Showing posts with label X) LuaHaN (X. Show all posts
Showing posts with label X) LuaHaN (X. Show all posts

Thursday, April 8, 2010

RiNDu yang BeRTaMu..

BismiLLAH..

AlhamduliLLAH..usai sudah peperiksaan penggal akhir semester ini = 5 April 2010..huiii..teruk tol rasenye jawab kertas terakhir tadi..hmm..entahlah..tak moh dah cite..semoga yang terbaik untukkku ya Tuhan..aminn..dan tiada sangka,hari ini juga merupakan hari lahir beberapa orang kenalan..adik KPIJ UIA Nilai,Syaheera..adik PKPIM UIA PJ,Hazwan..dan tidak ketinggalan juga,bendahari GEN5 PKPIM UIAM sesi 2010/2011,Muazan..selamat hari lahir semua!!!hayatilah surah al-asr dalam meniti hari-hari yang kian dekat dengan kematian ini..

Perancanganku selepas usai ujian itu adalah mengemas bilikku yang……(-_-')……….ntah la..aku pun tak tahu bagaimana mahu menggambarkan bilikku ini..nak pindah rumah r katekan..aku bakal berpindah ke blok lain pada semester akan datang..dan paling tidak disangka-sangka sebilik dengan kakakku Atiqah..huuuu..haru-haru..kalau nak cerita ni macam mane boleh tersebilik ni..hui..panjang ceghitanya bak kate oghang nogori..ye tak kak?ki3..tapi nak dipendekkan cerita kami ni kan,itu lah..ALLAH adalah sebaik-baik punya perancang..korang tak nak macam mane pun,kalau ALLAH dah tetapkan,tu lah dia jadinye..hehe..sabor je la ye kak Tiqah..hehe..

Sebelum balik ke bilik untuk melunaskan agenda,aku bertemu dengan 2 orang sahabat lelaki dengan sahabat kesayanganku,Azimah..sahabat kesayanganku ni laptop die sakit kuat..tidak mengapa..dengan izin ALLAH,kite telah dikurniakan dengan doctor laptop – salah seorang sahabat lelaki tersebut –..huhu..sedang menunggu Azimah dengan kerja memindahkan file2 yang ade dalam laptopnya sebelum dibedah oleh sahabat lelakiku ini,aku ape lagi..aku pun ade rancangan lain seperti biase..bagi ceramah percuma kepada 2 orang sahabat lelaki ku ini..hehe..takpe2..kire dakwah fardhiyyah r ni..(nama sahabat lelaki tersebut tidak dapat aku siarkan di sini atas sebab-sebab tertentu – dorang ni pun bukan suke glamor2 ni.hi3 –)

Pesanan aku pada sahabat lelaki ku kali ini adalah tentang persediaan sebelum menempuh alam rumahtangga..aku sebenarnya tak nak cerita pasal ni kat dorang,tapi memandangkan umur dorang pun dah melanjut ke era dua puluhan dan bakal menjadi bapa juga satu hari nanti, - dalam tempoh terdekat aku kira..hehe – aku pun meneruskan juga agendaku ini..tazkirahku berkisarkan tentang persediaan untuk seorang suami memahami keadaan yang bakal dihadapi oleh seorang isteri kelak seterusnya menjadi penyokong terkuat seorang isteri untuk menghadapi dugaan besar yang akan ditempuhinya nanti..cewah..macam nak pergi perang je gayanya..penting ni..ingat kahwin tu perkara yang mudah ke..

Bergelar seorang isteri bukanlah sesuatu yang mudah..kerana itu,mudah sekali untuk seorang wanita masuk syurga setelah menjadi seorang isteri apatah lagi ibu kerana dugaan yang ditempuhi nanti cukup3 menguji jiwa dan sanubari..dugaan bermula setelah disahkan isteri ini terkena buatan orang..hehe..mengandung la..ingat tak penat ke nak kendong anak dalam perut tuh sane sini..buatnye dapat suami yang tak berapa nak faham bahasa, nak kite wat jugak kerja rumah seperti biasa,memang saje le tuh suami tuh..ingat kite ni saje-saje je memboyot bawa anak sane sini dalam perut?ingat boleh tinggal je anak ni kat mane2?jadi,faham r kelelahan yang akan bakal ibu ni hadapi ketika mengandung k..bawa2 r jadi suami yang romantik seperti RasuluLLAH..cewah..

Kemudian,ujian ketika hendak melahirkan anak pula..hm..ni lagi r aku pun tak tau nak kate ape..mase cite kat dorang pun,dalam hati aku mase tuh pun takut gak nak beranak nanti..tapi memikirkan setiap kesakitan yang dihadapi menghilangkan dosa-dosa,lega sikit..kira kafarah r tuh..cube korang bayangkan r sendiri kan..tahap sakit nak beranak tuh sampai banyak urat terputus..hah,bayangkan r betapa sakitnye nak lahirkan anak..ni tengok anak-anak sekarang dok derhaka kat mak tuh yang aku hangin tuh..paling hangin kalau yang sanggup bergaduh dengan mak sebab kekasih..weh,ko ingat kekasih ko ke yang beranakkan ko sampai mak ko ketepikan..cube la FIKIR sikit..otak letak kat mane la tuh agaknye..marah ni..marah..sabar is sabar..ni nanti dah lepas beranak ni banyak la plak pantang larang makan nak kene ikut tahu..bayangkan r lagi nak jaga bahagian rahim yang lukanya macam orang luka lepas eksiden teruk..ha..fikir sikit..eh,banyak FIKIR..FIKIR..ZIKIR..

Seusai beranak,ingat selesai dah..takkkk..ade lagi ni dugaan ni..ha..pantang sume kene jaga tambah tolak ade r dalam sebulan lebih..lepas tuh nak menyusukan anak lagi..nak jaga bayi ni..ingat senang..jaga bayi orang bukan cam jaga bayi kambing ye..jadi di sini,suami kene r tolong..jangan tolong tengok jerr..tolong r ape2 yang patut..sebab tu r penting kefahaman sebelum berkahwin..ingat kahwin ni senang..jangan ingat kahwin untuk melepaskan nafsu je..sebabnye,di saat isteri korang mengandung,beranak,pantang semua,korang kene r puasa..sahabatku ini bertanya tentang kenapa nak kene puasa lak..err..segan akak nak jawab dik..hehe..maksudnya,tak dapat nak ‘bersama’ isteri dalam satu tempoh yang agak lame bagi menghormati keadaan isteri..tapi kalau buat yang ringan-ringan tuh takpe la..sebab tu r,dalam kes-kes macam ni biasanya kalau suami tidak faham dan niatnya berkahwin adalah untuk melampiaskan nafsu semata-mata,itu yang senang2 je die nak ceraikan isteri kerana tidak dapat ape yang die nak..jadi,harapnya suami2 dapat faham keadaan isteri k..dan kepada bakal-bakal suami,tolong bersedia dari aspek ini okeng..

Dan..dalam seorang isteri hendak menghadapi semua dugaan ini..jiwanya haruslah kuat..dan di sinilah peranan seorang suami sangat penting untuk menyokong psikologi seorang isteri supaya kuat menempuhi ujian mencabar ini..sangat penting..nak menghadapi perubahan mendadak pada fizikal lagiiii la satu hal..kalau r suami tak faham keadaan isteri dan meninggalkan isteri tanpa sokongan,tu yang boleh jadi meroyan tuh..bukan mudah ye..bukan mudah..hmmm..nak didik anak jadi orang lagi la 1 hal gak tuh..nak2 dalam zaman yang serba serbi canggih dan makin canggih,makin mencabar r jawabnye..hui..

Kesimpulannya..ilmu agama itu jugalah yang penting dan juga ilmu2 psikologi yang lain sebelum berumahtangga..kahwin ni bukan sehari dua dik..kalau boleh sampai mati..pas tu jumpe lak kat syurga..insyaALLAH..melihatkan zaman sekarang yang terlalu banyak perceraian berlaku..aku sedih..sedangkan perceraian itu jualah perkara halal yang paling dibenci ALLAH..dan hanya lafaz talak saja yang dapat menggegarkan arasy ALLAH..astaghfiruLLAH..

Nak dijadikan cerita..begitulah tazkirah aku selaku penceramah bebas pada hari itu..si doctor laptop pun berkata – islinda ni bercerita macam r pernah beranak – haha..ha,tuh la ko..aku bace buku tau..aku pun kene wat persediaan gak..kui3..pada hal,mane ade bace buku pun..dengar cerita dari kakakku Faridah je..hehe..kak Fa yang rajin bace buku..aku rajin hurai je..terime kaseh kak..hehe..sahabatku Azimah hanya menggeleng di kejauhan..hehe..faham2 je la yeob..haha..

