Monday, June 15, 2009

13 Jun 2009

BismiLLAH..

13 Jun 2009

Tarikh ini begitu signifikan sekali bagi aku..

Kenapa ya?

Ya,hari inilah yang aku nanti2kan..

Hari ini aku, Azlinda dan Deqni mahu menjalankan satu misi yang agak besar aku kira..

Ya, menyambut hari lahir Puan Haliza, bekas guru kelas kami sewaktu di tingkatan empat dan lima dahulu..

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk bertemu sahabat-sahabat lama..

Alhamdulillah..kali ini kehadiran memuaskan..kebetulan ramai sahabat-sahabat yang sedang bercuti..ni senarai kehadiran mereka..semoga ukhwah berkekalan..

-Islinda, Azlinda, Deqni, Syaqila, Saipurah, Atikah, Athika, Sabariah, Aliaa', Noridah, Hanisah, Maisarah..

-Nizam, Jing Yen, Tan kee, Mahathir, Saiful, Salleh, Opet, Amin..

-Pelajar tingkatan 6 Azimat dan 6 Inspirasi '08/'09

Bertemu Pemuda PAS lagi….blogger-emoticon.blogspot.com


Semalamnya aku baru pulang dari Kuala Lumpur. Azlinda mengambil aku. Malangnya ada kelibat orang yang aku tidak bersedia untuk bertemunya untuk kedua kalinya. Badanku penat sekali. Aku bukan kembali ke matrik untuk bersuka ria. Banyak sekali aktivitiku di sana. Jika pulang ini untuk berdebat lagi, silap besarlah pemuda ini. Sampai sahaja Linda di stesen bas,pemuda itu yang sedang duduk di belakang menyapaku,aku hanya tersenyum dan membuat muka yang paling peenaaattttt sekali.. pemuda itu cuba membuat lawak tapi aku tidak larat untuk senyum pun sebenarnya. Melihatnya sahaja aku kira sudah seperti sebuah piano menghempap kepalaku. Alhamdulillah pemuda ini tidak banyak bercakap. Aku pun banyak perkara hendak dibincangkan dengan sahabatku Azlinda. Kami ke econsave dan pemuda itu meminta diri untuk pulang kerana kawanya telah sampai untuk mengambilnya. Alhamdulillah, cuma Allah sahaja yang tahu betapa nafasku yang sesak telah menjadi begitu lapang sekali. Aku dan Azlinda meneruskan agenda kami untuk membeli barang-barang keperluan untuk jamuan esok hari. Kami juga membeli satu set cawan untuk dihadiahkan kepada Puan Haliza..

Pagi yang kelam kabut..huhu..blogger-emoticon.blogspot.com


Pagi itu aku merancang dengan Linda dan Hanisah untuk membantu mereka mengambil bahan-bahan di gerai ibuku dan rewang same2 wat mee sup di warung Hanisah pada jam 7 pagi. Tapi malangya, aku ‘culture shock’.hehe.. Boleh pula aku bangun jam 8pagi..hehe..aku cepat2 bersiap dan terus ke warung Hanisah tetapi kelibat si Linda pula yang tiada. Hanisah pula termenung kerana ibunya belum sampai dan membuka warung. Alhamdulillah, aku ingatkan aku r yang paling lambat tadi.hehe..si Linda pergi bersarapan dengan Deqni dan pemuda pas rupa-rupanya. Termakbul juga hajat si Deqni untuk berjumpa dengan pemuda itu. Habis r pemuda tu kalau dah jumpa Deqni..mahunya kelam kabut dibuatnya kalau dia bersikap seperti selalu..huu..biarlah..biar dia rasa bagaimana bertemu dengan pelbagai ragam anak muda yang suka memberontak seperti kami sekelas.hehe..sementara menunggu mereka,aku dengan Hanisah bersarapan di warung sebelah. Tak sabar rasanya untuk mendengar cerita Deqni yang pastinya lucu itu..

