Tuesday, March 30, 2010

aLaSaN KaMU KeSeNGSaRaanN BuaT uMMaT..

BismiLLAH..

Kelmarin..aku diminta memberi nasihat kepada seorang adik sebelum dia ke kampus utama dari alam matrik..dan baru semalam..aku bermesej dengan seorang sahabat..seperti bertingkah gayanya..tapi..begitulah kebiasaanya..kedua2nya berperihal tentang 'ALASAN'..

Aku teringat pesan hujjatul Islam imam al-Ghazali dalam buku karangan beliau "Ayyuhal Walad" yang baru sahaja aku beli di pesta buku di PWTC pada 23 Mac 2010 lalu dan baru sahaja juga aku menghabiskan pembacaannya..beliau berpesan dalam buku tersebut:

"Hendaklah engkau merasa takut bila menjadi seorang yang suka memberi nasihat atau memperingatkan orang lain, kerana pekerjaan ini banyak mengandungi penyakit,kecuali bila engkau sudah dapat mengamalkannya dengan apa yang engkau katakan maka tidak mengapa engkau menasihati orang lain.dan hendaklah engkau fikirkan pada apa yang pernah dikatakan kepada nabi Isa a.s: "Wahai anak Maryam,nasihatilah dirimu,dan apabila engkau telah mengamalkan dengan isi nasihatmu,barulah engkau layak memberi nasihat kepada orang lain,jikalau tidak hendaklah engkau malu terhadap Tuhanmu.".."

Berbalik pada nasihatku pada adikku yang ku kasihi kerana ALLAH itu,aku katakan padanya..

"Nasihat akak,dalam setiap ajakan melakukan kebaikan,jangan memberikan alasan untuk tidak melakukannya..takot2 akan jauh dari rahmat ALLAH.."

Cakap2 akak bukan sekadar cakap kosong tahu..akak telah mengalaminya..mengambil tauladan dari buku Ayyuhal Walad yang akak baca juga..akak harap adik jangan salah faham..maksud akak bukanlah alasan yang kukuh..akak tahu dan faham pada setiap tingkah kamu itu pasti ada sebab yang kukuh..kerana itu,dalam setiap perilaku kamu akak tidak memaksa kamu lakukan..dalam setiap yang akak lakukan,akak akan cuba lakukan tanpa alasan..alhamduliLLAH..Tuhan sentiasa memudahkan jalan sehingga hari ini..walaupun tampaknya seperti sukar dan jalannya berliku..tapi..manakan dapat sagunya jika tidak dipecahkan ruyungnya..dan kerana akak jarang sekali memberi alasan la,dengan izin ALLAH,impaknya sungguh besar untuk akak sampailah hari ini,dan kerana itu jugalah akak merasakan inilah nasihat terbaik yang dapat akak bagi untuk kamu..

Hidup ini bukanlah sesuatu yang mudah..ingat tuh..

Kepada sahabat sepertingkahan saya malam semalam..bukan semalam sahaja..malah saban waktu pada setiap pertemuan walau di mana jua..setiap kali mesej kau,pasti ada sahaja yang x sama..x sependapat..berbeza pandangan..terima kasih untuk itu..walaupun kadang tu mahu tergelak membaca madah kau yang agak robotik..tapi yang penting maksudku dan kamu sampai..hehe..

berbeza pandangan itu perlu..sangat perlu..tapi maaf andai ade tinta aku yang mengguris hati kau..haha..

kita bercerita mengenai kau yang suka bagi alasan..bukan penyelesaian..sehingga aku merasa bosan..lambat2 kadang2 aku membaca mesej kau..seakan sudah tahu jawapan yang bakal aku terima..sampai kata kau "kalau tak bagi alasan,xde ape dah la aku nak balas"..haha..kau ini sungguh..sungguh apa ya..sungguh egoistik..dramatik..statik..aku cume suruh kau fikir je,,FIKIR je pun..kau kate nanti..aku lebih rela kalau kau tak balas mesej aku dan CUBA gak fikir sedikit..sampai bab aku suruh kau membaca untuk mencari jawapan yang tuntas dari jawapan kau yang culas pun kau malas..kau bukan nak kate "insyaALLAH nanti aku baca"..walaupun kau mungkin tak terniat pun nak buat,tapi kata-kata itu satu doa tahu?banyakkan kata 'insyaALLAH' yang ikhlas..pasti..walau sekarang tidak kau terfikir untuk buat..mudah-mudahan itu satu doa buat kau dan ALLAH akan memakbulkannya tidak hari ini,mungkin di saat yang lain..hm..sahabat..sahabat..
sebelum itu aku mahu meminta maaf pada kamu kerana suka bermadah..imam al-Ghazali ada berpesan juga dalam tulisannya supaya tidak menggunakan ayat yang susah2 ketika memberi nasihat..pasti selepas ini ayatku lebih mudah untuk kau..kecuali ketika..ketika..bila ya?kau lebih mengerti..haha..