Sebenarnye..dalam aku seronok dok bersembang dengan dorang pasal beranak ni..aku terkenang kat mak aku..hmm..

rindu itu bertamu lagi..

memenuhi segenap ruang hati..

rindu itu meragut kalbu..

rindu yang tak terungkap dengan kata-kata..

rindu yang membuat hati tidak keruan..

tetamu rindu yang dulunya duduk diam di satu sudut..

kini..dia datang menggugat jiwa..

tetamu rindu yang menerjah pinta dilunaskan..

rindu..

rindu..

rindu..

rindu pada raut wajahnya yang kini sudah meniti usia 60 tahun itu..60 tahun..32 tahun membesarkan anak-anak seramai 6 orang..separuh usianya dibaktikan untuk orang lain selain dirinya..60 tahun..mendengarkan usia mak sahabat2 lain..40..30..hmm..muda lagi mak korang..mak aku dah 60 tahun..60 tahun..masih adakah ruang dan waktu untuk diri ini membalas jasanya 21 tahun membesarkan aku tanpa jemu?tanpa jemu?mak,jemu tak besarkan akak?jemu tak..mak masih bekerja di situ..di pasar itu..hingga kini..mengerah keringat 4 kerat yang entah masih kuat entah tidak itu..heh..ape la..mesti la dah tak kuat..mak kan dah umo 60 tahun..maaf mak..masih menyusahkan mak walau umur dah 21..walau tahu mak dah lanjut usia..maaf mak..mak..azam akak ni mak..nak jadi macam dulu-dulu balik..setiap kali balik..nak tolong mak kat pasar pagi2..sebab anak mak ni sekarang dah susah bangun pagi..kalau dulu bangun pagi tolong mak,lepas tuh terus pergi sekolah..berkat tuh mak..alhamduliLLAH dapat jadi pelajar cemerlang tiap tahun..berkat tolong mak tuh..sekarang ni tak dapat pelajar cemerlang sebab tak bangun pagi2 kot..dah bangun tido balik..huhu..mak..rindu..tunggu akak balik ye!\(^_^)/

p/s: setiap hari rindu itu bertamu di satu sudut hati yang dikhaskan untuk insan bergelar ibu..setiap jam..minit..saat..detik. . . . . . . .rindu itu tetap bertamu di situ..pasti ada ruang rindu untuk ibu..cincin di jari dipakai tanda hati telah dimiliki..dimiliki ibu..

Friday, April 2, 2010

HaTi iTu SaKiT

Hati itu sedang sakit..
Lemah sekali..
Hanya mampu terhela lesu..
Mengenang apa penawarnya..

Hati itu masih terpaku..
Kaku..
Nazak barangkali..
Tapi kata Tuan pemilik sang hati..
Ada ubatnya,jangan berptus harap!

Tapi..apa?
Apa penawarnya?
Manakan boleh pulih..
Hari-hari diasak sakit..

Tiada siapa tahu..
Apakah rasanya sakit itu..
Hanya sang Pemilik hati yang tahu..
Sang sandaran hati pun tahu juga..
Tapi sang Pemilik hati lebih tahu..

Sang sandaran hati merasa aneh..
Makin diasak sakit hati itu..
Cubalah bertahan sedikit..
Seakan dirasa makin kental..
oh..
Barangkali hati itu seperti arang..
Gelap..buruk..
Di laut apabila dikenakan tekanan yang tinggi..
Maka arang yang gelap..buruk..
menjadi berlian..
Putih bersinar..cantik..mahal pula!

Hati itu sedang sakit..
Dilanda badai gamaknya..
Badai yang dirasakan seperti membawa ketenangan..
Rupanya membawa kekacauan!

Dirasakan baik untuk hati itu..
Hakikatnya buruk..

Dirasakan buruk untuk hati itu..
Hakikatnya baik

Minta tolong Tuan pemilik hati melindungi hati itu..
yang kini tampaknya sakit kuat..

Tuesday, March 30, 2010

aLaSaN KaMU KeSeNGSaRaanN BuaT uMMaT..

BismiLLAH..

Kelmarin..aku diminta memberi nasihat kepada seorang adik sebelum dia ke kampus utama dari alam matrik..dan baru semalam..aku bermesej dengan seorang sahabat..seperti bertingkah gayanya..tapi..begitulah kebiasaanya..kedua2nya berperihal tentang 'ALASAN'..

Aku teringat pesan hujjatul Islam imam al-Ghazali dalam buku karangan beliau "Ayyuhal Walad" yang baru sahaja aku beli di pesta buku di PWTC pada 23 Mac 2010 lalu dan baru sahaja juga aku menghabiskan pembacaannya..beliau berpesan dalam buku tersebut:

"Hendaklah engkau merasa takut bila menjadi seorang yang suka memberi nasihat atau memperingatkan orang lain, kerana pekerjaan ini banyak mengandungi penyakit,kecuali bila engkau sudah dapat mengamalkannya dengan apa yang engkau katakan maka tidak mengapa engkau menasihati orang lain.dan hendaklah engkau fikirkan pada apa yang pernah dikatakan kepada nabi Isa a.s: "Wahai anak Maryam,nasihatilah dirimu,dan apabila engkau telah mengamalkan dengan isi nasihatmu,barulah engkau layak memberi nasihat kepada orang lain,jikalau tidak hendaklah engkau malu terhadap Tuhanmu.".."

Berbalik pada nasihatku pada adikku yang ku kasihi kerana ALLAH itu,aku katakan padanya..

"Nasihat akak,dalam setiap ajakan melakukan kebaikan,jangan memberikan alasan untuk tidak melakukannya..takot2 akan jauh dari rahmat ALLAH.."

Cakap2 akak bukan sekadar cakap kosong tahu..akak telah mengalaminya..mengambil tauladan dari buku Ayyuhal Walad yang akak baca juga..akak harap adik jangan salah faham..maksud akak bukanlah alasan yang kukuh..akak tahu dan faham pada setiap tingkah kamu itu pasti ada sebab yang kukuh..kerana itu,dalam setiap perilaku kamu akak tidak memaksa kamu lakukan..dalam setiap yang akak lakukan,akak akan cuba lakukan tanpa alasan..alhamduliLLAH..Tuhan sentiasa memudahkan jalan sehingga hari ini..walaupun tampaknya seperti sukar dan jalannya berliku..tapi..manakan dapat sagunya jika tidak dipecahkan ruyungnya..dan kerana akak jarang sekali memberi alasan la,dengan izin ALLAH,impaknya sungguh besar untuk akak sampailah hari ini,dan kerana itu jugalah akak merasakan inilah nasihat terbaik yang dapat akak bagi untuk kamu..

Hidup ini bukanlah sesuatu yang mudah..ingat tuh..

Kepada sahabat sepertingkahan saya malam semalam..bukan semalam sahaja..malah saban waktu pada setiap pertemuan walau di mana jua..setiap kali mesej kau,pasti ada sahaja yang x sama..x sependapat..berbeza pandangan..terima kasih untuk itu..walaupun kadang tu mahu tergelak membaca madah kau yang agak robotik..tapi yang penting maksudku dan kamu sampai..hehe..

berbeza pandangan itu perlu..sangat perlu..tapi maaf andai ade tinta aku yang mengguris hati kau..haha..

kita bercerita mengenai kau yang suka bagi alasan..bukan penyelesaian..sehingga aku merasa bosan..lambat2 kadang2 aku membaca mesej kau..seakan sudah tahu jawapan yang bakal aku terima..sampai kata kau "kalau tak bagi alasan,xde ape dah la aku nak balas"..haha..kau ini sungguh..sungguh apa ya..sungguh egoistik..dramatik..statik..aku cume suruh kau fikir je,,FIKIR je pun..kau kate nanti..aku lebih rela kalau kau tak balas mesej aku dan CUBA gak fikir sedikit..sampai bab aku suruh kau membaca untuk mencari jawapan yang tuntas dari jawapan kau yang culas pun kau malas..kau bukan nak kate "insyaALLAH nanti aku baca"..walaupun kau mungkin tak terniat pun nak buat,tapi kata-kata itu satu doa tahu?banyakkan kata 'insyaALLAH' yang ikhlas..pasti..walau sekarang tidak kau terfikir untuk buat..mudah-mudahan itu satu doa buat kau dan ALLAH akan memakbulkannya tidak hari ini,mungkin di saat yang lain..hm..sahabat..sahabat..
sebelum itu aku mahu meminta maaf pada kamu kerana suka bermadah..imam al-Ghazali ada berpesan juga dalam tulisannya supaya tidak menggunakan ayat yang susah2 ketika memberi nasihat..pasti selepas ini ayatku lebih mudah untuk kau..kecuali ketika..ketika..bila ya?kau lebih mengerti..haha..

p/s : takut2lah kalau suka bagi alasan..kelak ditanya ALLAH.."Mengapa di saat AKU memberimu peluang untuk berkhidmat padaku,tapi engkau tidak menggunakan peluang itu?"..tiada alasan lagi ketika itu olehmu untukNYA..

Sunday, March 14, 2010

MANUSIA KECEWA MANUSIA

Pada setiap harapan yang diletakkan..

Pasti mengecewakan..

Hati menjadi sakit..

Jiwa sesak..

