sanggup dengar?

andai benar cinta ALLAH yang dicari,mengapa alasan tercipta?

andai semua orang mengerti kerja dakwah itu tanggungjawab yang diamanahkan,pasti tiada alasan untuk itu..

aku suke kerja2 yang berkaitan Islam..kerana aku tahu aku tidak sempurna dan Islam yang menyempurnakan aku..
bile dah suke ni..faham2 je la..
pastinya tiada alasan untuk aku mengelak dari turut serta andai tiada sebab yang betul2 kukuh..
semua boleh..ade assigment?xpe..t leh wat..aku g juge..ade kuiz esok?x ksah..aku g juge..
haha..dh macam orang bercinta kan?tiada alasan untuk itu..
paling best,aku fail writing++gpa jatuh teruk(bukan cgpa ye)..adakah itu alasan untuk aku berhenti dari keje2 ni?
sudah tentu tidak sama sekali!
mungkin ade kate2 di belakang..2 la is,aktif sangat..hohoi~..ingat aku kisah?

aku wat entri ni..
bunyi macam la aku ni bagus sangat kan..huhui~blogger-emoticon.blogspot.com

aku tidaklah sempurna..
niatku juga terkadang terubah haluannya..
tapi alhamdulillah haluannya tertegak kembali..
berkat doa sahabat2 seperjuangan..
aku juga bukanlah orangnya yang terbaik dalam banyak hal..
aku juga terkadang teringin mencipta alasan tatkala diri ini begitu penat sekali..
tapi alhamdulillah,melihat sahabat seperjuangan yang semangatnya x pernah luntur,niatnya x pernah luput,ku bantutkan alasan ku..ku bantutkan buat selamanya..
dan aku akan cube untuk buat yang terbaik..
aku cube untuk tidak memberi alasan kerana aku tahu betapa hati ini terluka mendengar alasan..
dan yang paling penting aku suka dengan apa yang aku buat sekarang..
dan aku tahu ianya tidak melanggar syariat Islam..
kata abang dan kakakku,study nombor 1 tapi dakwah itu bukan nombor 2..betol3blogger-emoticon.blogspot.com

jika ada yang sengaja buat alasan untuk mengelak..korang faham je la orang jenis camni cam ne..
no hal lah..jangan marah..bagi die mase..pas 2,pandai2 korang la ea..blogger-emoticon.blogspot.com

ada juga alasan yang memeningkan..
rasa x layak..
x layak??
sape kite untuk menentukan kelayakan itu?
andai x layak,untuk apa kita diciptakan?

Sesungguhnya tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah (beribadah) kepadaKu” (Adz Dzaariyaat : 56)

aku sedang bercinta sekarang..
korang pernah bercinta kan?
tahu kan perasaanye orang bercinta?
jangan dihalang cintaku..
kerna cintaku..cinta tanpa alasan..

p/s : kerna alasan itu sungguh membebankan..blogger-emoticon.blogspot.com

Tuesday, June 16, 2009

Mu nantiku di pintu Gombak..yeah~

Alhamdulillah..

Akhirnya lepas juga re-sit ept writingku..huhu~blogger-emoticon.blogspot.com
GOMBAK!!!aku datang!!!!blogger-emoticon.blogspot.com

Rentetan malangnye aku jumper ept writing..blogger-emoticon.blogspot.com

Mase tu ade program Sparkle Youth kat Johor Bharu..aku jadi backup fasi..aku ingat lagi..mase tu incik Izwan yang tolong cek..uih..malang..malang..hehek..guro jew..katenye aku dapat ept3..aku ane r tau menatang mende ntah ept3 tu..rupe2nye kene repeat writing..gile!!!!!!mane nak letak muke beb..huhuk..yang tau mase tu ade 7 orang..aku ingat lagi..aku, izwan, atika,adik aku, faiz kecik, aiman..sape ntah lg sorg..ha,ckup 7 org sbb dorg ade kat bilik 2 mase 2..aku punye frust Tuhan jer la y tau..aku pn dok bebel2 r..mengarut sane sini..kutuk uia confirm r..bese dh..huhu..aku pesan kt dorang jangan gtau sape2..bia aq y bocorkan,jgn org len..keh3..

Kebetulan minggu seterusnya ade induksi pimpinan adik2..dalam mase yang same sepupuku wat kenduri kawen..aiyak..aku nak pergi yang mane neh??dua2 penting kotz..balek je dari kem 2 aku balek kampung untuk membantu bibikku..hajat di hati nak tolong rewang..apa kan daya,rewang mula,aku pun berangkat ke kuala lumpur untuk melunaskan tanggungjawabku sebagai seorang mantan..hehek..ape lagi,mengarut r sepupu aku si anim 2..katenye ape la sangat program 2,len kali leh pergi..banyak r ko..ane ade len kali lagi..seumo idup satu ni je r program ni tau..pas ni orang bertukar dah..aiyak..ko xkan paham r..yang aku paling sedih ialah aku sempat jumpe mak aku 4 hari je sebelum ke kem Sparkle Youth 2..pas 2 x jumpe dh sampai r aku resit..bayangkan r aku kene resit 2 minggu lepas induksi adik2..huhu..naik jemu dah ana dengan dayah tengok muke aku agaknyer..keh3..blogger-emoticon.blogspot.comye r,dah aku asik merempat bilik die jer sementare tunggu re-sit..keh3..sabau je la..hihik..

Aku merahsiakan kes re-sitku dari pengetahuan adik kesayanganku Iman..cewah..saje nak wat die terkezut..ye r,aku dok berdalih je kate aku mungkin x dapat ke induksi adik2..aku x menipu tau..aku berdalih jer..hehek..sampai2 je di cfs,muke si Iman ni dulu lak yang aku nampak..aiyamak..kantoi la plak..kui3..Iman merajuk kejap..keh3..cumil muke die time merajuk..keh3..antara mantan yang turun ke induksi ialah ana,rokiah,afifah,azimah..aku x tau la..dalam banyak2 program,program ni r yang paling aku sayang sekali nak tinggal walaupun kene hurung dengan semut api..ish3..pe2 pun kiah r yang paling cian.huhu..blogger-emoticon.blogspot.com

Sementara menanti dengan penuh pasti hari re-sitku,rupa2nya bukan aku sorang yang merempat di bilik ana,kiah dengan afifah pun same..azimah datang gak dari Gombak kadang2..saje dowang nak meluangkan mase..ape lagi..kami gunakan masa yang ada ni untuk sesi ta'aruf lebih dalam lagi..dengan tafahhum..takaful 2 sudah semestinye..yeah~..blogger-emoticon.blogspot.com

Hari re-sit pun tibe..aku x wat latihan pape pun..huhuk..malas tol aku neh..x tau r ape nak jadi..keputusan resit 2 hari kemudian..aku nekad,lepas keputusan je,x kire r lulus ke x,aku nak balek..windunyer kat mak aku!!!!!!!!!!blogger-emoticon.blogspot.com