Setelah mereka sampai, kami pun rewang r mengerjakan mee sup. Chef utamanya sudah pasti bukan aku tetapi mak dan ayah Hanisah yang sangat ‘sporting’ kerana sukarela mahu memasakkan untuk kami tanpa bayaran. Kami hanya sediakan bahan sahaja. Alhamdulillah.. dan pastinya Deqni dengan kisahnya bertemu dengan pemuda pas itu..tak dapat aku gambarkan betapa kelakarnya waktu itu dengan tulisan kerana si Deqni ni banyak sangat gayanya..uhuhu..penat aku gelak pagi tu..hhahak..

Majlis bermulablogger-emoticon.blogspot.com


Majlis bermula 2.30ptg..seperti biasa, pastinya yang lambat adalah budak lelaki..oleh sebab telah biasa dengan gelaran bro di matrik,kadang2 aku terlepas juga di sini,pelik juga sahabat2ku.huhu..xpe la..sahabat2ku tidak banyak berubah..masih seperti dahulu..dengan dak lakinye yang terhegeh2 nak masuk rumah..memang lambat sangat..sakit hatiku dibuatnya..aku cuba membandingkan mereka dengan bro yang aku kenal di matrik..huu..jauh sekali..sahabat2 lamaku ini masih belum hilang lagi sifat ego mereka yang berkecamuk itu..mungkin kerana belum keluar dari dunia Johor ini barangkali..hmm..sahabat2ku yang perempuan pula semakin cantik..sudah pandai bergaya nampaknya..aku sahaja yang masih tidak pandai bergaya..untuk majlis ini aku mengenakan jubah meroonku dan tudung labuh berwarna hitam seperti yang aku kenakan di matrik. Dan yang paling kelakar,aku seorang sahaja yang berjubah..yang lain semua mengenakan seluar..huhu..tidak ada seorangpun yang berbaju kurung..huhu..segan juga aku dibuatnya..tapi tidak mengapa,inilah diri aku sebenarnya..buat apa nak malu kan?bukan tidak menutup aurat+sendat+padat+mampat pun..huhu..

Sahabat-sahabatku cemerlang STPMblogger-emoticon.blogspot.com


Tahniah buat sahabat-sahabatku yang cemerlang untuk STPM yang mereka duduki pada tahun lepas..aku dengar majority dari mereka menerima anugerah pelajar cemerlang sekolah. Alhamdulillah..siapa kata tingkatan6 itu ‘low profile’? bahkan aku sangat kagum dengan sahabat2ku di tingkatan6 ini..mereka sanggup melalui satu fasa yang tidak ramai orang sanggup melaluinya..bahkan,adikku juga aku sarankan ke tingkatan6 jika tidak mendapat mana2 universiti.. alhamdulillah setakat ini seramai 3 orang telah diterima untuk ke USM.. yang selebihnya sedang menanti keputusan pada 19Jun ini..aku sentiasa mendoakan sahabat2ku mendapat yang terbaik..insyaALLAH..

Aku mula berangan...blogger-emoticon.blogspot.com


Seperti biasa..sejak berperanserta dalam pkpim,aku selalu sahaja berfikir tentang apa sahaja yang berlaku di sekelilingku..aku lebih suka berfikir kini jika hendak dibandingkan dengan dulu..aku melihat diri sahabat2 lamaku dan aku bandingkan dengan diriku..aku merasakan perbezaannya..aku terfikir,apakah hala tuju hidup sahabat2ku ini..apakah yang mereka dapat di sepanjang perjalanan kehidupan mereka selepas melangkahkan kaki keluar dari alam persekolahan..bagi yang baru habis tingkatan6,aku tidak hairan jika mereka masih belum matang buat masa ini kerana mereka belum ke alam selain sekolah lagi..mereka masih cumil2 belaka..yang aku fikir adalah mereka yang telah ke politeknik,ke universiti..adakah mereka dapat seperti apa yang aku dapat?aku bukanlah mahu mengatakan aku lebih baik dari mereka..sudah tentunya mereka itu lebih baik dariku..Cuma,aku mengharapkan,mereka mendapat sesuatu yang begitu membawa makna dalam diri mereka dalam erti kata sebenar,memberi makna yang membawa keberuntungan untuk dunia dan akhirat mereka..aku melihat mereka seakan sama seperti dahulu..tahukah mereka,mereka adalah pemimpin masa hadapan?sedarkah mereka bahawa mereka merupakan mahasiswa harapan sebagai pengubah masyarakat?mengertikah mereka masyarakat sangat memerlukan khidmat mereka?turunkah mereka menyertai mana-mana aktiviti kemasyarakatan?mereka sertai atau tidak persatuan yang amat menitikberatkan soal masalah remaja yang semakin runcing kini?prihatinkah mereka akan masalah umat yang melanda dunia Islam?ambil beratkah mereka tentang soal ukhrawi mereka?nah,inilah soalan2 yang bermain di benak fikiranku sepanjang bertemu dengan sahabat2 lamaku..soalan itu juga aku tujukan kepada diriku sebelum aku memikirkan tentang mereka..hmm..benarlah,aku bukanlah orangnya yang terbaik dalam banyak hal..