Kalbu meronta..

Itulah manusia..

Manusia lemah..

Tak sedar diri..

Mengharap pada yang lemah sesamanya..

Perasan tuan..

Padahal mengecewakan..

Ilmu setitis air lautan..

Sudah mendabik dada..

Sudah mahu mengambil kerja Tuhan..

Sungguh..tidak sedar diri manusia itu..

Jatuh sekali..sudah mahu minta mati..

Lupa pada Tuhan yang tidak mengecewakan..

Sentiasa ingat pada hambaNYA..

Biarlah tidak sujud..

Biarlah tidak bersyukur padaNYA..

Darah tetap dialirkan jua..

Tapi manusia yang mengecewakan itu mudah lupa..

Lupa pada Tuhan yang sentiasa ingat padanya..

Ingat pada setiap nafas yang terhela..

Maka, nikmat Tuhanmu yang mana kamu dustakan?

Meletak harapan pada manusia..

Pasti kecewa..

Meletak harapan pada pencipta manusia..

Pasti indah..

HARAPAN

BismiLLAH..

Pernah aku terbaca mesej seorang sahabat yang lebih kurang begini “Orang yang paling zalim adalah orang yang membina harapan kemudian meruntuhkannya dalam diam tanpa dia tahu dia telah membinanya malah dia juga yang telah meruntuhkannya.”
Banyak perkara berlaku. Masalah hati. Biarlah orang nak kate hewi kalau tulis blog asik pasal hati je. Biarlah. Blog aku. Suka hati aku la. Dan itu jugalah antara yang dikatakan saling melengkapi antara lelaki dan wanita. Aku ambil contoh. Kalau anak nangis, mak juga yang kelam kabut, ayah ‘steady’ je kan? Kalau r mak jenis hati kering macam ayah, bagaimana anak itu mahu membesar sebagai insan yang cemerlang hatinya tanpa belaian dari mak yang seikhlas hati menimangnya? Mudah.

Aku sebenarnya ingin menegur beberapa pihak setelah aku melihat banyak masalah hati berlaku apabila beberapa perkara kecil dipandang enteng iaitu membalas mesej. Ade kes orang suka kat kita. Kita pula tak suka dia tapi setiap kali oarng tu mesej kita balas. Tahu tak perbuatan kita tu memberi harapan pada dia sebenarnya? Alasan kita balas sebab kesian? Come on la. Kalau kita teruskan kita lebih menzalimi dia sebenarnya. Kesian ke macam tu? Lebih baik bertegas dengan diri kita demi mengelakkan fitnah berlaku. Nampak hal ni macam kecil je kan bro? tapi tengok la nanti kalau korang tak dengar cakap aku.

Kedua, meletakkan harapan tak tentu pasal. Hal ni banyak berlaku dalam gerakan bila mana hati sudah suka, maka meletakkan harapan untuk si dia akan menjadi milik kita satu hari nanti. Wahhhh..beberapa lama masa berlalu, si dia berkahwin dengan orang lain ataupun cinta tidak berbalas. Kemudian, manusia yang meletakkan harapan tidak tentu pasal ini kecewa tak tentu pasal dan menghilang tak tentu pasal seterusnya merencatkan gerak kerja dakwah. Angin takde, ribut takde, tibe-tibe tsunami. Agak tidak beradab di situ. Lain kali, kalau betul suka, ada salurannya yang sesuai. Bukan simpan dalam hati lepas tu kecewa sendiri lepas tu hilang. Menyusahkan orang je. Aku pun boleh terasa kalau dapat kawan jenis ni. Terasa beb, macam aku ni bukan kawan yang baik je biarkan kawan aku kecewa sorang-sorang tanpa aku cuba bantu. Dah aku tak tahu. Aku ke yang salah?hoh.. Lepas tu, kalau dah dibantu dan jawapan tidak seperti diharapkan, redho la. Jangan r kecewa melebih-lebih. Kerja banyak lagi nak buat tahu.

Ketiga, adab dalam mengharap. Ni nak bagitahu seluruh lelaki-lelaki di dunia. Ha..kalau dah berkenan dengan siapa-siapa terutama sekali orang gerakan, minta tolong ada orang tengah. Jangan main cakap terus je pada tuan punya badan. Segan tau. Korang nak beli barang pun tanya kat tuan punya kedai, ni nak anak orang tak tanya tuan punya anak, haru r macam ni. Hee..itupun nak kena ajar ke?huh..

p/s: harapan tidak buta..

MUSIM TENGKUJUH MELANDA . . .

BismiLLAH..

Sudah lama ingin mencoret sesuatu di sini..tapi hanya pandangan sepi dapat dihulurkan setiap kali melirik ke blog aku ini..teringat kata-kata seorang adik..”kak,kat seminar hari tu ade kate,kalau dah mula buat blog kena r ‘update’ selalu..kalau tak,tu tandanay ade masalah r tuh dengan penulis buat blog tuh..hehe..”..kate adik yang agak nakal ini sambil tersengih2..budak ini memang suke menyakat aku..semakin hari semakin menjadi2 nampaknya..siaplah kamu kalau kamu pun x ‘update’ blog kamu..ya,memang banyak masalah sejak dua menjak ni..masalah fizikal dan bertambah-tambah pula dengan masalah hati..hui..tapi tetap ku gagahkan jua..cuba juga berjiwa besar walaupun raganya kecil..

Sekarang ini aku pun tak pasti musim apa yang sedang melanda keluarga keduaku di kampus yang telah aku berperanserta selama hampir 2 tahun ini. Musim tengkujuh barangkali..masing-masing sedang bersedih apabila mengenangkan beberapa senior yang selama ini menjadi tulang belakang gerakan pelajar Islam yang kami ceburi ini untuk bergerak di kampus bakal menghabiskan zaman kampus mereka di UIAM Gombak ini. Aku juga antara yang pasti akan terasa kehilangan mereka di sisi, tapi apa yang aku dapat lakukan? Takkan la nak suruh diorang panjangkan sem sehingga sama-sama graduan dengan aku kot?haha..kesenangan itu pastinya perlukan pengorbanan. Aku juga turut tumpang gembira atas kejayaan mereka mendapatkan ijazah sarjana muda yang telah diusahakan selama 6 tahun..6 tahun..bukan 1 tempoh yang singkat. Tambah pula terlibat dengan gerakan pelajar Islam yang tribulasinya bukan calang-calang. Tahniah buat kakak-kakak dan abang-abang yang bakal menjadi graduan beberapa bualan sahaja lagi. Nanti kami buka gerai masa korang convo singgah-singgah la menyumbang ye. Gerai Hati Berbunga-Bunga (HBB) bakal berwajah baru.hehe..

..TERUSKAN PERJUANGAN..

Sekian lama kita bersama
Berkasih bercinta sesama kita
Segala dugaan yang menimpa kita
Iman dan taqwa kekuatan kita

Tiba masanya perpisahankita
Kedatangannya mendebarkan jiwa
Kita hanya mampu untuk merancang
Tetapi ALLAH yang menentukan

Teruskan perjuangan dan terus berkorban
Meskipun kita akan berjauhan

TERUSKAN PERJUANGAN DAN TERUS BERKORBAN
DEMI MENEGAKKAN ISLAM

Manisnya ketika berjuang bersama
Suka dan duka rasa bersama
Kini semuanya tinggal kenangan
Tiada mungkin akan berulang

BERPISAH DI MATA
DI HATI JANGAN
Moga perpisahan diredhai Tuhan..

Kita hanya mampu untuk merancang
Tetapi ALLAH yang menentukan
Teruskan perjuangan dan terus berkorban
Meskipun kita akan berjauhan

TERUSKAN PERJUANGAN DAN TERUS BERKORBAN
DEMI MENEGAKKAN ISLAM

p/s: jangan tukar nombor tahu?hehe..

WANITA ITU . . .siri 2

Keduanya pula pastinya wanita yang berada di dalam gerakan Islam. Beberapa isu menjadi perhatian aku kini. Jangan ditanya mengapa aku agak keras kebelakangan ini. Aku mahu setiap wanita yang melangkahkan kaki ke dalam arena gerakan Islam ini tahu hal ini. Aku mahu,sekali mereka sudah melangkah, jangan lagi toleh ke belakang dan masih teragak-agak. Ingatlah, kemenangan Islam itu pasti, itu janji ALLAH. Aku mahu, sekali mereka sudah melangkah, kentalkan hati, kebalkan hati, keringkan hatimu dari basahan cinta manusia yang akan membantutkan gerak kerja! Bersikap tegaslah dengan diri kamu. Jangan ada walau sedetik pun niat sampingan di hati kamu. Niatkan sahaja segalanya kamu lakukan untuk Tuhanmu. Yakinlah, kamu bantu agama ALLAH, ALLAH pasti akan menbantu kamu..yakinlah!bukan sekadar percaya. Yakin! Ya, kita manusia biasa, aku juga begitu. Malah aku lebih biasa lagi jika kamu tahu. Tetapi, pada setiap keterlanjuran hati, banyakkanlah beristighfar dan semailah cintamu buat ALLAH yang
Esa semata.