p/s : takut2lah kalau suka bagi alasan..kelak ditanya ALLAH.."Mengapa di saat AKU memberimu peluang untuk berkhidmat padaku,tapi engkau tidak menggunakan peluang itu?"..tiada alasan lagi ketika itu olehmu untukNYA..

Sunday, March 14, 2010

MANUSIA KECEWA MANUSIA

Pada setiap harapan yang diletakkan..

Pasti mengecewakan..

Hati menjadi sakit..

Jiwa sesak..

Kalbu meronta..

Itulah manusia..

Manusia lemah..

Tak sedar diri..

Mengharap pada yang lemah sesamanya..

Perasan tuan..

Padahal mengecewakan..

Ilmu setitis air lautan..

Sudah mendabik dada..

Sudah mahu mengambil kerja Tuhan..

Sungguh..tidak sedar diri manusia itu..

Jatuh sekali..sudah mahu minta mati..

Lupa pada Tuhan yang tidak mengecewakan..

Sentiasa ingat pada hambaNYA..

Biarlah tidak sujud..

Biarlah tidak bersyukur padaNYA..

Darah tetap dialirkan jua..

Tapi manusia yang mengecewakan itu mudah lupa..

Lupa pada Tuhan yang sentiasa ingat padanya..

Ingat pada setiap nafas yang terhela..

Maka, nikmat Tuhanmu yang mana kamu dustakan?

Meletak harapan pada manusia..

Pasti kecewa..

Meletak harapan pada pencipta manusia..

Pasti indah..

HARAPAN

BismiLLAH..

Pernah aku terbaca mesej seorang sahabat yang lebih kurang begini “Orang yang paling zalim adalah orang yang membina harapan kemudian meruntuhkannya dalam diam tanpa dia tahu dia telah membinanya malah dia juga yang telah meruntuhkannya.”
Banyak perkara berlaku. Masalah hati. Biarlah orang nak kate hewi kalau tulis blog asik pasal hati je. Biarlah. Blog aku. Suka hati aku la. Dan itu jugalah antara yang dikatakan saling melengkapi antara lelaki dan wanita. Aku ambil contoh. Kalau anak nangis, mak juga yang kelam kabut, ayah ‘steady’ je kan? Kalau r mak jenis hati kering macam ayah, bagaimana anak itu mahu membesar sebagai insan yang cemerlang hatinya tanpa belaian dari mak yang seikhlas hati menimangnya? Mudah.

Aku sebenarnya ingin menegur beberapa pihak setelah aku melihat banyak masalah hati berlaku apabila beberapa perkara kecil dipandang enteng iaitu membalas mesej. Ade kes orang suka kat kita. Kita pula tak suka dia tapi setiap kali oarng tu mesej kita balas. Tahu tak perbuatan kita tu memberi harapan pada dia sebenarnya? Alasan kita balas sebab kesian? Come on la. Kalau kita teruskan kita lebih menzalimi dia sebenarnya. Kesian ke macam tu? Lebih baik bertegas dengan diri kita demi mengelakkan fitnah berlaku. Nampak hal ni macam kecil je kan bro? tapi tengok la nanti kalau korang tak dengar cakap aku.