Potret Kenanganblogger-emoticon.blogspot.com





p/s: selepas ini kami berjanji untuk bertemu kembali selepas 5 tahun..insyaALLAH..

blogger-emoticon.blogspot.com

Sunday, June 7, 2009

..Da'ie itu..

Bismillah..
Aku masih ingat lagi..diskusi HEWI yang lepas..sahabatku Iba bertanyakan soalan.."bukankah kita semua adalah da'ie?jadi,apa pula bezanya kita yang berada dalam jemaah ini dengan mereka di luar sana?"..erk..termangu sebentar aku memikirkan soalan itu..benar juga ya..pasti ada bezanya..tapi..apa ya?blogger-emoticon.blogspot.com

Mesyuarat HEWI baru-baru ini pula,adikku Aisyah Sajuni menimbulkan lagi satu persoalan.."kate kite wat keje dakwah..tapi kalau hari2 meting,ape yang dakwahnye?"huhu..soalan itu agak mencuit hatiku..tapi..benar juga ya..di mana dakwahnya jika asik meeting jer?terpukul aku yang tiap2 malam meeting ni dengan soklan 2..hm..ape ye?blogger-emoticon.blogspot.com

Semua orang telah sedia maklum(terutama dak2 UIA) bahawasanya setiap manusia yang diciptakan itu telah ditaklifkan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini..ya..semua orang itu khalifah..tiada yang berkecuali waima orang-orang dari negara berkecuali pun..huhu..maka..semua orang adalah da'ie..pendakwah..mengajak kepada yang ma'ruf dan melarang yang munkar..dan semua orang juga sudah pastinya adalah mad'u juga..kerana insan itu berasal daripada perkataan arab iaitu nasiy yang bermaksud lupa..ya..manusia itu mudah lupa..perlu selalu diingatkan..secara otomatiknye,ktite r da'ie,kite r mad'u..maka..sepatutnye x timbul r soal layak atau tidak layak menjadi da'ie atau mad'u dalam diri semua orang..tetapi..ade pulak jemaah..dalam jemaah,orang sibuk berdakwah..ape bezenye dengan orang yang x masuk jemaah?kan semua orang da'ie..ha..bezenye ialah..da'ie yang kat dalam jemaah tu telah mengisytiharkan diri mereka sebagai da'ie..tetapi dalam masa yang same mereka tak boleh lupe yang diri mereka juga adalah mad'u..yang kat luar tu pun da'ie gak..tapi x rasmi la..tapi..tanggungjawab tetap kene jalan..blogger-emoticon.blogspot.com