Kemudian, bukanlah perihal baitul muslim yang ingin aku utarakan di sini (tapi mungkin ada sikit2). Apa yang ingin aku ketengahkan di sini adalah perihal pandangan alam Islam seorang lelaki terhadap seorang wanita khususnya lelaki-lelaki yang berada di dalam gerakan Islam itu sendiri. Bukan main lagi dok bercakap mengenai pandangan alam Islam (Islamic worldview). Malahan lelaki-lelaki inilah yang paling lantang sekali berbicara mengenai hal ini. Campaklah mana-mana pun majlis ilmu, muka mereka jualah yang paling terrrrrkedepan berhujah. Bagus! Mantap! Itulah mereka. Aku tidak nafikan. Siap dok perli hewi-hewi lagi asyik dok senyap je kat belakang lebih rela mendengar dari beradvokasi. Hu…terbaik..bab merendahkan semangat hewi pun merekalah yang paling terrrbaikk. Heh, cakaplah apa pun.. kalau dah pandangan alam Islam korang terhadap wanita pun tak betul, ingat kami nak hairan? Sibuk berbicara mengenai Nabi Muhammad sebagai contoh tauladan, apa korang contohi bagaimana sikap nabi terhadap wanita? Ok, lihat pada yang dikata, bukan pada yang berkata kan? Baca surah as-Saf tu sampai habis k.

Apa yang lebih mengjengkelkan adalah timbul pula suara-suara sumbang menyuruh hewi-hewi berpenampilan lebih menarik supaya barulah lelaki-lelaki di dalam gerakan tidak mencari wanita-wanita di luar gerakan. Do I care? Habis tu, apa bezanya kami dengan mereka? Dan apa pula beza korang dengan lelaki yang tidak berada dalam gerakan? Apa ingat kami berada di dalam gerakan ini berjuang berpenat lelah sampai kerja lelakipun kami buat semata-mata untuk mendapatkan perhatian korang?huh..jangan perasanlah..korang nak yang cantik tu korang punya pasal. Kami ade kerja untuk ALLAH yang ingin kami lunaskan. Tanggungjawab yang tidak akan berakhir walau berapa kali pun kami diturunkan jawatan dunia mahupun tidak pernah memegang jawatan sekalipun. Tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah. Tahu?

Kami hewi-hewi diminta untuk lebih advokasi. Terkedepan dalam isu-isu wanita dan isu semasa lainnya. Ya, tidak ada masalah. Tapi aku ingin bertanya pada kebanyakan rijal haraki ini, berapa ramai antara kamu yang selepas berkahwin nanti mahu isteri duduk di rumah sahaja atau istilah lebih sesuai, sorok bini? Pasti dan aku tidak ragu lagi, ramai yang ingin berbuat begitu. Korang nak beristeri bukan orang gerakan tu korang punye pasal. Tidak siapa pun nak kisah asalkan jangan nikah koboi (sempat lagi tu.hehe). Tapi korang sibuk kata, kalau hewi kahwin dengan orang bukan gerakan pun apa salahnya bawa suami sekali bersama-sama dengan gerakan. Baik, bagaimana pula jika aku balikkan semula hal ini pada korang? Rase-rase, timbul lagi tak isu sorok bini? Kan lebih baik korang yang latih bini korang tu. Takde la timbul fitnah berbanding nak latih hewi-hewi beradvokasi tanpa sebarang ikatan, tak gitu? Di samping dapat bawa isteri korang dalam gerakan Islam seperti yang korang dok cadangkan pada hewi. Win-win situation. Bingo!

“WANITA ADALAH TETAP SEBAGAI WANITA WALAU BAGAIMANA KEADAAN SEKALIPUN. Allah menjadikan kaum wanita sesuai melakukan atau melaksanakan tugas-tugas di lingkungan rumahtangga dan di sekitar persoalan kaum wanita.
Sebagaimana yang diketahui, tugas wanita yang utama ialah tugas keibuan. Wanita Islam tidak boleh memainkan peranan kaum lelaki sebagaimana yang telah dimainkan oleh wanita-wanita zaman moden walaupun berselindung atas nama kemajuan dan sebagainya.

Kita tidak menafikan bahawa kaum wanita juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam masyarakat tetapi hendaklah diingat bahawa peranan wanita itu hendaklah di dalam lingkungan hijab. Dengan demikian, kemuliaan dan kehormatan wanita-wanita Islam dapat dipelihara di dalam masyarakat. Di samping itu ia juga dapat menyelamatkan kaum lelaki daripada fitnah godaan sebagaimana yang banyak berlaku pada hari ini apabila wanita-wanita telah mula meninggalkan alam rumahtangga.
Apabila wanita-wanita dibiarkan berperanan bersama-sama kaum lelaki atas alasan mengejar kemajuan, kemodenan, kebebasan dan sebagainya, ianya nanti hanya akan menyebabkan berlaku berbagai-bagai penyakit sosial di tengah-tengah masyarakat.”
-Wanita Islam: Beberapa Nasihat dan Peringatan oleh Hamizan Hussin-

WANITA ITU . . .siri 1

Baru-baru ini aku terlibat secara tidak langsung dengan beberapa permasalahan wanita. Aku merasakan inilah pertama kalinya aku agak prihatin dengan isu wanita. Terdapat 2 golongan wanita yang menjadi perhatian aku. Pertama sekali pastinya perihal remaja wanita kini. Aku pun tidak pasti di mana anak-anak remaja wanita ini meletakkan maruah mereka. Di mana silapnya. Keluargakah? Sistem pendidikankah? Masyarakatkah? Lelakikah yang salah? Atau mungkin…aku yang salah barangkali. Terlalu lambat bertindak. Tapi apa yang aku dapat lakukan? Wahai anak-anak remaja yang bergelar wanita, apa sebenarnya yang anda mahu?

Tidak sayangkah kamu pada dirimu? Mudah sahaja kau serahkan mahkota berhargamu pada insan bernama lelaki yang tidak layak bagimu. Mudah sahaja kau biarkan lelaki yang tiada ikatan denganmu menyentuhimu. Mudah sahaja kau keluar berdua bersama lelaki ajnabi tanpa ada urusan penting sehingga mengetepikan mahrammu yang ada. Mudah sahaja kau menerima pelawaan lelaki untuk berjumpa dan berbual yang pastinya bukan perihal ummat apatah lagi hal agama yang dibincangkan. Apakah itu suatu kebanggaan buat kamu? Bangga pada sesuatu yang diletakkan pada tempat yang tidak sepatutnya? Adilkah kamu pada diri kamu sedangkan adil itu bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya. Heh..

Apa yang kamu mahukan sebenarnya wahai kaum hawa? Aku juga kaum hawa seperti kamu tetapi aku tidak tahu apa yang kamu mahukan sebenarnya dan sekarang aku mahu tahu. Adakah kamu merasa risau jika tidak menerima pelawaan mereka, maka tidak ada siapa lagi yang mahukan kamu? Tidak yakinkah kamu pada ALLAH yang telah menjanjikan lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan sebaliknya dan jika tidak di dunia, pasti ada yang terbaik dijanjikan buatmu di akhirat kelak. Persoalanku, bukan sekadar kamu percaya atau tidak, tapi yakinkah kamu pada janji Tuhanmu? Yakinkah? Janji makhluk lemah yang bergelar lelaki pun kamu yakin sungguh-sungguh, mengapa tidak kamu yakin pada janji Tuhanmu yang maha Kuasa? Jika lelaki itu baik, mengapa tiada adabnya dia dalam berhubungan denganmu? Atau andai kau merasa putus asa dengan dunia, apakah kau lebih suka hidup dalam kehinaan dan semakin hina? Malukah kamu untuk mendekati orang-orang seperti aku? Kenapa? Gusar aku akan memandang hina kamu dan tidak dapat menerima kamu? Kamu salah..akulah yang dipandang hina oleh kamu dan kamulah yang tidak dapat menerima diri aku..

“Banyak tanggapan dibuat bahawa Islam agama berserah. Umat Islam adalah umat menyerah. Pergantungan kepada Tuhan yang tinggi menyebabkan pergantungan kepada nasib tanpa usaha. DOA UMAT ISLAM SELALUNYA PANJANG TETAPI IKHTIAR UMAT ISLAM LAZIMNYA PENDEK. Menerima sesuatu walaupun menyalahi agama dikatakan rezeki. Terjadinya sesuatu walaupun kerana kesalahan sendiri dikatakan takdir Allah. Umat Islam sering memilih menjadi tangan yang menerima lebih dari tangan yang memberi.”