Pagi keputusan keluar..sahabatku anwari koling2 in the morning..membawa berita duka..4 orang budak ICT gagal..aku..farah katun..anwari..affendi..(semua mainboard intechss kot!!!!)..ini bermakna impianku untuk mendaftar ke gombak untuk shortsem lebur..aku cover je suare..xtau la hatiku cam ne mase 2..lepas je tutup phone,aku terus menangis..sahabatku Wan gelabah dah..apesal r dengan dak ni..huhui..aku kemas beg nak balek..Wan nak ikut..die teman aku tengok keputusan pas tu anta aku sampai pintu depan..terharunye aku..aku peluk wan rapat2..wan..sedihnye is..x tau cam ne nak gtau kat mak..balik ni pun 3hari jer..pas tu kene datang balek repeat untuk shortsem neh..mesti mak bising sebab cuti kejap pun sibuk nak balek..x kire..windu kat mak..blogger-emoticon.blogspot.com

Bermulanya hidupku sebagai seorang repeater..hehek..aku duduk sebilik dengan farah katun..bayangkan r,kelas seminggu dah r sekali jer..malam lak 2..kutu sape x mati weh...alhamduliLLAH ade diskusi HEWI mengisi rohani..hari2 lain aku isi dengan on9 memanjang..wireless free beb..huhuk..riadah di waktu petang..aerobik..hihik..seronok..dapat rapar dengan adik2..dapat cakap banyak2 kat diskusi HEWI..huhuik..dapat kesihatan yang baik..alhamduliLLAH..ni yang bagusnye masuk PKPIM neh..cewah..sempat lagi 2..ni kalau kat umah ni x tau la ape jadi kat aku..pasti lebih teruk lagi maseku dicampak2..huhuk..blogger-emoticon.blogspot.com

Tapi..kemalasan aku x dapat dibendung lagi..aku sekadar ke kelas je..di kala farah anta esei untuk ke consultation,aku intro pun x wat,consult apatah lagi..hehe..di kala orang sibuk tanye madam lepas kelas,aku cepat2 keluar..meting..meting..meting..malamku penuh dengan meting..latihan x wat gak..huhu..di kala malam bulan mengambang,pastinye aku sibuk on9 menyiapkan task yang diberi oleh kakakku Mariati ++ wat bende len..keh3..maka,paginye aku hiasi dengan lenaku di kala farah ke consultation..hihik..ape la nak jadi dengan aku ntah..huhuk..dan hari exam ku pun tiba..blogger-emoticon.blogspot.com

Kami menanti hari keputusan dengan penuh debaran..aku menatap resultku dengan penuh sayuuuuuuuu sekali..Fblogger-emoticon.blogspot.com..di kala sahabat2ku yang lain P,aku F..uih..hancur lagi hatiku..huhuk..blogger-emoticon.blogspot.comrupa2nya aku seorang sahaja dalam kalangan budak2 ICT yang x lepas..adus..gempar satu department ICT aku buat..jumpe mdm Za,ape lagi..hui..betapa teruknyerr eseiku..huhuih..lagi satu tamparan hebat buat aku..apa lagi,seperti biasa,ku kutuk uia..haha..puas hatiku..ku rahsiakan hal ini dari semua orang..hanya aku dan ibuku sahaja yang tau pada awalnya..mule2 die bebel juga..tapi akhirnya sebelum aku ke cfs untuk resit semula,ibuku kata.."banyakkan bersabar ye kak..kuatkan iman.."..pelik juga emakku apabila aku ke cfs awal dari tarikh re-sit..rupa2nya ada program..ehek..ada2 saja anaknya ini..apabila sahabat2ku bertanya tentang keptusanku,aku pasti cuba berdalih..nak jaga air muka..hehe..jawapanku pastinya "alhamdulillah.."..ada yang dapat menangkap apa yang berlaku,ada yang terus merasakan aku lulus..biarlah..buat r andaian sendiri..aku x mahu lagi berbicara soal ini..huhuk..malu weh..alan pun lepas kotz..huhui..blogger-emoticon.blogspot.com

Sebelum tibe untuk resit,banyak sekali program untuk aku sertai..malam tautan anak negerinya sahaja dua hari..malam pengenalan..bengkel pengurusan yang telah aku hancurkan..keh3..closing menara gading..alhamdulillah.masaku terisi dengan perkara2 yang sangat berfaedah..ntah berapa kali aku jejakkan kaki di uia gombak..dan pastinya aku merempat di bilik sahabatku azimah..hehek..melihat uia gombak,hatiku sayu..entah bila dapat aku mendaftar ke sini dengan rasminya..entah lepas entahkan tidak resitku nanti..aih..sodih2..blogger-emoticon.blogspot.comrahsiaku dibocorkan kepada kakakku sumayah dan kakakku athirah..juga sakinah..kakakku sumayah mendesakku untuk membaca..kakakku athirah memaksaku untuk membuat intro..hehek..rasa begitu disayangi..kui3..tapi rahsiaku terbongkar jua..anuar dan azimah dapat tahu..kakakku sumaiyah terlepas cakap..huhui..xper la..maaf sahabat2..bukan niat xnak beritahu..tapi memang xnak bgtau pun..hehek..biarlah is sorang jer sedih..dan berusaha sorang2..is gtau kak su dengan kak athirah pun sebab is tau dorang leh punye pakse is..sakinah lagi r kene tahu sebab is menumpang kat bilik dy..hehek..sahabat2 kenal is kan..kalau is bgtau sahabat2,mesti is jadi mengado2 punyo lah..hihik..x tau la..perangai is ni pelik skit dari korang sejak dulu lagi..mase jadi pimpinan dulu pun,is yang paling aneh kan?kui3..blogger-emoticon.blogspot.com

Buat adik2 tersayang plak..akak bagitau chicky dengan athirah jew..huhu..nape ye..ntah la..kat Iman pn akak x gtau..huhu..xnak la heboh2 akak resit..wat pe kan..nanti adik2 concern habis r kat akak..lagi r akak x snggup weh..makin mengado2 lagi ade la..haha..bile dah gtau kat adikku chicky dengan athirah,akak kene r berusaha bersungguh2..cewah..blogger-emoticon.blogspot.com

Hari ni..16Jun2009..keputusan resit keluar..alhamdulillah..aku pass on resit..blogger-emoticon.blogspot.comx tau la betapa aku gembira..mak aku lagi r suke suki..terima kasih atas dorongan dan doa sahabat-sahabat untuk aku..banyak hikmahnye bile aku resit+repeat+resit lagi neh..banyak sangat hikmahnye..benarlah..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."~surah al-Baqaroh:216~


Ucapan alhamdulillah bukanlah dalihanku semata-mata..aku juga sangat menghayatinya..tidak salah rasenye aku bersyukur atas ujian ini..macam-macam hikmah yang aku dapat..