Hari-hari meeting..ape yang dakwahnye?dakwah ni ape ye?jangan berfikiran terlalu sempit tentang dakwah..jangan terlalu jumud..yeah~perkataan baru..hehe..dari konteks yang cukup luas,dakwah tu bukan sahaja sekadar secara lisan tapi juga secara perbuatan..apabila kita bertemu dengan sahabat sesama jemaah untuk bermesyuarat,pastinya setiap tingkah laku mereka diteliti untuk dijadikan contoh..cara memulakan majlis yang beradab,cara bercakap yang santun,beradab ketika saling bertukar pandangan..ye..menunjukkan adab yang baik itu juga salah satu dakwah..sebelum meeting pastinya ada tazkirah terlebih dahulu..ya..peringatan buat kite..selepas meeting selesai pastinya akan berbual sebentar bercerita tentang isu semasa untuk dijadikan pengajaran..ya..salah satu unsur dakwah juga..dakwah lebih kepada sesama ahli..ahli jemaah juga adalah mad'u bukan?

menjadi da'ie itu bukan tugas yang mudah..lebih2 lagi da'ie yang telah mengisytiharkan diri sebagai da'ie..HATI perlu kental..PERASAAN perlu kebal..JIWA perlu kenyal..erk..kenyal?eheh..blogger-emoticon.blogspot.com

kadang-kadang aku terfikir..xkan kite je yang nak fikir perasaan dowang..bile kite tegur sikit mulelah marah..kecik hati..kate care kite x berhikmah la..tapi..dowang 2..bile kite wat baik sikit..mule r perli..2 boleh plak..berhikmah ke cam 2?korang nak kite berhikmah dengan korang..yang korang 2?blogger-emoticon.blogspot.com

sabar is..dowang x faham..kite yang faham ni kene bersabar..xleh care ni,kite gune care lain..blogger-emoticon.blogspot.com

habis 2,dowang xyah faham?asik kite je nak faham dowang..

sabar is..sabar..jangan ikutkan sangat hati tu..nanti setan suke..blogger-emoticon.blogspot.com

ha..ni yang aku lemah ni..betol gak ek..xleh jadi ni..xleh bagi setan suke..sabar is..sabar..kite gune care lain..hehe..blogger-emoticon.blogspot.com

"da'ie itu perlu orang yang paling kebal dalam bab hati dan perasaan"..kate seorang sahabat..ye..betul tu..perlu kebal..xleh cepat marah dengan mad'u..xleh terasa hati dengan mad'u..xleh berdendam..biar r ape pun yang mad'u kite wat..yang penting istiqomah dalam berdakwah..dan istiqomah dalam kekebalan hati dan perasaan..blogger-emoticon.blogspot.com

habis tu..da'ie xleh jatuh hati r ye?ehek..gediknyer soalan..blogger-emoticon.blogspot.comboleh..kan fitrah tu..tapi x perlu lah diluah jika belum tiba masenye..faham kan?aku?mesti r faham..tengah pendam r ni..ahakz..statement 2..mase ni x sesuai lagi..buat mase ni hatiku jatuh hati dengan perjuanganku..ya..perjuangan seorang anak muda..moga terus tetap atas jalan ini..biarlah hatiku terus kebal dari merasai "perasaan fitrah" itu..kerana masanya belum tiba..yeah~

p/s: aku mad'u..

Friday, June 5, 2009

..Tautan Kasih..tidak sekadar hari itu..

Alhamdulillah..
pada 2 dan 3 Jun yang lepas telah selesai Malam Tautan anak negeri di bumi Pusat Asasi UIA PJ..
di Pusat Asasi UIA Nilai juga telah selesai pada 3 dan 4 Jun yang lalu..
aku membantu adik-adikku mane yang perlu..x banyak pun..banyaknye pantau je..ehek..blogger-emoticon.blogspot.com