“Sikap berserah kepada Allah tidaklah salah. Berserah tanpa usaha menjadikan umat kalah. Berserah bukan di awal usaha. Kalau tidak dipecahkan ruyung bagaimanakan dapat sagunya. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Usaha mendatangkan ikhtiar. Ikhtiar dengan jiwa tawakkal menjadikan manusia cekal. Cekal tanpa putus asa membolehkan manusia berjasa. Hujung kejayaan doa dipanjatkan. Antara usaha dan doa, Allah memakbulkan hati-hati yang ikhlas.”
-Jalur Berfikir Remaja Islam oleh Prof Dr Sidek Baba-

Thursday, February 18, 2010

TeNTaNG Dia..

BismiLLAH..

Tentang dia yang aku sayang..lama sungguh x dengar khabar..rindu..semalam rindu semakin menjadi-jadi..aku pun hubungi dia..dia membawa satu berita gembira..dia dah tunang..beberapa bulan lagi sudah mahu bernikah..aku gembira sekali..terlalu gembira..ingin menitis air mata..cewah..

Buat kamu yang aku sayang..ingin aku khabarkan satu berita gembira buat kamu..

RasuluLLAH bersabda:
"Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah ALLAH adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya dan akhlaknya baik......."

Sepatutnya kamu boleh tersenyum sekarang..bertuah sungguh menjadi wanita seperti kamu..jeles sungguh pada kamu..huhu..aku rindu kamu selalu..mungkin jarang aku hubungi kamu..terlalu jarang..bukan jarang lagi..sekali sekala pun belum tentu ekoran kekangan masa dan kredit..hehe..maafkan aku..tapi..sehingga hari ini..namamu tetap terpahat kukuh dalam ingatanku..seronok sangat dapat menghubungi kamu semalam..borak-borak ceria seperti dulu2..zaman muda2 dulu..hik3..

doa aku buat kamu..semoga kekal bahagia di dunia dan akhirat..semoga ALLAH memudahkan segala urusan..insyaALLAH..baarokaLLAHu fiik ya ukhti habibuLLAH..

p/s : entri ini khas buat 'orang itu'..dia x bagi nyatakan namanya..hehe..buat 'orang itu', selamat berbahagia..carilah mutiara2 hikmah pada setiap kejadian yang berlaku k..;)

Monday, January 25, 2010

MASING-MASING PERLU MERANCANG DARI SEKARANG

BismiLLAH..
Menjelang sudah usiaku yang ke21..hmm..ape nak buat ek..ntah la..teringat kata-kata saranan aku sendiri buat sahabat2 dalam usrah anak Johor yang bertajuk Muslim dari sudut keluarga bab 1.5 dalam buku Apa Ertinya Saya Memeluk Agama Islam? tulisan Syeikh Fathi Yakan. Aku berpesan supaya sahabat-sahabat sudah mula merancang untuk kehidupan akan datang bermula daripada sekarang. Umur pun masing2 dah 20 dan ke atas. Mungkin ada yang belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat atau dalam tempoh masa belajar, tapi pada aqku biarlah perancangan dibuat dari sekarang. Perancangan kewangan contohnya, sudah perlu untuk menyimpan dari sekarang. Tak untuk kawin pun, dapat pergi haji pun jadilah kan..

Bagi lelaki, tugas sebagai seorang suami bukanlah sesuatu yang mudah. Sangat perlu untuk menjadi matang sebelum usianya. Sudah perlu dari sekarang tampil ke hadapan bersuara dalam pelbagai isu. Sampai bila mahu mengharap pada orang lain? Kelak lelaki jualah yang akan menjadi sandaran bagi seorang wanita yang digelar isteri walau selantang mana pun wanita tersebut. Sudah perlu dari sekarang untuk berani menjadi imam, membaiki semula bacaan2 al-Quran yang lintang pungkang kerana kelak lelaki jualah yang akan mengimami isteri dan anak2 di rumah. Sudah perlu dari sekarang biasa melaungkan azan untuk umum supaya kelak tidak kekok mengazankan dan mengiqomatkan anak yang baru lahir. Sudah perlu belajar tegas dalam membuat keputusan kerana kelak suami jualah ketua keluarga yang akan membuat keputusan tentang perjalanan hidup sesebuah keluarga.

Bagi wanita pula, tugas seorang ibu juga bukanlah mudah. Hebat sungguh ibu yang boleh melakukan tugas sebagai seorang ibu di samping tugas sebagai pekerja. Hebat, tapi pasti ada pincangnya. Melihatkan gejala sosial yang semakin meruncing pada hari ini, lihatlah pada institusi kekeluargaanya. Si ibu lah yang memainkan peranan yang terpenting sekali pada hemat aku. Apabila ditanyakan kepada ibu kepada Imam Syafi’e, apakah rahsianya untuk memiliki anak sehebat Imam Syafi’e? ibu tersebut menjawab, usia remajaku aku gunakan sebaik mungkin untuk menjadikan diriku wanita yang solehah. Lihat..mudahkah?di mana mulanya?usia remaja mulanya..bukan ketika lepas berkahwin baru nak belajar semua..bermulalah daripada sekarang, menyiapkan dirimu dengan sifat2 keibuan dan wanita yang solehah..

Ingatlah bahawa..doa anak yang soleh jualah yang akan menemani kita di alam yang satu lagi..

WANITA : SATU PENJELASAN

BismiLLAH..
Masih teringat perbualan aku dengan seorang sahabat tentang perihal persepsi lelaki terhadap wanita. Sahabat ini sedang bercinta sekarang. Kekasihnya bukan orang sembarangan, budak sekolah agama, aku tahu itu. Tapi..apa boleh diharap kalau sekolah je di sekolah agama tapi pengaplikasian dan penghayatan kurang. Aku tahu sahabat-sahabat sudah sedia maklum akan pendirian aku tentang soal ‘couple’. Bagus. Aku tidak akan menghalang tapi tidak pula akan menyokong. Sekadar nasihat mana yang termampu. Aku pun bukanlah dari sekolah agama nak nasihat lebih2. Nasihat aku lebih pada pengalaman. Aku tahu perasaannya orang bercinta kerana aku pernah merasainya. Bukan sesuatu yang mudah untuk diungkapkan dengan kata2 akan perasaan itu. Sekali terjerumus, 1000 kali mencuba pun belum tentu dapat berpatah balik andai tiada kemahuan dan keyakinan yang jitu lagi mantap, teguh dan kukuh. AlhamduliLLAH aku sudah kembali ke pangkal jalan. Aku tenang kini.

Berbalik tentang persepsi lelaki terhadap wanita. Lelaki semua adalah SAMA. “Lelaki memandang wanita tanpa seurat benang.” Itulah kata-kata seorang sahabat di dalam usrah yang aku ikuti. Bagaimana aku mahu buktikan? Kepada insan yang bernama lelaki di luar sana, anda boleh bertanya pada diri anda sendiri. Hanya iman yang akan meluruskan pandangan anda itu. Pandangan seorang lelaki dan perempuan TIDAK AKAN SAMA. Biasa bagi perempuan, luarbiasa bagi lelaki. Pesan Syeikh Ali Tantawi kepada anak-anak gadis pula, “Jangan kau percaya akan kata-kata manis kebanyakan lelaki kerana jika kau terdengar akan perbualan mereka, pasti kau akan merasa ngeri.” Sekarang dah nampak belum? Bukan calang2 orang yang berpesan tu.
Sahabatku tertarik dengan tazkirahku itu.huhu..sekadar peringatan pada sahabat kesayanganku ini “Sekarang ni Is nak jadi orang yang paling sayang kat wanita sebab Is melihat, lelaki-lelaki hari ini tidak akan menjaga kebajikan seorang wanita melainkan orang tu makwe dia. Kalau perempuan tu makwe dia, hu..itulah intan itulah payung..kene hujan walau setitis pun tak boleh. Dah takde dah lelaki seperti RasuluLLAH yang sangat mencintai semua wanita tanpa ada pilih bulu. Nabi siap buat kenyataan lagi tau yang Baginda sangat mencintai wanita. Ni jangan ingat Is membebel tau..Is cakap sebab Is sayang..sayang sangat kat kawan-kawan perempuan Is ni..” poyo kan Islinda tuh?huhu..