Sekarang..aku perlu merancang untuk kehidupanku yang seterusnya di UIA Gombak..pelbagai cabaran pastinya menanti aku di sana..si zati dengan hafiz asik tatot2kan aku jew..huhuk..my life begin..yeah~..blogger-emoticon.blogspot.com

"Allahumma ya muqollibal quluubb..thabbit quluubanaa 'alaa diinik wa 'alaa too'atik.."

p/s : Maaf ye kepada pihak pentadbiran UIA..aku asyik kutuk korang jer..kui3..walaupun pentadbiran korang cam hampeh sebab kebanyakkan pekerjanya xde jiwa mahasiswa(mesti x pernah rase jadi mahasiswa,mesti keje pakai orang dalam neh.hihik..kutuk lagi..sowi2..) aku x kisah..aku sayanggg banget sih dengan UIA..blogger-emoticon.blogspot.com

Tidur..Tidur..

Sejak dua menjak ni aku asik bangun lambat jer..aih..apo nak dikato..tengah dok belek2 blog orang,temangu aku membaca artikel neh..hmm..aku amalkan tak ye..[link]

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.

Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu."

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk , hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk . Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri".

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik – baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam . Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara – perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar , berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah – surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .

Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al – Ikhlas , Al – Falaq dan

Al – Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua – dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai . Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut – turut .

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al – Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan" Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot – otot badan .

p/s : Renung-renungkanlah ye Islinda..selamat beramal..hehek..blogger-emoticon.blogspot.com

Isu dan Cabaran dalam Memperkasakan Ummah melalui ICT

Isu dan Cabaran dalam Memperkasakan Ummah melalui ICT

Syahrul N. Junaini, Sulaiman Kadikon
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Universiti Malaysia Sarawak,
94300 Kota Samarahan,
Sarawak
syahruln@fit.unimas.my
Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Skudai Johor
sulaimankadikon@utm.my

Salah satu faktor yang dikenalpasti sebagai sebab runtuhnya akhlak dan mundurnya umat ini adalah kerana kerosakan dalam nilai sosial dan moral. Justeru untuk memperkasa semula umat hari ini, penguasaan ilmu, melalui penguasaan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) harus menjadi agenda utama. Ledakan ICT juga telah membuka satu lagi wahana baru dalam arena dakwah. Bagaimanapun, di dalam keghairan melayari bahtera kemajuan ICT, Islam sendiri meletakkan adab yang tersendiri.. Era kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mendedahkan satu cabaran getir bagi umat Islam era digital ini. Hakikatnya semua pihak harus punya pendirian tegas dalam agenda menyusuri arus perdana kemajuan ICT dunia. Lebih kurang 800 tahun dahulu, tradisi pemilikan ilmu dan teknologi terletak di tampuk umat Islam. Baghdad kota raya empayar Islam contohnya telah muncul sebagai peneraju aktiviti intelektual dan penguasa teknologi. Umat Islam pada kurun tersebut gah dicanang sebagai ummah yang disegani. Namun sayang sekali, ummah yang dahulunya pernah menyirami dunia, kenapa hari ini mereka sendiri kelayuan? Salah satu faktor yang telah dikenalpasti oleh Ibnu Khaldun sebagai asbab runtuhnya umat ini adalah kerana kerosakan nilai sosial dan moral [1]. Barat melihat Islam sebagai bersifat mundur dan menafikan pemodenan. Namun sebenarnya Islam memberikan satu impak yang besar kepada perkembangan ekonomi [2], politik [3] dan kepimpinan [4] sesebuah negara. Apa yang pasti agama dan kemajuan ummah bersifat penggenap, saling berkaitan dan bukan sebaliknya [5] [6]. Bagaimanapun kemajuan dalam bidang bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga tidak akan membawa apaapa makna jika nilai masyarakat Islam semakin mundur [7]. Islam tidak pernah menentang kehadiran teknologi moden seperti edagang (ecommerce) dalam memudahkan urusan muamalat harian Umat Islam [8]. Malah sebagai contoh, dalam urusan asas agama seperti Solat, sumbangan teknologi astronomi dan matematik telah memudahkan penentuan arah kiblat [9]. Justeru ledakan ICT hari ini harus digarap bagi membuka satu lagi wahana baru dalam arena dakwah. Berdakwah dengan keadah digital nyata lebih mudah. Kelebihan teknologi Internet menawarkan khidmat dakwah 24 jam sehari, 7 jam seminggu, dari dan ke mana jua di pelosok dunia. Dalam hal ini ICT harus diterima sebagai satu platform baru dalam gerakan dakwah. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan ianya sebagai 100% sempurna. Sekurangkurannya ICT harus dilihat sebagai salah satu elemen bagi mempercepatkan usaha dakwah era moden ini. Bagaimanapun, di dalam keghairan melayari bahtera kemajuan ICT, janganlah kita mudah melatah. Islam telah meletakkan adab dan etikanya yang tersendiri. Etika ini sebenarnya sudah wujud sejak lebih 14 abad yang lalu [10].