2 Jun 2009

pengalaman menjadi 'person in charge' untuk PERSIDA yang terdiri daripada orang2 utagha (Kedah,Perlis,Penang) sungguh..sungguh ape ye..mendebarkan..ye..mendebarkan..mule2 nak cover..cube2 r cakap kedah kan..tapi cam klaka lak..aku xnak la adik2 ingat aku main2kan loghat dowang..sensitif 2..aku x berniat cam tu pun tau..malah aku nak meraikan bahasa dowang..cewah..tapi takut dowang salah faham..maka akhirnye aku pun ngaku je la aku ni orang Johor..oh Wan dan Syaibani,di manakah kowang di kala ini..aiyak..kehadiran senior PERSIDA dari gombak menyelamatkan aku..alhamdulillah..tetapi..pengisiannya seperti agak berat sedikit..ye r,aku pun pernah jadi adik2 tahun pertama..kalau tibe2 je pengisiannya berat..aku pun blur weh..huu..xpe2..aku pun ape lagi,terus je wat2 sempoi2.."ha..adik2 mesti blur sekarang kan?mende la PERSIDA ni sume..nak wat pa la kan.."ha..2 r ayat pertama aku kat dowang..huhu..aku pun cakap bebel r sowang2 cakap.."PERSIDA ni di bawah naungan PKPIM..ABIM..WADAH..mahasiswa ni kena tau tentang isu semasa..kalau x tau,bek campak ke laut ja..hak3..kalau x tau,camne nak berjasa kat masyarakat kan..hidup biar berjasa.."cewah..aku kalau dah mula bercakap..paham2 je r kan..hahahaha..
Malam itu berakhir dengan senyum di bibir setiap committee kerana alhamdulillah adik2 yang datang begitu ramai sekali..cian adik2 PERSIDA kene duduk kat atas lantai sebab x cukup kerusi..maap ye adik2..akak rase bersalah sangat sampai sekarang..uhuu..blogger-emoticon.blogspot.com

3 Jun 2009

Alhamdulillah..hari yang ditunggu tunggu telah pun tibe..hari KPIJ sedunia..haha..kumpulan aku adik2 yang datang 11 orang..jap ea..aku cube ingat name dowang..err..yati..amirah syafikah..aznorul..hidayah..sufi..im..hajar..fatimah..farhana..ade lagi 1 orang..lupe dah..tapi x pe..t akak ingat aku sebut..maap ye adik2..akak pun manusia biasa..hik3..tetapi setelah seronok2 berta'ruf dengan adik2,ujian menimpa..blogger-emoticon.blogspot.com..slide show xleh buka kerana laptopku bukan vista..oho..habis r..islinda telah diberi peluang untuk bercakap..maka..blogger-emoticon.blogspot.com..malam tautan xberhenti seperti yang dirancang..walaupun telah berkali-kali adikku saeqal dan liyana me'nyound'..blogger-emoticon.blogspot.comahakz..alhamdulillah setelah selesai semuanya..ade jamuan makan..hik3..di kala anak negeri lain menyediakan kek pisang..KPIJ menyediakan mee hun..alhamdulillah..ade rezeki lebih..hik3..

Post Mortem Malam Tautan

blogger-emoticon.blogspot.comeh,asal tibe2 nanges lak neh..ihik..terharu..post mortem malam tautan ni menyedarkan aku tentang sesuatu..adik-adikku dah besar..ye..mereka dah hampir 20 tahun dah pun..hehe..bukan yang tu..tapi fikrah mereka..walaupun nampak macam budak-budak..dok gelak je..suke-suke..tapi..mereka mempunyai satu fikrah yang cukup matang..aku kira sebagai permulaan ini sudah cukup baik..ape yang ingin aku sampaikan pada adik2 semuanya telah mereka aplikasikan dengan baik sekali..sangka baik sesama jemaah..sentiasa berlapang dada..jangan sesekali ade perasaan ingin menjatuhkan orang lain..sentiasa membetulkan niat..alhamdulillah..pada aku,apabila sudah fikrahnya mereka begini,insyaALLAH perjalanan yang akan mereka tempuh untuk akan datang itu lebih mudah lagi dengan tidak wujudnya penyakit hati yang membebankan..apatah lagi jurusan-jurusan yang mereka ambil itu jurusan yang aku kira agak berat..ya,jalan dakwah itu penuh dengan tribulasinya..tapi akan lebih mudah jika ditempuh tanpa kehadiran hati yang berpenyakit..x tau la betapa terharunye hati ini..gembiranya diri ini..tapi..saat itu dirasakan aku seorang tanpa kehadiran mantan2 lain..pastinya aku mengharapkan sahabat seperjuanganku,Afifah,untuk berada di sisi..pastinya dia orang yang paling layak untuk melihat semua ini..