Tiba2 timbul isu tentang seorang sahabat yang suka ‘dating’ tengah2 malam belakang Mahallah ***. Hu..’port’ tu memang panas pun. Aku pun selalu je nampak dorang dok berdua borak2. Selalu kalau aku balik lewat aku akan lalu situ tapi tu la, nampak pula pemandangan yang kurang enak itu. Masalahnye aku kenal beb. Dengan budak laki tu pakai seluar pendek atas lutut, panas hati ni beb. Borak ape tengah2 malam duduk pun sebelah2? Husnu zon?maaflah..nak sangka baik biar bertempat okeng. Memanglah tak buat ape2 yang diluar batasan, tapi jaga sikit maruah seorang wanita tu, kan x manis orang pandang. Aku kalau lelaki jenis ni mudah je, awal2 aku cop xleh wat suami walau sape2 pun kalau dah x pandai nak jaga maruah seorang wanita. Macam ni nak jadi laki orang?huh!ringan je tangan ni nak tumbuk orang tau!kalau r dapat tumbuk sorang2 muka lelaki2 yang dok dating tuh memang puas hati aku beb!dapat lak hentak kepala batu dorang tuh dengan helmet, memang berbaloi-baloi!dah tengah2 malam pun dok berpeleseran lagi..kurang ajar betul!bukan tau nak jaga kebajikan kaum wanita..
Pada aku, biarlah kita ni menjadi wanita yang mempunyai pendirian. Ok nak ‘couple’ tapi xde keluar2 malam,CONTOH. That’s my stand. Ha..baru orang hormat. Mane la pengekploitasian wanita x berlaku kalau kite sendiri tidak menghormati diri kite.
Bukan mudah bergelar seorang wanita. Tapi kita bertuah dilahirkan sebagai wanita Islam. Ingat tu. Mengikut buku “Wanita Islam:Beberapa Nasihat dan Peringatan” oleh Hamizan Hussin, salah faham berlaku apabila orang ingat wanita Islam ni x bebas. Terkurung kat dalam rumahlah. Jadi hamba untuk suami la. Tidak. Sebagaimana yang kita ketahui tugas wanita yang utama ialah tugas keibuan dalam ertikata yang sebenarnya. Wanita tetap wanita walau dalam apa keadaan sekalipun. ALLAH menjadikan wanita sesuai melaksanakan tugas-tugas dalam lingkungan rumahtangga dan sekitar persoalan kaum wanita. Peranan wanita itu adalah sangat penting dalam membentuk masyarakat tetapi biarlah dalam lingkungan hijab. Oleh itu, kemuliaan dan kehormatan wanita-wanita Islam dapat dipelihara dalam masyarakat. Lihatlah betapa Islam itu sangat2 menjaga kehormatan seorang wanita tapi ramai yang tidak menyedarinya. Maryam Jameelah telah menulis mengenai wanita Barat “ Tamadun Barat telah membuktikan bahawa ia telah bersikap kejam terhadap kaum wanitanya. Pertama – ia mengkehendaki kaum wanita memikul beban seorang diri. Kedua – tamadun Barat menyeru kaum wanita keluar melaksanakan aneka tanggungjawab kaum lelaki. Ini bererti kaum wanita diletakkan di antara dua batu kisar. Selain itu, kempen2 yang sama juga dilancarkan untuk menggoda kaum wanita agar merasakan bahawa mereka haruslah menjadikan diri mereka lebih menarik kepada kaum lelaki dan mereka bertindak merosakkan kesopanan mereka dengan berpakaian yang mendedahkan. Oleh sebab itu, mereka telah dijadikan sebagai barang2 permainan kaum lelaki.” Ha..tu aku belum cerita lagi betapa teruknya taraf wanita di luar lingkungan Islam.

Tapi tu lah..melihat lelaki2 lembik pada hari inilah yang membuatkan ramai wanita mahu ke depan termasuklah aku. Nak buat macam mane lagi kan. Tapi lantang2 aku ade batas beb. Kalau ade lelaki yang nak ke depan, aku bagi laluan. Biarlah die xde skil kepimpinan sangat pun, jangan risau, aku sedia membantu dari belakang. Ko nak ke depan tu pun dah cukup baik..daripada jadi lelaki yang hanya tahu cakap belakang..hewi tak pandai berdikarilah..hewi manje la..tu la..ni la..heh..
Jelas tak jelas boleh tanya keng..bak kata adik kesayanganku Aisyah Sajuni dalam usrah HEWI, “Man and woman should be completing..but now, man and woman competing.”..

p/s : sayang wanita, tapi nanti dia salah faham pulak, cam ne?persoalan orang lelaki..huh,alasan..mintak ditampor..

Monday, January 4, 2010

Hei Anak Muda ISLAM! Bangun! Pertahankan aqidahmu!

BismiLLAH..

Kita kalah!kita kalah dalam mempertahankan isu kalimah ALLAH..bagaimana boleh ada umat Islam sendiri yang bersetuju??atas alasan kebebasan hak agama..atas alasan lain mengatakan tiada nas al-Quran yang menghalang penggunaan nama ALLAH oleh agama lain juga..habis tu,ade ke nas yang membenarkan??jangan bermain api!kesannya dapat saja kita lihat di Indonesia..

Analogi aku mudah..kalau hukum aurat yang telah jelas haramnya mana yang x boleh ditunjuk pun orang boleh keliru,ini kan pula isu nama ALLAH yang lebih ma'nawi..huh..benda kecik pun x boleh nak fikir ke??

ok..untuk penjelasan yang lebih lanjut,boleh rujuk artikel-artikel yang berikut..

http://akhienaim.blogspot.com/2010/01/kristian-boleh-guna-nama-allah.html

http://akhienaim.blogspot.com/2010/01/isu-nama-allah-persoalan-aqidah-bukan.html

http://akhienaim.blogspot.com/2010/01/christian-translation-of-triune-god.html

http://akhienaim.blogspot.com/2010/01/kemelut-pemikiran-agama.html

http://www.pkpim.net/v2/info/508-kes-kalimah-allah-pkpim-gesa-kemuka-rayuan.html

http://almukminun.blogspot.com/2010/01/why-non-muslim-cant-use-word-allah.html

http://rausyanfikir.com/2010/01/isu-kehilangan-adab-dalam-penggunaan.html

http://suluhhati.blogspot.com/2010/01/allah-lagi-wwwtehranifaisalblogspotcom.html

waLLAHu a'laam..

p/s : anak muda hari ini hanya mahu tahu perkara picisan..huh!

Thursday, December 24, 2009

Omelan di pagi hari..

BismiLLAH..

Jam di laptop menunjukkan 7.03 pagi..ahh..mataku masih tidak mengantuk nampaknya..baru pekena sesudu kopi kacip fatimah yang disediakan sahabat kesayanganku Azimah,sudah segar mata ini (dengan izin ALLAH)..hajat di hati mahu menyiapkan kerja sekolah Calculus 1..huhu..hampagas tak siap pun..tapi..kalau x boleh buat semua jangan tinggal semua..ye dak?sambil-sambil melunaskan profil KPIJ yang sudah seminggu terbengkalai akibat mencari idea yang tak ketemu..alhamduliLLAH..ALLAH menyandarkan hidayahNYA pada sahabatku Zul Ikram..komentar dan ideanya untuk profil ini terlalu banyak sambil-sambil mengomel tentang banyak perkara..hoho~..tak berubah budak seorang ini..aku kira kondisi UIA Kuantan (yang senyap sunyi aku kira) belum cukup untuk mengubah mulutnya yang ada sahaja modal mengenakan orang..siap hafal lagu UMNO lagi tuh..aih..memang orang kerajaan asli..-_”..aku tahu sahabatku Hafiz pening melihat telatah dua orang Jawa yang laju bicaranya ini..x sempat2 amek isi tersirat..hehe..sabar je la ye..tapi tu la..asik aku je yang mati ayat dengan si Zul ini..haih..-_”

Hari ini..26 Disember 2009..insyaALLAH bakal berkunjung ke kampus UIA Kuantan menziarahi sahabat-sahabat seperjuangan di Pusat Asasi UIA PJ dulu..rindu bangat sih..terkenang-kenang wajah si Afifah Mat Asin yang suke tersenyum sabar melihat kerenah aku yang aneh-aneh..terngiang-ngiang bebelan Che Farhana Mohd Hanafi yang sentiasa risaukan aku saban waktu..terbayang-bayang indahnya berusrah hingga 2 3 pagi bersama-sama Siti Rokiah Hadzri di surau ZC tingkat 4..teringat-ingat si comel Wan Thohiroh Megat Yahya yang sentiasa sudi menjadi peneman aku ke pasar malam..tersenyum-senyum mengenangkan Syarifah Sakinah Syed Malick (juniorku.hehe) yang menjadi pencetus mesej I U demi menjimatkan kreditnya di samping merapatkan ukhwah..tak pernah lupa pada Ruzanna Kawi yang sentiasa bersemangat dan Afifah Jamaludin yang mempunyai prinsip yang tersendiri..Kak Sa dan Kak Ira, kakak yang sudi berkongsi pengalaman bersama adik yang banyak kurangnya ini..Fatimah geng kerepek,pasti sukar melupakan..Safina pula,banyak aku belajar dengan dia nak-nak bab masak dan pantang larang neh.huhu..Buat Kamilatunnisa Atman juga yang sentiasa berusaha untuk KPIJ..juga barisan kepimpinan KPIJ dulu..Naimah..Anis..rindu sekali..eh x cukup..dua kali mungkin..ahh..terlalu banyak kali sebenarnya..sampai x terkira..jika diberi keizinan oleh ALLAH,ingin juga bertemu dengan bekas sahabat bilikku, Ain..rindu juga..pasti banyak cerita mahu dikongsi..macam dulu-dulu..asal balik bilik ade je cerita nak dikongsi bersama..Ain dengan Peli lagi x sekarang ek?kui3..sungguh aku rindu..menggamit 1001 memori indah sewaktu di Pusat Asasi PJ..semoga pertemuan ini akan mengembalikan kehangatan roh-roh perjuangan kita dahulu..