2. Isu dan Cabaran

2.1. ICT: Madu atau Racun?

Hari ini, pelbagai konteks maklumat dihidangkan melalui corong-corong media seperti akhbar dan Internet. Umat Islam perlu responsive kepada maklumat yang dibaca, didengar dan diterima. Input yang masuk ke minda manusia sama ada melalui pembacaan atau media lain akan memberi kesan kepada keimanan mereka. Imam mereka sama ada akan meningkat atau terjejas bergantung kepada nilai maklumat yang masuk. Maklumat yang diterima bukan ditelan buatbulat tetapi harus dicerna sesempurnanya. Ia harus disusuli dengan memproses dan menilai agar maklumat tersebut bernilai dan memberi kesan kepada kehidupan. Dari sudut kepimpinan pula, apa-apa maklumat dari luar yang berkaitan dengan organisasi yang dipimpin harus diawasi. Mekanisma pengawasan ini sudah tentu terletak pada bahu ketua organisasi. Maklumatmaklumat sensitif dalaman umpamanya rahsia syarikat perlu dipegang sungguhsungguh. Begitu juga dengan usaha pihak luar untuk menyebarkan berita yang berunsur fitnah sebagai contoh, perlu dikekang sekeras mungkin. Secara praktiknya, hari ini pemikiran umat perlu didedakan kepada jurus yang kedua iaitu sesuatu maklumat harus dinilai, diadili dan ditentukan terlebih dahulu. Sebarang maklumat terutamanya yang disalurkan oleh media barat harus diawasi. Bukannya kita hendak menafikan 100% peratus bahawa maklumat yang disalurkan dari barat sebagai salah, namun perlu ada pengawasan dan sifat berhemah dalam hal ini. Oleh itu, sebelum kesimpulan dibuat, justifikasi maklumat harus dibuat. Sehubungan itu. usaha demi usaha telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan dalam memastikan umat Islam khasnya dan Negara ini amnya tidak ketinggalan oleh negaranegara membangun dari segi kemajuan ICT. Ini termasuk penyediaan infrastruktur ICT seperti talian internet dan jalur lebar. Berdasarkan statistik, pada penghujung tahun ini dijangkakan bilangan pelanggan perkhidmatan jalur lebar di negara ini akan mencecah 1.3 juta orang. Kerajaan turut mensasarkan 10 peratus daripada populasi negara akan mengecapi perkhidmatan sama menjelang 2008. Menerusi Pelan Jalur Lebar Kebangsaan (NBP) pula, usaha memperluaskan kemudahan ini turut merangkumi kawasan desa dan luar bandar sebelum tahun 2010. Usaha ini tidak terhad kepada sempadan fizikal negara sematamata. Di pentas dunia, sebagai teraju utama Pertubuhan Persidangan Negaranegara Islam (OIC), negara kita telah mencadangkan agar diwujud satu resolusi bagi membentuk sebuah majlis untuk memacu keupayaan ICT negaranegara Islam. Hasilnya satu majlis yang dipanggil sebagai Persidangan Pengetahuan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk Pembangunan (KICT4D) telah diasaskan pada tahun 2005. Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi semasa merasmikan persidangan tersebut tahun lepas telah melahirkan hasrat murni beliau menjadikan ICT sebagai kaedah yang ampuh bagi memajukan ummah. Beliau mahu melihat KICT4D sebagai satu wadah bagi mewujudkan asas intelektual dan kuasa politik baru. Ini adalah untuk merealisasikan wawasan melahirkan ummah yang perkasa, bersatu dan progresif. Dengan membudayakan ICT dalam melengkapi kehidupan harian, ummah akan dapat diperkasakan. Mereka akan menjadi modal insan yang inovatif, kompetetif dan efektif. Kesemua ciri ini menjadi prasyarat kepada ummah untuk bersaing di persada global yang saban hari menuntut persaingan. Dari segi perintah Allah untuk hambanya menguasai ilmu, terdapat hadith berkaitan yang menggesa agar ilmu dituntut sejauh yang mungkin. Jika kita ingin ilmu yang dikuasai oleh mereka yang berada di Negara China, kecanggihan teknologi web mampu melakukannya. Ia dapat memaparkan maklumat yang tersimpan di pelayan (server) yang terletak di negara tersebut sekelip mata. Oleh itu ummah ini harus menggunakan sepenuhnya kemudahan ICT untuk mendapatkan ilmu sebanyakbanyaknya. Internet adalah gerbang ilmu yang seharusnya dikuasai oleh Ummah. Dengan ilmu manusia akan dapat mengenali Penciptanya. Kini kewujudaan beriburibu laman web dan portal maklumat bercirikan Islam merupakan satu sinar yang dijangka mampu menyuluh umat ini daripada kegelapan kejahilan. Terdapat juga laman web yang menyediakan alQuran untuk bacaan secara atas talian (online). Tidak ketinggalan hadith serta penerangan mengenai hukumhakam yang bolehlah dianggap lengkap. Namun kita harus berhatihati. Musuh Islam dengan mudah turut berkeupayaan menghasilkan laman web yang boleh merosakkan umat jika kita tidak mengambil langkah berjagajaga. Surahsurah dengan nama yang tidak pernah kita dengari sewenangwenangnya dimuat naik ke Internet untuk mengaburi mata umat muslim. Selain itu, tidak berapa lama dahulu umat Islam di seluruh pelosok dunia digemparkan dengan isu karikatur berkaitan Rasulullah s.a.w. Sebagai reaksi kita telah samasama diajak membenci media barat. Dalam hal ini kehebatan ICT telah ‘membantu’ menyebarkan karikatur tersebut ke seluruh dunia dalam masa cuma beberapa saat. Ada di antara kita yang menerima emel yang dilampirkan dengan lakaranlakaran karikatur tersebut telah menghantar semula (forward) kepada rakan yang lain. Namun sedar tak sedar mereka yang berbuat demikian telah terjerat oleh permainan pintar hasil idea Barat. Mereka yang berbuat demikian telah dengan tidak sengaja memasukkan diri mereka dalam rantaian yang telah dimulakan oleh sebuah akhbar Denmark sebagai ‘penyebar’. Walaupun niat mereka ikhlas hanya untuk menunjukkan kepada rakan yang lain bagaimana rupa lakaran tersebut, adakah perbuatan mereka ini boleh dianggap sebagai tidak bersubahat?Bagaimana jika tanpa mereka sedari, emel tersebut terlepas ke tangan musuh Islam? Dengan demikian, disamping keterujaan kita melengkapi diri dengan ilmu dan kepakaran ICT, janganlah kita lupa bahawa ICT cumalah suatu bentuk alat. Umpama pisau, ia merupakan alat yang boleh membawa manfaat juga mudarat. Ia akan membawa kebaikan jika digunakan oleh orang yang betul dengan cara yang betul dan begitulah sebaliknya. Pisau jika digunakan untuk memotong daging, maka daging tersebut akan dapat dibuat gulai untuk menjamu seluruh penduduk kampung. Sebaliknya pisau yang sama jika terlepas ke tangan mereka yang berhati busuk, akan digunakan untuk menumpahkan darah. Kini terpulanglah kepada kita untuk menilai dan mengguna saluran ICT seperti Internet. Jika ummah ini layu imannya, gejala seperti muat turun bahan pornografi akan berleluasa. Aktiviti fitnah memburukburukkan sesama muslim dengan mudah dilakukan hanya di hujung jari. Ingatlah bahawa jari jemari yang menaip perkataan mencarut dan menggerakkan tetikus melayari laman lucah akan menjadi saksi di mahkamah ilahi kelak. Jika ini berlaku, ICT bolehlah diibaratkan sebagai pisau yang telah disalahgunakan. Permasalahan ini berpunca daripada rasa yakin dengan sifat Allah yang maha melihat dan Maha Mendengar sudah malap. Usahlah disebut tentang sifat tunduk, takut dan taqwa kepada Allah. Maka tembok api (firewall) yang paling berkesan adalah iman yang mantap. Ia mampu bertindak sebagai bentang penyaring terhadap bahanbahan yang boleh merosakkan iman dan akhlak.