Kedua, meletakkan harapan tak tentu pasal. Hal ni banyak berlaku dalam gerakan bila mana hati sudah suka, maka meletakkan harapan untuk si dia akan menjadi milik kita satu hari nanti. Wahhhh..beberapa lama masa berlalu, si dia berkahwin dengan orang lain ataupun cinta tidak berbalas. Kemudian, manusia yang meletakkan harapan tidak tentu pasal ini kecewa tak tentu pasal dan menghilang tak tentu pasal seterusnya merencatkan gerak kerja dakwah. Angin takde, ribut takde, tibe-tibe tsunami. Agak tidak beradab di situ. Lain kali, kalau betul suka, ada salurannya yang sesuai. Bukan simpan dalam hati lepas tu kecewa sendiri lepas tu hilang. Menyusahkan orang je. Aku pun boleh terasa kalau dapat kawan jenis ni. Terasa beb, macam aku ni bukan kawan yang baik je biarkan kawan aku kecewa sorang-sorang tanpa aku cuba bantu. Dah aku tak tahu. Aku ke yang salah?hoh.. Lepas tu, kalau dah dibantu dan jawapan tidak seperti diharapkan, redho la. Jangan r kecewa melebih-lebih. Kerja banyak lagi nak buat tahu.

Ketiga, adab dalam mengharap. Ni nak bagitahu seluruh lelaki-lelaki di dunia. Ha..kalau dah berkenan dengan siapa-siapa terutama sekali orang gerakan, minta tolong ada orang tengah. Jangan main cakap terus je pada tuan punya badan. Segan tau. Korang nak beli barang pun tanya kat tuan punya kedai, ni nak anak orang tak tanya tuan punya anak, haru r macam ni. Hee..itupun nak kena ajar ke?huh..

p/s: harapan tidak buta..

PKPIM GESA KERAJAAN BERTINDAK TEGAS TERHADAP FRANCAIS PREMIS MENJUAL AKSESORI SEKS SECARA TERBUKA Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa kerajaan mengambil tindakan segera dan tegas terhadap premis-premis yang menjual aksesori seks secara terbuka dan berleluasa. Premis-premis aksesori seks ini didapati menjual pelbagai produk seks seperti pil dan ubat-ubatan yang berbahaya serta diragui tahap keselamatannya, kondom, alat permainan seks dan lain-lain lagi.

PKPIM berpandangan bahawa penjualan secara terbuka yang dilakukan oleh premis tersebut secara tidak langsung telah menggalakkan perlakuan seks bebas khususnya di kalangan remaja masa kini. Maka, secara tidak langsung perlakuan seks bebas akan dijadikan budaya masyarakat kita tanpa kita sedari.

Sementara itu, dalam situasi masyarakat yang didedahkan dengan peningkatan bilangan kes penzinaan dan pembuangan bayi serta pelbagai gejala sosial yang kian parah, penjualan aksesori seks ini pasti akan memburukkan lagi keadaan sosial masyrakat Malaysia.

Dalam pada itu, PKPIM menyelar sikap penjual yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata dan mengambil sikap tidak kisah terhadap persoalan moral masyrakat memandangkan sikap seperti ini telah membantutkan usaha kerajaan untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju dari perspektif material dan spiritual yang di mana pada masa yang sama rakyatnya tetap teguh dan kukuh dengan pegangan nilai moral, adab dan agama masing-masing.

Dalam perkembangan berkaitan, persoalan akhlak dan moral masyarakat perlu dititikberatkan agar ia tidak membawa bencana kepada negara suatu masa kelak. Keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat mampu meruntuhkan dan membinasakan sesebuah negara dan tamadun.

Penyair Arab, Ahmad Syauqi pernah mengungkapkan dalam syairnya yang lebih kurang maksudnya, “Sesungguhnya kejayaan suatu umat (bangsa) terletak pada akhlaknya dan selagi mereka berakhlak, jika pada mereka telah hilang akhlaknya, maka akan jatuhlah umat (bangsa) ini.”

Sekretariat PKPIM Pusat

MUSIM TENGKUJUH MELANDA . . .

BismiLLAH..

Sudah lama ingin mencoret sesuatu di sini..tapi hanya pandangan sepi dapat dihulurkan setiap kali melirik ke blog aku ini..teringat kata-kata seorang adik..”kak,kat seminar hari tu ade kate,kalau dah mula buat blog kena r ‘update’ selalu..kalau tak,tu tandanay ade masalah r tuh dengan penulis buat blog tuh..hehe..”..kate adik yang agak nakal ini sambil tersengih2..budak ini memang suke menyakat aku..semakin hari semakin menjadi2 nampaknya..siaplah kamu kalau kamu pun x ‘update’ blog kamu..ya,memang banyak masalah sejak dua menjak ni..masalah fizikal dan bertambah-tambah pula dengan masalah hati..hui..tapi tetap ku gagahkan jua..cuba juga berjiwa besar walaupun raganya kecil..