Tapi adik-adik..ini baru permulaan..jangan berpuas hati dahulu..perjalanan masih panjang dan pastinya penuh berliku..syurga itu dipagari dengan onak dan duri..neraka itu dipagari dengan hiburan dan kesenangan..selepas ini,adik2 perlu istiqomah dalam menjaga adik2 kowang lak..jangan mudah putus asa..mad'u itu pasti banyak ragamnya..terimalah mereka dengan hati yang lapang..kita semua kan bersaudara..perjalanan kakakmu ini juga masih panjang..doakan kakakmu ini tetap di jalan ini..insyaALLAH..

Ingat..Tautan Kasih..bukan sekadar hari itu..Tautkan hati-hati ini untuk selamanya..

p/s : korang dah senior dah..akak bakal junior..ahakz..blogger-emoticon.blogspot.com

Thursday, June 4, 2009

..Petua Ulama Untuk Mengubati Pelupa atau Mengelakkan Jadi Pelupa..

Sekarang penyakit pelupe aku semakin menjadi-jadi..gejala yang tidak sihat ini semakin parah menyelubungi diri aku neh..ohoi~..tengah dok luper2 tu aku tertimpa lak dengan blog neh secara tak sengaja untuk dijadikan sebagai pedoman buat diri yang peluperrr..eheh..blogger-emoticon.blogspot.com

Ini petua ulama untuk mengubati pelupa atau mengelakkan jadi pelupa:

1. Kismis hn awal

2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.

3. Tidur awal bangun awal

4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu

5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging

6. Banyak makan ikan, sayur, titam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.

7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.

8. Buat stretching bila bangun dari tidur

9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut

10. Elakkan lihat kemaluan dan najis

11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari

12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )

13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).

14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar

15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.

16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak

17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan

Selain dari kuat ingatan, badan menjadi sihat, akal tenang dan umurpun panjang. Tak perlu membazir beli supplement dari farmasi seperti jojoba atau lain-lain sebab boleh menyebabkan panas badan, pecah gusi dan side effect. Duit tu boleh beli pakaian anak-anak dan isteri atau hadiah pada ibubapa atau bersedekah pada anak-anak yatim.

Bersenam secara tetap boleh meningkatkan kecerdasan minda

MEMANG sukar mengajak orang bersenam walaupun kebanyakan tahu manfaatnya, tetapi ada penemuan baru yang mungkin boleh menaikkan semangat kita untuk memulakan aktiviti yang memberi kesejahteraan sepanjang hayat.

Biasanya semangat untuk bersenam hanya marak pada awal tahun dan mulai malap selepas beberapa bulan. Namun jangan biarkan ia terus padam kerana kajian mendapati bersenam secara tetap sebenarnya boleh meningkatkan kecerdasan minda.

Kajian yang dijalankan ke atas tikus mendapati bersenam boleh merangsang penghasilan neuron dalam kawasan ingatan pada otak haiwan itu. Tikus yang ‘disuruh’ bersenam di atas roda bergerak belajar teknik baru dengan lebih baik berbanding tikus yang banyak berehat.

Kajian ini menarik kerana ia membandingkan prestasi antara tikus tua (seperti orang berumur 70 tahun) dengan tikus muda (seperti orang berumur 20 tahun) yang bersenam dengan berlari atas pelantar bergerak. Tikus ini kemudian diberikan ujian untuk mencari platform yang diletakkan di tengah kolam air.

Hasil kajian sebulan itu mendapati tikus tua yang bersenam menunjukkan prestasi sebaik tikus muda, manakala tikus tua yang tidak bersenam ‘terlupa’ di mana letaknya platform.

Saintis percaya senaman mampu memberi kesan sama pada golongan tua untuk merangsang daya fikiran mereka dan memperlahankan masalah pelupa yang sering berlaku apabila umur meningkat.

Kajian ini juga memberi harapan kepada pesakit Alzheimer atau nyanyuk bahawa proses penggantian semula sel otak yang mati boleh dirangsang semula dengan menjalankan aktiviti fizikal setiap hari.