Minggu ini baru masuk minggu ketiga semester baru..banyak sekali asakan yang aku terima..tidak kira luaran mahupun dalaman..sungguh mencabar jiwa anak mudaku..sungguh aku teruji..hatiku..jasadku..fikiranku..Tuhan uji sekaligus..tapi..aku masih ingat pesanmu Ya Tuhan..Kau takkan uji hambaMu apa yang tidak termampu oleh mereka..dengan izinMu ya Tuhan,aku masih berusaha atas kemampuan yang Kau kurniakan..mengambil kata-kata di buku Solusi sebagai pencetus semangat “usah pinta dikecilkan ujian, tapi pintalah dibesarkan iman menghadapi”..

Ujian hati..ini paling berat..semoga ALLAH menyandarkan penawarnya pada sahabat-sahabatku di Kuantan..Tuhan..perit sungguh hati ini menanggung seksa..akukah yang bersalah ya Tuhan?akukah yang terlalu memikirkan walhal ia hanya sekecil cuma?atau hatiku masih terlalu rapuh..ya,mungkin juga..pasti juga..tidak banyak amalan mengentalkan hati,masakan hati akan kental..terlalu banyak amalan mengotori hati,masakan hati tidak rapuh..

Tertarik dengan cerita di entri seorang sahabat..

Ibu berkongsi satu mafhum hadis. "Allah mencintai pemuda-pemuda yang tidak punya sifat keanak-anakkan."

Maksud hadis ini ialah, pemuda yang matang dan sudah faham tujuan penciptaannya pasti tidak punya waktu untuk minta dikasihi, minta difahami, minta dingongoikan, minta dilayani kerenah perasaannya dan semua yang berkaitan.

Tanya ibu: 'Umur berapa Usamah Bin Zaid menjadi panglima perang menetang kuasa Rom?"
Saya diam.
"18 tahun"
"Umur Hasna' sekarang ini"
"Apakah dia boleh memimpin angkatan tentera yang hebat jika dia bersifat keanak-anakkan? Jika dia selalu minta diberi perhatian, jika dia sellau minta difahami?"

Saat itu, saya rasa bagai masih belum bergerak keluar dari titik permulaan perjuangan. Saya rasa bagai tidak layak untuk melangkah ke syurga yang selalu diangan-angankan selama ini. Bagaimana mungkin sama jika mereka di hujung titik akhir Dakwah tapi kita belum lagi melangkah?

Tambah kakak,"apa yang awak lalui sekarang ini hanyalah di bibir-bibir dakwah. Belum lagi makna sebenar Dakwah."

Sungguh. Sebenarnya masih punya jutaan kelemahan yang ada dalam diri yang mesti dikikis untuk benar-benar saya mencapai tahap yang Allah hajatkan. Saya mesti ingat itu.

Semoga Allah membersihkan saya. Semoga Allah membantu saya untuk berada hampir denganNya.

Sungguh. Cita-cita saya besar, tetapi mampukah tercapai dengan segala kelemahan yang masih merantai kaki ini?

Doakan saya teman..Sungguh-sungguh..


Bingo! aku dapat sesuatu dari entri ini..aku sangat sukakannya..masa muda bukanlah masa untuk difahami,dimengerti,dingongoikan,dimanjakan dan yang sewaktu dengannya..bukan..bukan untuk itu..anak muda mesti berjiwa besar!pandang jauh ke hadapan..melihat dari skop yang luas..dan yang pasti bukan setakat itu!terima kasih ya Tuhan..atas segala nikmat yang x terkira banyaknya..atas rahmat yang x tergambar luasnya..juga..atas keampunan yang sentiasa buat hamba Mu yang sedikit sekali syukurnya ini tapi banyak dosanya..maka,nikmat Tuhanmu yang mana kamu dustakan?

p/s : terima kasih atas segala jasa yang dicurah walau dalam keterpaksaan..maaf untuk segalanya..

Monday, December 21, 2009

Berpantang Maut..

BismiLLAH..

Pertama kali aku rasa begini..ya ALLAH..Kau uji lagi hati aku..Kau datangkan budak ini kepada aku..gundah gulana aku dibuat dia..haih..nakal sungguh..

Tapi..aku anak muda!pantang berundur sebelum kalah!berpantang maut sebelum ajal!eceh..banyak kali dah cakap benda ni..saje cabar diri anak muda..yang penting..aku bukan anak muda yang lembik..yang banyak beralasan..orang yang banyak alasan akan jauh dari rahmat ALLAH..

Perbincangan itu aku kira berat sebelah..mesti la!dah aku je yang kene beri penjelasan..aku je yang kene menyantuni..mane adil cam tuh..ahh..x tau mana nak mula..aku juga mahu menjadi diri aku..kenapa aku di jalan ini?itulah diri aku..

seorang adik mengadu "kak is..kalau talk2 ni jangan la panggil saya..saya satu benda pun x faham.."..haih.kamu kan anak muda?ke mana perginya tenaga minda mu untuk berfikir?kualiti manusia itu bukan pada fizikalnya sahaja..tapi pada dalamannya juga..akak tahu kamu dari golongan budak nakal..huha..tapi nakal biar bertempat..nakal mengikut syariat..eceh..dalam setiap jemaah perlu ade budak2 nakal ni kerana hanya budak nakal yang faham budak nakal..orang2 macam ni la yang diperlukan untuk membendung gejala2 sosial yang berlambak2 kat luar sane tuh..yang istimewanya dak nakal yang dok dalam jemaah ni dorang sangat kreatif..aktif..lantang..we need your voice to ask what you want..kalau senyap je selama2nya la program yang dijalankan memang untuk budak2 yang sedia baik..mase tu mule r rase bosan..x adventure la..ape la..then,voice it..cakaplah..biar korang yang nakal2 ni plak wat program untuk dak2 skema neh..kerah sikit tenaga anak muda budak2 skema ni..tengok ape rase..bagi diorang jangan hidup di dunia sendiri je..face the reality!ni x..bile berada dalam golongan yang dipelopori oleh budak2 baik ni,terus pasif!come on la..jangan keadaan menguasai diri..kite kene menguasai keadaan..kite anak muda beb!

kadang2 aku terasa yang aku ni macam tergedik2 je kat orang lain ajak pergi program sane sini..talk sane sini..usroh sane sini..tebalkan jugak la muke ni nak ajak orang buat benda baik punye pasal..nak elakkan tenaga muda tu terbazir..tapi respon?ade yang ok tu ok la..ade tu yang kate aku paksa la..x jiwa la dengan dak2 baik ni..hmm..kami dalam jemaah ni bukan nak paksa..cume nak ingatkan..anak muda hari ni ramai lupa tujuan dia lahir di dunia ni..ko nak huha ke..nak nakal cam ne pun..suka hati ko la..tapi biar ikut syariat..itu yang dikatakan integriti!jati diri!nakal2 pun..mulut jahat pun..ikut kuliyyah tauhid..then mulut tu yang jahat pun masih lagi lantang tapi dah x jahat sangat la..skit2 kikis mane ayat yang x brape elok..bagi biar cakap tu yang berfaedah je..kalau suke program yang adventure je..pergi la..tapi dari mane datang dalaman yang kuat kalau x dari kuliyyah2 ilmu?wat pe adventure2 tapi tinggal solat?wat pe adventure2 tapi syariat x jaga?dan sebagainya..

umat Islam tu bersaudara..takkan beriman seseorang itu selagi x menyayangi saudaranya seperti die menyayangi diri die sendiri..betapa ramai ilmuwan yang lahir hari ini tapi hilang adabnya?berapa ramai anak muda hari ini yang hanya mahu memikirkan perkara picisan tapi tidak berjiwa besar memikirkan perkara yang lenih mendalam?berapa ramai..nah..inilah penangan sekularisme..

p/s: jalan sehala..

Sayang yang terkadang disalah erti..

BismiLLAH..

Sepanjang di kampong aku banyak meluangkan masa bersama adikku..

Adikku..dah besar sekarang..semakin meningkat dewasa kelihatannya..sudah lama x bersembang sambil memeriksa telefon bimbitnya andai ada ‘benda’ yang sepatutnya tiada..nah,beberapa gambar yang kurang aku senangi di situ..perempuan ‘lain’..dan seperti biasa aku akan memadamnya tanpa notis..hmmm..berapa kali dah pesan..dan seperti biasa,telinganya bakal berdesing..bukan bakal lagi..dan berdesing dah pun..

Perlahan-lahan aku usap kepala adikku..dia seperti sudah dapat megagak..aku terus bertanya..”Zul,nape ni..kurang kasih sayang ke?”..pap!ayat yang memang x boleh blah aku kira..adikku gelak..agak dah..x kisahla..seperti biasa aku meneruskan tazkirah..aku tahu..adikku sudah bosan mendengarnya..aku juga tahu adikku faham..dia sering menafikan..hmm..mane yang betul ntah aku pun x tahu lah..harapnya lepas ni x buat lagi dah ambil gambar macam tuh..dan..perempuan murahan tuh..jangan sampai aku yang jumpe..