2.2. Jajahan Minda secara Digital

Generasi pasca merdeka kelihatan bingung menjiwai erti sebenar kemerdekaan. Mereka keliru memikirkan bagaimana mempertahankan kemerdekaan yang mereka warisi daripada pejuang kemerdekaan lalu. Usia kemerdekaan Negara tercinta ini sudah genap 50 tahun. Namun jajahan secara digital masih lagi berleluasa. Ancamanancaman dalam bentuk digital ini mampu mengundang padah jika internet dan media digital lain tidak ditangani dengan betul. Emel merupakan antara aplikasi utama yang sering kita gunakan. Bagaimanapun, kebanyakan pengguna emel percuma oleh penyedia seperti yahoo.com masih belum merdeka. Mereka ‘dipaksa’ menerima emel sampah (spam) berupa pujukan menjalinkan hubungan yang tibatiba masuk ke peti mel. Selain itu, rakaman dan penghantaran bahan lucah melalui telefon 3G kini beleluasa. Ingatlah bahawa anda akan dipertanggungjawabkan di mahkamah Allah SWT. Terdapat banyak lagi informasi sampah yang tidak sepatutnya berada di Internet yang diakses secara bebas. Contohnya, terdapat laman web yang memaparkan formula menghasilkan bom atau cara menggunakan senjata api. Semua informasi ini akan memudaratkan masyarakat yang merdeka. Selain itu, golongan remaja begitu mudah tertipu dengan laman web berunsurkan kefahaman black metal dan sebagainya. Media digital seperti Internet turut disalahgunakan untuk mencari jodoh. Perkenalan biasa boleh berakhir dengan perkara yang tidak sepatutnya berlaku kepada remaja Islam. Niat ikhlas mencari cinta bertukar kepada perhubungan dua insan tanpa nikah yang diharamkan. Adakah merdeka namanya jika kita masih tidak dapat mengenali baik buruk kesan Internet? Dalam kes yang lebih dahsyat, Internet digunakan untuk perkenalan dan diakhiri dengan kes rogol serta pembunuhan. Di Norway misalnya, seorang gadis berbangsa Austria dan seorang pemuda Norwegian dilaporkan telah membunuh diri dengan terjun dari sebuah tebing. Pemuda tersebut mengajak gadis berkenaan menjadi teman bunuh dirinya menerusi perkenalan di sebuah bilik sembang (chat room). Media digital lain seperti televisyen nampaknya masih lagi secara terangterangan menjajah kita. Ini bermakna kita masih belum merdeka sepenuhnya. Kerana sibuk menikmati siaran televisyen, kita terhalang daripada menikmati kemanisan bacaan Alqurandan zikrullah. Dalam kes yang lain, ada antara kita yang sibuk menonton filem Hindustan pada petang hujung minggu sehingga sanggup melengahlengahkan solat Asar. Keindahan wajah Aishwarya Rai pada kaca TV dengan mudah memperhambakan seorang muslim yang mengaku dirinya merdeka. Teruslah dia terlupa kepada keindahan nur wajah bidadari yang Allah janjikan melalui amalan kesolehan. Oleh itu seharusnya program dokumentari kisahkisah para Sahabat Rasulullah mereka memerah keringat memperjuangkan Islam daripada cubaan jajahan oleh empayar Rom dan Parsi dijadikan rancangan televisyen. Inilah rancangan realiti TV sebenar yang sewajarnya mendapat rating yang tinggi. Lebih tinggi daripada Akademi Fantasia yang membawa peserta dan penontonya ke alam fantasi hingga sesekali terlalai daripada perintah Allah. Sejarah dan titisan darah pemimpin dan pejuang ulung dalam sejarah Islam seharusnya dikongsi melalui media elektonik. Dengan cara ini barulah kefahaman tentang cara mempertahankan Islam dapat dihayati. Usaha memperjuangkan agama tercinta bukanlah satu perkara mudah. Malangnya, berapa kerat sahaja golongan muda masa kini yang mengenali para Sahabat yang merupakan pejuang Islam yang lampau? Cinta pada Allah adalah kemuncak bukti kemerdekaan. Tiada kuasa pun yang boleh menghalang seseorang daripada mentaati Allah SWT. Jika ada lagi kesusahan atau larangan dalam mentaati Allah swt ini bermakna seseorang itu masih belum merdeka. Jika kita masih bertuankan hawa nafsu, kita masih lagi hamba yang belum merdeka. Di dalam ayat ke23 daripada surah alJatsiyah, Allah berfirman: “Adakah engkau lihat orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi tuhannya dan Allah menyesatkan dia kerana mengetahui (kejahatan hatinya) dan menutup pendengaran dan mata hatinya serta mengadakan penutupan terhadap pemandangannya. Maka siapakah yang akan menunjukkannya sesudah Allah? Tidakkah kamu menerima peringatan?” Justeru semangat cinta Ilahi seharusnya disemai dalam jiwa anak muda sejak mereka kecil. Dengan ini mereka akan membesar dalam persekitaran ketaatan kepada Penciptanya. Seterusnya identiti kita sebagai muslim seharusnya dijunjung di persada selayaknya. Itulah bukti mukmin yang merdeka. Apa sahaja perkara yang berkaitan dengan identiti Islam mestilah dipertahankan. Apa yang menyedihkan ialah sesetangah Tuan Haji sanggup menanggalkan kopiahnya kerana berfikiran bahawa berkopiah tidak berapa sesuai dengan trend kontemporari. Yakinlah bahawa berkopiah adalah sunnah Rasulullah SAW. Kita sebagai umat nabi adalah pemegang amanah baginda untuk memanifestasikan sunnahsunnahnya. Generasi muda seharusnya mempertahankan jiwa mereka jajahan digital dengan mengukuhkan jati diri mereka. Jika tidak, penjajahan gelombang baru dari segi minda dan budaya akan berterusan. Senario melihat anak muda yang mengaku mempunyai jati diri dengan menyanyikan lagu Negaraku semasa menonton pasukan bolasepak beraksi adalah sangat membanggakan. Bagaimanapun, rambut mereka digayakan dengan fesyen yang tidak sesuai dengan budaya Islam. Sayang, mereka pada hakikatnya masih lagi dijajah mindanya. Kemerdekaan juga dipertahankan dengan memajukan diri dari segenap segi. Dalam kesukaran hidup, ada antara umat terdahulu yang mampu mencemerlangkan kehidupan mereka. Pada zaman dahulu tiada telefon bimbit dengan kamera apatah lagi talian internet jalur lebar. Kenapa pula generasi baru kini tidak mampu menyaingi ilmuwan silam seperti Ibnu Sina dan Al Khawarizmi? Ketika negara Barat bergerak di lebuhraya kemajuan, kenapa harus ada generasi Islam yang semangatnya luntur dan longlai? Mempertahankan kemerdekaan negara daripada ancaman digital bermakna mempertahankan agama. Alquran sendiri menjanjikan perkhabaran\ gembira bahawa jika penduduk sesebuah kampung beriman dan bertaqwa maka keberkatan dari langit dan bumi akan dibukakan kepada mereka. Persoalannya, adakah cukup kemerdekaan itu dibuktikan dengan hanya saban tahun mengibarkan jalur gemilang atau dengan melaungkan “Merdeka!, Merdeka!, Merdeka!” sematamata? Bersorak riang melihat percikan bunga api malam 31 Ogos sambil memekik terlolong bukanlah tanda