Senaman sebenarnya merangsang otak untuk ‘bekerja’ pada kadar optimum apabila ia menyebabkan sel saraf untuk berganda, menguatkan ‘hubungan’ antara sel dan melindunginya daripada mengalami kecederaan.

Kajian terdahulu ke atas haiwan juga mendapati apabila bersenam, sel saraf haiwan terbabit menghasilkan sejenis protein dipanggil faktor neurotrofik (BDNF). Protein ini merangsang beberapa bahan kimia semula jadi lain untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Seorang pakar perubatan memberikan analogi senaman seumpama makan ubat. Jika diambil pada dos tepat dan sesuai, ia mampu mengubati sesuatu penyakit pada kadar seperti diharapkan. Namun jika dosnya terlalu kurang atau banyak, hasilnya mungkin tidak seperti diharapkan atau boleh mendatangkan kesan sampingan.

Tidak kira bagaimana kita menjaga penampilan, proses penuaan tetap berlaku. Tiada siapa boleh menduga apa bakal berlaku apabila kita tua, namun banyak penyakit boleh dielakkan melalui senaman.

Semakin meningkat umur, organ kita turut mengalami penuaan dan fungsi otak boleh menurun jika ia tidak dilindungi. Senaman aerobik sederhana juga didapati boleh melindungi otak daripada mengalami kemerosotan sehingga menjejaskan daya ingatan seperti dialami pesakit dementia atau Alzheimer.

Dalam kajian lain membandingkan senaman aerobik dengan regangan dan membina bentuk badan mendapati, individu yang melakukan senaman aerobik menunjukkan prestasi minda lebih baik. Mereka bukan saja dapat menjalankan tugas dengan baik, malah daya tumpuan juga meningkat.

Selepas enam bulan, tahap kesihatan kardiovaskular kumpulan yang melakukan senaman aerobik juga meningkat. Manakala perubahan pada kumpulan yang melakukan senaman regangan tidak ketara.

Senaman aerobik ialah pergerakan sama dilakukan berulang kali seperti berjalan, berjoging, mengayuh basikal, berenang atau menari. Senaman selama 20 hingga 30 minit sehari, tiga atau empat kali seminggu sudah memadai dan boleh memberikan manfaat besar kepada kita.

Tidak kira berapa pun usia kita sekarang, tiada istilah terlewat untuk menjaga kesihatan dan memulakan senaman. Senaman lebih penting kepada orang tua untuk mengekalkan keanjalan otot dan keseimbangan, menguatkan tulang dan mengelakkan masalah keretakan tulang serta mampu mengatasi masalah sukar tidur.

Selain makanan, senaman adalah pelaburan terbaik untuk mengekalkan kesihatan. Pelaburan ini juga mudah, memberi banyak manfaat yang tidak memerlukan wang. Modal terpenting ialah kesedaran dan kesungguhan untuk menjadikannya amalan sepanjang hayat kerana hasil pelaburan ini hanya dapat dirasai jika dilakukan secara teratur dan berterusan.

Kesan positif

Kajian sejak lebih 50 tahun lalu juga membuktikan senaman memberi kesan positif terhadap sistem saraf kerana ia mampu:

> Mengurangkan kesakitan.

> Menguatkan ingatan.

> Merawat kemurungan.

> Menurun dan mengawal tekanan darah.

> Meningkatkan daya ketahanan badan.

> Merangsang aliran darah.

> Mengekalkan keanjalan dan kekuatan otot.