Sekarang ini aku pun tak pasti musim apa yang sedang melanda keluarga keduaku di kampus yang telah aku berperanserta selama hampir 2 tahun ini. Musim tengkujuh barangkali..masing-masing sedang bersedih apabila mengenangkan beberapa senior yang selama ini menjadi tulang belakang gerakan pelajar Islam yang kami ceburi ini untuk bergerak di kampus bakal menghabiskan zaman kampus mereka di UIAM Gombak ini. Aku juga antara yang pasti akan terasa kehilangan mereka di sisi, tapi apa yang aku dapat lakukan? Takkan la nak suruh diorang panjangkan sem sehingga sama-sama graduan dengan aku kot?haha..kesenangan itu pastinya perlukan pengorbanan. Aku juga turut tumpang gembira atas kejayaan mereka mendapatkan ijazah sarjana muda yang telah diusahakan selama 6 tahun..6 tahun..bukan 1 tempoh yang singkat. Tambah pula terlibat dengan gerakan pelajar Islam yang tribulasinya bukan calang-calang. Tahniah buat kakak-kakak dan abang-abang yang bakal menjadi graduan beberapa bualan sahaja lagi. Nanti kami buka gerai masa korang convo singgah-singgah la menyumbang ye. Gerai Hati Berbunga-Bunga (HBB) bakal berwajah baru.hehe..

..TERUSKAN PERJUANGAN..

Sekian lama kita bersama
Berkasih bercinta sesama kita
Segala dugaan yang menimpa kita
Iman dan taqwa kekuatan kita

Tiba masanya perpisahankita
Kedatangannya mendebarkan jiwa
Kita hanya mampu untuk merancang
Tetapi ALLAH yang menentukan

Teruskan perjuangan dan terus berkorban
Meskipun kita akan berjauhan

TERUSKAN PERJUANGAN DAN TERUS BERKORBAN
DEMI MENEGAKKAN ISLAM

Manisnya ketika berjuang bersama
Suka dan duka rasa bersama
Kini semuanya tinggal kenangan
Tiada mungkin akan berulang

BERPISAH DI MATA
DI HATI JANGAN
Moga perpisahan diredhai Tuhan..

Kita hanya mampu untuk merancang
Tetapi ALLAH yang menentukan
Teruskan perjuangan dan terus berkorban
Meskipun kita akan berjauhan

TERUSKAN PERJUANGAN DAN TERUS BERKORBAN
DEMI MENEGAKKAN ISLAM

p/s: jangan tukar nombor tahu?hehe..

WANITA ITU . . .siri 2

Keduanya pula pastinya wanita yang berada di dalam gerakan Islam. Beberapa isu menjadi perhatian aku kini. Jangan ditanya mengapa aku agak keras kebelakangan ini. Aku mahu setiap wanita yang melangkahkan kaki ke dalam arena gerakan Islam ini tahu hal ini. Aku mahu,sekali mereka sudah melangkah, jangan lagi toleh ke belakang dan masih teragak-agak. Ingatlah, kemenangan Islam itu pasti, itu janji ALLAH. Aku mahu, sekali mereka sudah melangkah, kentalkan hati, kebalkan hati, keringkan hatimu dari basahan cinta manusia yang akan membantutkan gerak kerja! Bersikap tegaslah dengan diri kamu. Jangan ada walau sedetik pun niat sampingan di hati kamu. Niatkan sahaja segalanya kamu lakukan untuk Tuhanmu. Yakinlah, kamu bantu agama ALLAH, ALLAH pasti akan menbantu kamu..yakinlah!bukan sekadar percaya. Yakin! Ya, kita manusia biasa, aku juga begitu. Malah aku lebih biasa lagi jika kamu tahu. Tetapi, pada setiap keterlanjuran hati, banyakkanlah beristighfar dan semailah cintamu buat ALLAH yang
Esa semata.