generasi muslim pasca merdeka yang sebenarnya. Era kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mendedahkan satu lagi cabaran getir iaitu serangan bahan pornografi melalui laman web. Dahulunya, cara mendapatkan bahanbahan tesebut adalah melalui majalah seperti Playboy. Kini ratusan ribu laman web sedia menghidangkan khidmat yang sama atau lebih mengghairahkan. Dengan melihat paparanpaparan yang menggiurkan, pasti iman akan goyah. Umat Islam kini terdedah kepada satu lagi medium yang jika tidak dibendung seawalnya, akan merosakkan iman dan akhlak. Internet sepatutnya digunakan untuk mencari ilmu pengetahuan, bagi mendekatkan diri makluk kepada Khaliq (Pencipta). Namun jika gejala ini tidak ditangani dengan iman dan takwa, ia akan bertukar menjadi alat pemuas nafsu. Ia pasti mendatangkan kemurkaan Maha Pencipta. Aktiviti menonton bahan lucah di internet sebenarnya mengundang permasalahan sosial yang jauh lebih serius daripada yang terduga. Peningkatan kes perzinaan, rogol dan sumbang mahram sedikit sebanyak adalah tempias kegiatan memuaskan mata dengan gambargambar dari laman lucah. Hakikat ini janganlah kita nafikan. Menurut seorang pakar Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mereka yang melayari internet akan berasa bahawa mereka seolaholah berada dalam satu fantasi seksual ciptaaan sendiri. Mereka akan membayangkan bahawa aksiaksi atau imej siber itu seolaholah gambaran mereka sendiri yang sedang menikmati aktiviti seks. Jika perbuatan menikmati bahanbahan lucah di internet sudah menjadi satu ketagihan, pasti seseorang akan lalai tentang tanggungjawabnya kepada Allah. Syaitan pula akan tersenyum lebar melihat manusia yang terpijak perangkap dosa ciptaan teknologi internet. Penularan penghantaran bahan multimedia berunsur lucah tidak sekadar melalui laman web sematamata, telefon bimbit turut menjadi mangsa. Pada tahun 2004, terdapat 14.2 juta pengguna telefon bimbit di negara ini. 30 peratus daripada angka ini adalah remaja lingkungan 15 tahun. Golongan umur yang sedang mencari kepuasan ini dengan mudah akan terjerumus. Telefon bimbit berteknologi 3G yang mampu menghantar dan menerima bahan lucah seperti klip video harus meningkatkan keresahan kita terhadap gejala ini. Dengan teknologi yang mudah dimiliki, hamper setiap penguna telefon terdedah kepada bahayanya. Selain itu, menurut laporan syarikat Trend Micro pula, sehingga akhir 2006 hampir 80 peratus daripada emel yang beredar adalah berstatus spam (emel sampah). Pernahkan dalam kalangan kita yang tibatiba menerima emel yang terpapar gambar wanita separuh bogel tanpa dikenali penghantarnya? Lebih merisaukan, kanakkanak turut tidak terdedah kepada gejala perosak iman ini. Dalam satu kajiselidik oleh NetValue pada 2001, dilaporkan seorang dari kanakkanak di didapati mengunjungi lamanlaman lucah. Ciriciri penyedia bahan lucah yang sukar dijejaki memburukkan keadaan. Menurut Tabung KanakKanak BangsaBangsa Bersatu (UNICEF), pencarian bahan pornografi berkaitan kanakkanak dengan enjin carian seperti Google merekodkan 450,000 pengguna setahun. Kemudahan internet kini mudah didapati di pusatpusat siber. Kafe Siber walaupun merupakan tempat awan, turut dijadikan gelanggang melampias nafsu. Ada antara mereka yang sengaja memilih PC yang terletak di cerukceruk supaya apa yang terpapar di skrin tidak mudah dijeling orang lain. Nafsu yang bergejolak memang begitu. Namun sedarlah bahawa Allah swt Maha Melihat. Dalam pada itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dilaporkan sedang mengkaji sistem penapisan bahan lucah di Kafe Siber. Pihak berwajib mungkin akan mengarahkan semua pusat siber memasangnya dalam menangani masalah kandungan tidak sopan di internet daripada berleluasa. Aktiviti menonton bahanbahan lucah turut dijadikan kaedah mengisi kesunyian. Amalan sebegini akan menimbulkan ketagihan dalam kalangan remaja yang sentiasa berasa ingin terus mengulanginya. Para remaja paling mudah terjebak kerana mereka punya keinginan mencuba yang tinggi. Justeru kepada mereka yang pernah terjebak, sengaja atau tidak, lama atau sekejap, bertaubatlah sementara pintu rahmatNya masih terbuka luas. Terdapat juga laporan kes terpencil yang membabitkan pelajar universiti yang tidak dapat meneruskan pengajian kerana telah dirosakkan oleh laman web pornografi. Tumpuannya pada pelajaran terjejas kerana asyik terkenangkan 'benda' yang dia sukar melupakannya. Rasulullah SAW dilaporkan pernah bersabda "Wahai pemuda, barangsiapa yang mampu dikalangan kamu maka hendaklah berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan dan barangsiapa tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana sesungguhnya puasa itu ada tutupan (menutup nafsu)". Sudah tentu seseorang tidak akan merosakkan puasanya sambil melayari laman web haram sementara menunggu waktu berbuka. Dalam menghadapi gejala ini semua pihak akan terpalit jika tertimpa musibah daripada Allah SWT. Disarankan agar para pendakwah bahumembahu bergabung dengan pakar ICT, memastikan usaha nahi mungkar dijalankan dengan betul. Keadaan semasa jelas menunjukkan kadar kerisauan terhadap penderitaan umat ini di kalangan kita masih berkurangan. Selain itu, anakanak kita yang menyiapkan tugasan sekolah mereka dengan melayari internet sebagai sumber pencarian bahan harus diawasi. Khuatir nanti 'bahan' yang mereka muat turun bukanlah bahan yang sepatutnya ditampal pada ‘buku skrap’ mereka. Untuk itu letakkan sahaja PC di ruang tamu supaya mudah kita mengawasi aktiviti online mereka. Antara sedar atau tidak, sebenarnya gejala pornografi adalah perancangan rapi agenda Barat. Mereka mempunyai iltizam untuk merosakkan akhlak generasi Islam. Unsurunsur lucah cuba ditanam pada minda belia agar nanti mereka membesar sebagai pemimpin yang tidak takutkan Allah. Di Indonesia, cadangan melaksanakan Rang UndangUndang Pornografi dan Pornoaksi (RUU APP) panas dibahaskan. Bagaimana dengan kita di Malaysia? Tepuk dada Tanya iman. Kepada mereka yang tidak dapat mengawal jiwa, cara terbaik adalah dengan tidak mengakses internet langsung. Elakkan daripada membuat sambungan talian internet jika anda merasakan diri anda tidak mampu dan iman anda lemah. Cubalah beristighfar dan kawal diri. Melihat sahaja kepada AlQuran sudah mendatangkan pahala, apatah lagi membacanya. Begitu juga, melihat sahaja pada gambargambar porno pada laman lucah sudah mendatangkan dosa, apatah lagi melayarinya.