Sumbangan: Ustaz Mohamed Zamri

p/s : ade sorang bro neh bagi tips gak..katenye..pompuan ni memang mudah lupe..(ye la 2..)blogger-emoticon.blogspot.com..sebabnye stress memanjang dan kurang wat kritikal thingking..(ye la 2..eheh..)blogger-emoticon.blogspot.com..die soh makan benda2 manis yang semulajadi manis..paham x?haha..aku paham skit2..jangan makan gule2 lak katenye..heehee..dan katenye lagi nabi ajar,lepas solat subuh,sujud sekejap nak bagi otak menerima oksigen..tarik nafas dalam2..tips ni kalau die tipu aku,aku tipu korang r(kate2 adikku farid)..hak3..insyaALLAH betul..cube r amal2kan ye islinda oi..huhu..blogger-emoticon.blogspot.com

pas tu kan,sesape yang ade aku hutang dengan die ke gitau r eh..aku ni memang pelupe weh..tapi hutang budi jangan cite r..hutang wit je..hehe..tapi jangan wat2 cam aku hutang padehal x lak..aku luku korang t..blogger-emoticon.blogspot.com

Anugerah lagi..suke2...

Alhamdulillah..dapat anugerah lagi..x tau la..skrg tengah musim bagi-bagi award kerrr????huhu..rase x layak jer dpt award..xde la wat pape pn kt blog ni..tau hias je..isi xde..kui3..ape2 pn award ni cik Yun yang bagi..die same kos dengan aku..ict..cam yang die cite la,kitorang mase kat matrik dulu bersaing untuk subjek math..ye ke yun??mane ade yun oi..is x layak pun nak bersaing dengan yun yang bijak bestari tu..die tipu je tu..die hebat lagi..alhamdulillah..ape-ape pun..bes kawan dengan yun ni..blogger-emoticon.blogspot.com


1. Put this badge in your awesome blog..(haha..awesome ke yun??wahhh)blogger-emoticon.blogspot.com2. Award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly.

3. Make sure you put the recipients' names here, along with their links.

-hanan
-farah katun
-farah aziella
-nadila
-romelia
-sakinah budiman
-nisa bar
-ummu
-aisyah idris
-izwan

4. Let them know about this.blogger-emoticon.blogspot.com

Tahniah wat sape2 yang dapat award dari aku ni ye..hehe..pasan je aku ni..kalau leh nak bagi kat sume tapi syarat die bagi kat 10 orang je..x pe la..yang x dapat tu pun kawan aku gak weh..kepada kakak2ku lak,award ni x sesuai r untuk kakak2..insyaALLAH senang2 t is wat award khas wat kakak2ku yang tersayang ye.huhu..blogger-emoticon.blogspot.com

nadila,farah katun,farah aziella dengan romelia tu dak2 klas aku tuh..dowang bertahan je jadi kawan aku sampai sekarang neh.huhu..maceh korang..sayang dowang and sayang sume dak ict..haha..teruskan berblogging sesempoinye k..heee...blogger-emoticon.blogspot.com

hanan,nisa bar dengan sakinah lak sahabat seperjuangan di pkpim..dowang selalu je tazkirah kat aku..bagus dowang neh..dowang lah sahabat yang x pernah jemu berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran terutamanya kat aku yang sengal neh..huhu..teruskan usaha menjadikan blog kowang sebagai salah satu lorong-lorong dakwah..blogger-emoticon.blogspot.com

ummu dengan aisyah idris lak junior2 ku di matrik..aisyah,walaupun kite seumo,kamu tetap kene panggil is kakak tau..keh3..guro je..panggil r hok ghapo2 mu suko deh..hik3..ummu lak adik yang nakal tapi tetap tatot dibuli kak is.keh3..ku nantimu di pintu gombak deh.huhu..blogger-emoticon.blogspot.com

eh,tibe2 ade lak kumbang sekor antara blogger2 yang terima award ni ek..kurangkan kontroversi weh!!!haha..aku terserempak dengan izwan neh kat kpij..mase tu jawatan die bsar..yang dipertua kpij 2..x bleh bla tol die neh..haha..aku saje je bagi award kat die ni nak bagi blog die yang baru tuka template yang konon2 comel 2 lebih cantek..haha..blog die cukup santai cam dok kat pantai..haha..teruskan berblog k..blogger-emoticon.blogspot.com

k..selamat menerima award dengan selamat..
salam mujahadah..blogger-emoticon.blogspot.com

p/s:aku suke bace blog orang....blogger-emoticon.blogspot.com