Kemudian, bukanlah perihal baitul muslim yang ingin aku utarakan di sini (tapi mungkin ada sikit2). Apa yang ingin aku ketengahkan di sini adalah perihal pandangan alam Islam seorang lelaki terhadap seorang wanita khususnya lelaki-lelaki yang berada di dalam gerakan Islam itu sendiri. Bukan main lagi dok bercakap mengenai pandangan alam Islam (Islamic worldview). Malahan lelaki-lelaki inilah yang paling lantang sekali berbicara mengenai hal ini. Campaklah mana-mana pun majlis ilmu, muka mereka jualah yang paling terrrrrkedepan berhujah. Bagus! Mantap! Itulah mereka. Aku tidak nafikan. Siap dok perli hewi-hewi lagi asyik dok senyap je kat belakang lebih rela mendengar dari beradvokasi. Hu…terbaik..bab merendahkan semangat hewi pun merekalah yang paling terrrbaikk. Heh, cakaplah apa pun.. kalau dah pandangan alam Islam korang terhadap wanita pun tak betul, ingat kami nak hairan? Sibuk berbicara mengenai Nabi Muhammad sebagai contoh tauladan, apa korang contohi bagaimana sikap nabi terhadap wanita? Ok, lihat pada yang dikata, bukan pada yang berkata kan? Baca surah as-Saf tu sampai habis k.

Apa yang lebih mengjengkelkan adalah timbul pula suara-suara sumbang menyuruh hewi-hewi berpenampilan lebih menarik supaya barulah lelaki-lelaki di dalam gerakan tidak mencari wanita-wanita di luar gerakan. Do I care? Habis tu, apa bezanya kami dengan mereka? Dan apa pula beza korang dengan lelaki yang tidak berada dalam gerakan? Apa ingat kami berada di dalam gerakan ini berjuang berpenat lelah sampai kerja lelakipun kami buat semata-mata untuk mendapatkan perhatian korang?huh..jangan perasanlah..korang nak yang cantik tu korang punya pasal. Kami ade kerja untuk ALLAH yang ingin kami lunaskan. Tanggungjawab yang tidak akan berakhir walau berapa kali pun kami diturunkan jawatan dunia mahupun tidak pernah memegang jawatan sekalipun. Tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah. Tahu?

Kami hewi-hewi diminta untuk lebih advokasi. Terkedepan dalam isu-isu wanita dan isu semasa lainnya. Ya, tidak ada masalah. Tapi aku ingin bertanya pada kebanyakan rijal haraki ini, berapa ramai antara kamu yang selepas berkahwin nanti mahu isteri duduk di rumah sahaja atau istilah lebih sesuai, sorok bini? Pasti dan aku tidak ragu lagi, ramai yang ingin berbuat begitu. Korang nak beristeri bukan orang gerakan tu korang punye pasal. Tidak siapa pun nak kisah asalkan jangan nikah koboi (sempat lagi tu.hehe). Tapi korang sibuk kata, kalau hewi kahwin dengan orang bukan gerakan pun apa salahnya bawa suami sekali bersama-sama dengan gerakan. Baik, bagaimana pula jika aku balikkan semula hal ini pada korang? Rase-rase, timbul lagi tak isu sorok bini? Kan lebih baik korang yang latih bini korang tu. Takde la timbul fitnah berbanding nak latih hewi-hewi beradvokasi tanpa sebarang ikatan, tak gitu? Di samping dapat bawa isteri korang dalam gerakan Islam seperti yang korang dok cadangkan pada hewi. Win-win situation. Bingo!

“WANITA ADALAH TETAP SEBAGAI WANITA WALAU BAGAIMANA KEADAAN SEKALIPUN. Allah menjadikan kaum wanita sesuai melakukan atau melaksanakan tugas-tugas di lingkungan rumahtangga dan di sekitar persoalan kaum wanita.
Sebagaimana yang diketahui, tugas wanita yang utama ialah tugas keibuan. Wanita Islam tidak boleh memainkan peranan kaum lelaki sebagaimana yang telah dimainkan oleh wanita-wanita zaman moden walaupun berselindung atas nama kemajuan dan sebagainya.

Kita tidak menafikan bahawa kaum wanita juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam masyarakat tetapi hendaklah diingat bahawa peranan wanita itu hendaklah di dalam lingkungan hijab. Dengan demikian, kemuliaan dan kehormatan wanita-wanita Islam dapat dipelihara di dalam masyarakat. Di samping itu ia juga dapat menyelamatkan kaum lelaki daripada fitnah godaan sebagaimana yang banyak berlaku pada hari ini apabila wanita-wanita telah mula meninggalkan alam rumahtangga.
Apabila wanita-wanita dibiarkan berperanan bersama-sama kaum lelaki atas alasan mengejar kemajuan, kemodenan, kebebasan dan sebagainya, ianya nanti hanya akan menyebabkan berlaku berbagai-bagai penyakit sosial di tengah-tengah masyarakat.”
-Wanita Islam: Beberapa Nasihat dan Peringatan oleh Hamizan Hussin-