3. Rangka Kerja Tindakan

Ummah hari ini mahu tidak mahu perlu menguasai maklumat. Ini adalah kerana maklumat adalah kuasa. Untuk memudahkan masyarakat mendapat akses kepada maklumat. Maka tidak boleh dinafikan infrastruktur maklumat perlu ada. Kepimpinan yang inginkan masyarakat celik ICT perlu menyediakan rangkaian Internet kepada masyarakat. Begitu juga dengan kepimpinan yang inginkan masyarakat celik huruf perlu menyediakan perpustakaan dan kelas membaca kepada masyarakat. Di dalam hal ini ICT boleh dianggap sebagai satu perkakasan untuk proses pengislamisasian semula (reIslamization) umat yang ampuh. Namun sudah tentu prosesnya sukar dan penuh komplikasi [11]. Jika dahulunya kuliah agama hanya dapat diikuti di pondokpondok, kini ianya boleh ditatap di depan skrin komputer. Fenomena mengaji dengan membawa kitab yang beratberat kini diambil alih peranannya oleh kitabkitab digital yang termuat di dalam pangkalan data. Sebelum ini untuk mengikuti ceramah agama, seseorang harus mengetahui tarikh, tempat dan masjid yang menganjurkannya. Jika terlepas, tiadalah lagi peluang kedua. Kaedah lama ini bergantung kepada cara menghadiri kelas atau ceramah di masjid atau surau sematamata. Kini, klip video ceramah boleh dimuat turun dan dimainkan semula pada computer masingmasing. Jika terlepas ceramah di masjid, anda boleh muat turun fail tersebut dari laman web yang menyediakan khidmat yang dimaksudkan. Dari segi Internet, laman web yang berasaskan maklumat Islam harus diperbanyakkan. Buat masa ini maklumat di Internet berkaitan hukumhukum Islam dalam bahasa Malaysia masih jelas berkurangan. Dalam pada itu, unsure negatif Internet wajib disekat. Gejala pornografi dan bahanbahan lucah boleh menghancurkan umat terutamanya remaja. Pemimpin harus memikirkan bagaimana Internet yang seharusya memberi ilmu yang berguna kepada masyarakat dapat dioptimumkan penggunaannya, bukannya menjadi dajjal yang merosakkan iman dan akidah. Perlu diingatkan bahawa kemudahan ini tidak bermakna semua orang harus mengikuti ceramah dari rumah masingmasing hingga masjid kekosongan. Suatu masa dahulu juga, media televisyen dan radio adalah kaedah utama menyebarkan maklumat berkaitan Islam. Namun kini kepesatan teknologi ICT dilihat sebagai berjaya mengambil alih peranan TV dan radio. Ini kerana liputannya lebih luas hingga mencakupi timur dan barat, utara hingga selatan. Maklumat yang ada pada Internet juga boleh sentiasa dicapai selagi pelayan web (web server) tidak dipadamkan. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai peneraju pengurusan Islam di negara ini tidak mahu ketingalan menggunakan ICT sebagai wadah dakwah. Laman web portal yang boleh dicapai di www.islam.gov.my mencerminkan usaha serius lagi murni JAKIM, sesuai dengan peredaran zaman. Dari segi kandungan maklumat, Portal JAKIM menyediakan kemudahan rujukan tafsir alQuran daripada pimpinan arRahman. Dalam bidang hadis pula, disediakan pangkalan data Mastika Hadis serta eHadis. Umat Islam yang mengalami apaapa kemusykilan kini tidak perlu lagi terkialkial mencari ustaz yang boleh membantu. Kemudahan ruangan kemusykilan agama pada portal tersebut insya Allah dapat membantu. Ruangan eFatwa juga membincangkan hukumhakam semasa untuk rujukan segera dan terkini. Bagi para khatib di seluruh negara, usah risau lagi mencari ilham untuk menulis teks khutbah. Terdapat khutbah online yang boleh dimuat turun untuk dibacakan di atas mimbar. Laman portal Jakim yang mula diakses pada tahun 1996 kini semakin menarik. Ia padat dengan maklumat berguna. Ia kini memberikan peluang kepada umat Islam mencapai maklumat dengan hanya di hujung jari. Ia juga diperkemas dengan elemen multimedia interaktif yang dapat memikat pengunjung laman. Inilah manfaat jelas dan langsung daripada teknologi Internet. Perkongsian pintar dari segi ilmu memudahkan proses pembangunan pengetahuan dalam kalangan umat. Kita harus memahami bahawa penggunaan ICT dalam berdakwah tidak sama sekali bermaksud bahawa dakwah secara asli sebagaimana sunnah Rasullullah SAW harus ditinggalkan. Ia juga tidak bertujuan untuk membawa bidaah hasanah dalam menyebarkan kalimah Allah. Penggunaan ICT tidak sama sekali dapat menandingi kehebatan metodologi dakwah daripada lorong ke lorong pada zaman keagungan Islam. Apa yang perlu dijelaskan di sini ialah kita sebagai umat Islam yang hidup pada kurun terkini harus memanfaatkan ICT. Ia harus dilihat sebagai rahmat yang memudahkan rangka kerja dakwah kita. Oleh itu sokongan padu harus berterusterusan diberikan kepada golongan yang masih teguh mengekalkan kaedah dakwah tradisi peninggalan Nabi. Sebagai tanda syukur atas nikmat kemajuan teknologi, gunakanlah ICT sebaik mungkin. Ambillah peluang ini untuk membawa manusia di seluruh alam lebih hamper kepada Penciptanya. Rasulullah SAW diutuskan untuk seluruh umat di seluruh alam hingga hari kiamat. Kini baginda sudah wafat. Sebagai umat nabi kita tidak dapat lari daripada memikul tanggung jawab memastikan misi baginda menyampai kalimah Allah berterusan. Hakikatnya, kelebihan yang ditawarkan oleh ICT harus dimanfaatkan untuk mengisi tuntutan agama. Dengan menjunjung perintah Allah, barulah setiap perkara di dunia ini layak dikatakan sebagia membawa manfaat. ICT harus digunakan untuk menjunjung perintah Allah. Usaha dakwah harus berkembang pesat melalui ICT. ICT sudah banyak membantu memajukan sifat material dalam hidup manusia. Namun manusia lupa bahawa ia harus ditangani sebaik mungkin untuk memajukan sifaat rohani manusia itu sendiri. Pembagunan spritual adalah yang lebih utama.

3.1 Masjid Sebagai Pusat Sumber Maklumat

Kepimpinan masjid patut mula melihat bahawa segenap masyarakat yang mendiami kawasan tersebut perlu dilengkapi dengan maklumat. Usaha ini harus dimulakan di masjid. Sekaligus menafikan masjid sebagai hanya tempat beribadat. Masjid harus dilengkapi dengan sumber manusia yang secukupnya. Dari segi pendidikan anakanak, masjid dicadangkan mempunyai guru tuisyen yang dibayar secara kontrak. Mereka boleh mengajar subjeksubjektertentu sebagai menguatkan lagi pelajaran yang diperolehi di sekolah. Pemimpin harus jelas bahawa pengajaran ilmu alQuran dan hadith tidak boleh dikecualikan. Sebagai contoh pada sebelah pagi, kanakkanak bolehlah mengikuti pendidikan formal di sekolah dengan sukatan pelajaran kebangsaan. Sebelah petang atau malamnya pula kelas pengajian dan hafazan alQuran atau Ilmu Hadith boleh dianjurkan. Ibu bapa yang menghantar anakknya ke kelas pengajian akan turut dapat mengikuti kelas pengajian Fardhu Ain dan seumpamanya. Pemimpin harus jelas bahawa pengajaran ilmu alQuran dan hadith tidak boleh dikecualikan. Sebagai contoh pada sebelah pagi, kanakkanak bolehlah mengikuti pendidikan formal di sekolah dengan sukatan pelajaran kebangsaan. Sebelah petang atau malamnya pula kelas pengajian dan hafazan alQuran atau Ilmu Hadith boleh dianjurkan. Ibu bapa yang menghantar anakknya ke kelas pengajian akan turut dapat mengikuti kelas pengajian Fardhu Ain dan seumpamanya. Semua program ini boleh dijalankan di masjid tempatan. Sebenarnya perkara ini sudah lama dipraktikkan di sesetangah masjid di England. Pengurusan maklumat masjid mereka uruskan sebaiknya. Secara tidak langsung, usaha mengimarahkan masjid akan berhasil.

4. Kesimpulan

Kertas kerja ini telah mengutarakan satu rangka kerja bersepadu dalam menggunakan ICT bagi memperkasakan semula umat Islam. Hakikatnya semua pihak harus punya pendirian tegas dalam agenda memperkasakan diri menyusuri arus perdana kemajuan ICT dunia. Hakikatnya, keberlangsungan keamanan hidup hasil kemerdekaan hanya akan dapat diteruskan jika rakyat sesebuah negara mengutamakan tuntutan agama. Dengan menjunjung perintah Pencipta barulah kelestarian fungsi sebenar insan sebagai khalifah di muka bumi dibuktikan. Kesimpulannya, kemerdekaan dari cabaran arus digital harus difahami dan ditangani dengan kaedah yang setepatnya. Kini dunia barat dengan mudah mempersenda umat islam melalui ICT. Kita yang mengaku sebagai umat islam era moden haru bertindak segera. Pastikan kita juga celik teknologi. Dengan itu kita tidak lagi dengan mudah daapt dipersenda. Eksploitasikan ICT untuk membetulkan persepsi negatif Barat terhadap umat Islam. Tidakkah kita semua berperanan menyebarkan dakwah melalui lebuhraya maklumat tanpa sempadan dalam era komunikasi moden ini?

Penghargaan

Setinggitinggi penghargaan ditujukan kepada Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi kerana telah menaja pembentangan kertas kerja ini.

Rujukan

1. M. U. Chapra, Ibn Khaldun's theory of development: Does it help explain the low performance of the presentday Muslim world?, Journal of SocioEconomicsIn Press, Corrected Proof, Available online 23 May 2007.
2. F. L. Pryor, The Economic Impact of Islam on Developing Countries, World Development 35(11), November 2007, 18151835.
3. V. K. Borooah and M. Paldam, Why is the world short of democracy?: A crosscountry analysis of barriers to representative government, European Journal of Political Economy 23 (3), September 2007, 582604.
4. M. Kriger and Y. Seng, Leadership with inner meaning: A contingency theory of leadership based on the worldviews of five religions, The Leadership Quarterly 16 (5), Toward a Paradigm of Spiritual Leadership, October 2005, 771806.
5. M. Noland, Religion and economic performance, World Development 33 (8), August 2005, 12151232.
6. B. Maddox, Secular and Koranic literacies in South Asia: From colonisation to contemporary practice, International Journal of Educational Development 27 (6), November 2007, 661668.
7. R. Mohd. Amin, S. Abdullah Yusof and M. A. Mohamed Haneef, Values, social problems and balanced development in Malaysia, Journal of SocioEconomics 35 (1) Essays on Behavioral Economics, February 2006, 151163.
8. N. Zainul, F. Osman and S. H. Mazlan, Ecommerce from an Islamic perspective, Electronic Commerce Research and Applications 3 (3) Autumn 2004, 280293.
9. D. A. King, The Sacred Geography of Islam. In: T. Koetsier and L. Bergmans, Editor(s), Mathematics and the Divine, Elsevier Science, Amsterdam, 2005, 161178.
10. R. Y. Afifi, Biomedical research ethics: An Islamic view part II, International Journal of Surgery 5 (6), December 2007, 381383.
11. R. R. Hanks, Dynamics of Islam, identity, and institutional rule in Uzbekistan: Constructing a paradigm for conflict resolution, Communist and PostCommunist Studies 40 (2) Special Issue: Conflict and Conflict Resolution in Central Asia: Dimensions and Challenges, June 2007, 209221.

p/s : ICT dan Islam tak dapat dipisahkan..yeah~blogger-emoticon.blogspot.com

HiPoKRiTkah iTu?

Hipokrit..

Selalu saja menjadi mainan mulut manusia..

Kenapa tak tutup aurat?

Aku tak nak hipokrit..

Kenapa buat perangai macam tu?

Inilah diri aku..

Aku tak nak jadi hipokrit..

Hipokritkah menutup aurat?

Hipokritkah menjaga adab?

Hipokritkah?

Lupakah kita?
Fitrahnya kita bagaimana?

Lupakah kita?

Janji kita pada-Nya dulu bagaimana?

Lupakah kita?

Kita ini sebenarnya bagaimana?

Lahirnya manusia itu suka kebaikan..

Lahirnya manusia itu mahu menyembah ALLAH Yang Esa,

Lahirnya manusia itu tidak mahu melanggar perintah Tuhan..

Itulah fitrahnya kita..

Nah,

Sekarang kita lihat,

Siapa yang hipokrit sebenarnya?

Sedarkah kita?

Betapa hipokritnya kita,

Setiap kali melanggar hukum Tuhan..


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda:

مَا مِنْ مَوُلُودٍ إِلاَّ يُوْلَدُ عَلىَ الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ، كَمَا تُنْتِجُ الْبَهِيْمَةُ بَهِيْمَةً جَمْعَاءَ هَلْ تُحِسُّونَ فِيْهَا مِنْ جَدْعَاءَ؟

“Tidaklah setiap anak yang lahir kecuali dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua orangtuanyalah yang akan menjadikannya sebagai Yahudi, Nasrani, atau Majusi. Seperti hewan melahirkan anaknya yang sempurna, apakah kalian melihat darinya buntung (pada telinga)?”

Hadits diriwayatkan oleh Al-Imam Malik rahimahullahu dalam Al-Muwaththa` (no. 507); Al-Imam Ahmad rahimahullahu dalam Musnad-nya (no. 8739); Al-Imam Al-Bukhari rahimahullahu dalam Kitabul Jana`iz (no. 1358, 1359, 1385), Kitabut Tafsir (no. 4775), Kitabul Qadar (no. 6599); Al-Imam Muslim rahimahullahu dalam Kitabul Qadar (no. 2658).


p/s : blogger-emoticon.blogspot.com