WANITA ITU . . .siri 1

Baru-baru ini aku terlibat secara tidak langsung dengan beberapa permasalahan wanita. Aku merasakan inilah pertama kalinya aku agak prihatin dengan isu wanita. Terdapat 2 golongan wanita yang menjadi perhatian aku. Pertama sekali pastinya perihal remaja wanita kini. Aku pun tidak pasti di mana anak-anak remaja wanita ini meletakkan maruah mereka. Di mana silapnya. Keluargakah? Sistem pendidikankah? Masyarakatkah? Lelakikah yang salah? Atau mungkin…aku yang salah barangkali. Terlalu lambat bertindak. Tapi apa yang aku dapat lakukan? Wahai anak-anak remaja yang bergelar wanita, apa sebenarnya yang anda mahu?

Tidak sayangkah kamu pada dirimu? Mudah sahaja kau serahkan mahkota berhargamu pada insan bernama lelaki yang tidak layak bagimu. Mudah sahaja kau biarkan lelaki yang tiada ikatan denganmu menyentuhimu. Mudah sahaja kau keluar berdua bersama lelaki ajnabi tanpa ada urusan penting sehingga mengetepikan mahrammu yang ada. Mudah sahaja kau menerima pelawaan lelaki untuk berjumpa dan berbual yang pastinya bukan perihal ummat apatah lagi hal agama yang dibincangkan. Apakah itu suatu kebanggaan buat kamu? Bangga pada sesuatu yang diletakkan pada tempat yang tidak sepatutnya? Adilkah kamu pada diri kamu sedangkan adil itu bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya. Heh..

Apa yang kamu mahukan sebenarnya wahai kaum hawa? Aku juga kaum hawa seperti kamu tetapi aku tidak tahu apa yang kamu mahukan sebenarnya dan sekarang aku mahu tahu. Adakah kamu merasa risau jika tidak menerima pelawaan mereka, maka tidak ada siapa lagi yang mahukan kamu? Tidak yakinkah kamu pada ALLAH yang telah menjanjikan lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan sebaliknya dan jika tidak di dunia, pasti ada yang terbaik dijanjikan buatmu di akhirat kelak. Persoalanku, bukan sekadar kamu percaya atau tidak, tapi yakinkah kamu pada janji Tuhanmu? Yakinkah? Janji makhluk lemah yang bergelar lelaki pun kamu yakin sungguh-sungguh, mengapa tidak kamu yakin pada janji Tuhanmu yang maha Kuasa? Jika lelaki itu baik, mengapa tiada adabnya dia dalam berhubungan denganmu? Atau andai kau merasa putus asa dengan dunia, apakah kau lebih suka hidup dalam kehinaan dan semakin hina? Malukah kamu untuk mendekati orang-orang seperti aku? Kenapa? Gusar aku akan memandang hina kamu dan tidak dapat menerima kamu? Kamu salah..akulah yang dipandang hina oleh kamu dan kamulah yang tidak dapat menerima diri aku..

“Banyak tanggapan dibuat bahawa Islam agama berserah. Umat Islam adalah umat menyerah. Pergantungan kepada Tuhan yang tinggi menyebabkan pergantungan kepada nasib tanpa usaha. DOA UMAT ISLAM SELALUNYA PANJANG TETAPI IKHTIAR UMAT ISLAM LAZIMNYA PENDEK. Menerima sesuatu walaupun menyalahi agama dikatakan rezeki. Terjadinya sesuatu walaupun kerana kesalahan sendiri dikatakan takdir Allah. Umat Islam sering memilih menjadi tangan yang menerima lebih dari tangan yang memberi.”

“Sikap berserah kepada Allah tidaklah salah. Berserah tanpa usaha menjadikan umat kalah. Berserah bukan di awal usaha. Kalau tidak dipecahkan ruyung bagaimanakan dapat sagunya. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Usaha mendatangkan ikhtiar. Ikhtiar dengan jiwa tawakkal menjadikan manusia cekal. Cekal tanpa putus asa membolehkan manusia berjasa. Hujung kejayaan doa dipanjatkan. Antara usaha dan doa, Allah memakbulkan hati-hati yang ikhlas.”
-Jalur Berfikir Remaja Islam oleh Prof Dr Sidek Baba-