Sekali imbas aku ni macam kakak yang garang..suke menyibuk hal peribadi adik aku..bukan adik aku je..anak sepupuku si Ipul pun kene gak..akan aku cek telefon bimbit mereka..akan aku buang andai ade unsur2 y x sepatutnye ade..sambil2 aku terangkan sebabnya..dorang pun dah faham dengan perangai aku..mane tidaknye,Ipul ank sulong,kene tunjuk teladan yang baik kat adik2..melentur buluh biar dari rebung..ni la masenye..hal2 berkaitan penampilan juge aku akan ambil kira..si Dayut,aku potongkan kukunya..si Iwan,pelan2 potong sendiri..sambil2 mulutku x henti2 memberi nasihat..aku sayang anak2 sepupu aku ni..sebab tu la aku kene tegas sikit..

Berbalik kepada cerita adikku..aku paling bertegas dengan adikku yang seorang ini..dapat je tau die dok bercinta,zuppp..cam bese la..bukan nak mengongkong..aku xnak bagi die rase ape yang aku rase dulu..perasaan yang bodoh itu..x perlu untuk die..aku sayang adik aku..

p/s: sayang anak tangan-tangankan..

Damai yang meresahkan..

BismiLLAH..

Kembali ke kampung halaman..seminggu sudah arwah nenekku kembali ke tempat asalnya..innaa liLLAHi wa innaa ilaihi rooji’uun..al-fatihah..

Minggu ini aku telah membuat keputusan untuk pulang ke kampung..membatalkan semua program yang tersedia..pasti ade yang berkecil hati..terutama ceksu dan abe..kepada kakakku Afiqah dan Zura juga kerana tidak memberitahu awal2 akan ketidakhadiranku ke Kursus Asas Keusahawanan Islam..pasti lama mereka menanti..x tahu lah..padahal selalu je mesej diorang..hmm..

Kampung yang ku rindu..menggamit seribu satu memori..lebih2 lagi setelah pemergian nenek..aku imarahkan bilik nenek dengan solat dan bacaan quran supaya ia selalu berseri..sentiasa bercahaya sebagaimana ketika nenek ade dulu..begitu juga pakcik dan makcikku melakukan perkara yang sama..benarlah..dah xde baru nak hargai..mase ade dulu..ntah la..bukan aku xnak balik..nak sangat..tapi banyak sekali tanggungjawab lain..bukan sengaja xnak balik..sebab tu la setiap kali balik suke sembang2 dengan nenek lame2..walaupun kadang2 x faham ape nenek cakap sebab die cakap bahasa jawa sebab die memang sengaja nak kenakan aku supaya dapat gelakkan aku kalau aku x faham..nakal nenek ni..

Di hari pemergian nenek..aku dalam perjalanan pulang dari seminar yang aku tunggu2 untuk hadirinya..pertama kali aku menghadapi keadaan sebegini..pemilihan yang sungguh sukar buat aku tapi mudah buat orang lain..kerana itu aku menangis..bukan menangis kerana sedih nenek pergi..sedih memang sedih tapi perkara tu aku dah jangka dari awal dan aku redha..xpe la..aku je yang faham..aku sahaja juga yang faham kenapa x bagitahu orang lain..hm..

Mungkin ini balasan untuk aku..x dapat menatap wajah nenek buat kali terkhir..x dapat mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan..x dapat melihat sendiri jasadnya dikambus tanah..x dapat juga menatap wajah Syed Naquib Al-Attas secara langsung..semua x dapat..ujian juga mungkin..aku redho..kene muhasabah diri..

Pulang ke kampong..mencari ketenangan di hati..membantu makcikku Alpiah @ Bik Al megemas rumah ane yang patut..dia yang telah bertungkus lumus menguruskan kenduri arwah 3hari berturut2 dan sekali pada khamis malam jumaat..pasti kepenatan..tapi apalah sangat kehadiranku di sini..x membantu sangat pun..pasti dia yang paling terasa kehilangan nenek..dia yang jaga nenek di kampong saban waktu..emak tuh..cube bayangkan emak kite pergi meninggalkan kita buat selamanya..hmm..semoga arwah nenek ditempatkan bersama-sama orang yang soleh..

Melayan kerenah anak-anak sepupu yang agak lincah bukan sahaja fizikal malah mulut sungguh menghiburkan.. kanak-kanak.. betapa sucinya jiwa mereka.. sungguh.. sambil2 mencuri masa melunaskan beberapa tanggungjawab yang perlu diselesaikan segera..ku usap2 lembut rambut anak sepupuku Iwan,Dayut dan Intan..mereka telah lama kehilangan ayah..nak2 mase tu awal muharram..besar pahala die dapat usap kepala anak yatim mase ni..nakal memang nakal..tapi budak2..bese la..keje dorang asik nak lenjan game kat laptop aku..susah juge nak menjalankan operasi neh(ape nak jawab kat atok kedut la).huhu..xpe la..kate Hassan al-Banna,perasaan kanak2 yang x dapat sesuatu yang diingini adalah sulit sekali..game kat laptop aku pun berilmiah..pendidikan awal yang baik..dah leh jadi mak dah..kui3..

Monday, November 30, 2009

Criticism

Menonton drama melayu..yang cuba mengetengahkan nilai2 Islam..satu usaha yang murni..tapi..Islam itu syumul kan?Islam bukanlah pada luaran sahaja..tapi dalaman juga..kalau nak buat,buat betul2 r syeikh..kate berlakon..buat r sesempurna yang boleh..macam novel..semua sempurna..ye x?

Impianku andai aku diberi peluang untuk menerbitkan sebuah drama yang betul2 bercirikan kehidupan Islam..aku akan bermula dengan pelakonnya terdahulu..ye,luarannya ape yang dilakonkan tapi dalamannya bagaimana pelakon itu di luar lakonan..andai ada babak suami isteri,yang berlakon mestilah pelakon yang memang suami isteri sebenar..jika ada melibatkan keluarga,mesti la yang memang keluarga pelakon sebenar..mesti la tidak berunsurkan talak atau sebagainya yang memang dalam Islam tak boleh di buat main atau lakonan..ade bran?heheh..

Aku menonton sebuah drama tentang seorang isteri yang sudah insaf..mempunyai suami mat saleh yang belum insaf..ade beberapa perkara aku nak kritik..

si isteri membaca al-Quran ketika suaminya tidur kemudian suaminya bangun marah2 isteri kate isteri memekak..pas tu isteri nak pertahankan ape yang die buat sampai gaduh2 tarik2 al-Quran..beb,tuh al-Quran,bukan buku math nak tarik2 cam tu even berlakon pun..ye..memang ape yang die pertahankan tu betul..tapi..care tuh biar r lebih berhikmah..aku ade cara yang lebih efisyen..bace la kat tempat lain..adoh..kalau ikut psikologi memang la orang tuh marah..die dah r x paham tentang Islam..tentang al-Quran lagi la die x faham..kalau buat macam tu lagi la die pandang serong pada Islam..bace kat tempat lain pas tuh kalau die tergerak hati nak tau ape isteri die tengah buat t die tanye r..ha,mase tu pandai2 r ayat kan..aku pantang betul orang dok gaduh2 libatkan kitab suci al-Quran neh..
mase gaduh si suami ade cakap yang die x suke isteri die tutup2..mane taknye..masa x pakai tudung sikit punye lawa,bile dah pakai die pakai tudung tu cikai je..mak aih..ni aku paling panas..kalau aku jadi laki x beriman pun aku rase cam tu seh..buat sakit mate je tau x..Islam tuh cantik la..asal suke tunjuk Islam tu cam selekeh je..
mase suami die kemalangan masuk hospital..isteri die suapkan makanan..kasar gile..mak aih..dah r x cakap lembut2 pujuk ke ape..main tonyoh je sudu tu kat mulut laki die sambil cakap dengan nada yang agak kurang lembut “sayang,makanlah sikit..”..sedangkan lakonan tu memerlukan die untuk berlembut dengan suami die..adoh..hampagas.

Drama ni buat orang pandang Islam tu membosankan tau x..wat sakit ati aku je!!!nak buat, buat betul2 r!!!aku sayang agama aku tau x???dan aku terperasan sesuatu..tentang pluralisme agama..hmm..memang sebijik2 dialog die aku dengar..ade sesuatu yang memusykilkan aku..hmm..

Kemudian aku beralih siaran..cerita Warkah Buat Ibu..aku suke kanak2..kalau la semua orang tau hakikat seorang kanak2..pastinya tiada keganasan mahupun pengabaian berlaku terhadap kanak2..semalamnya aku tengok cerita Taubat Nasuha..pun melibatkan kanak2..aku x boleh betul kalau orang berkasar dengan budak2..berlakon pun kalau boleh jangan..budak nakal..standard r..tapi ade gak nakal die lain macam.. kalau dorang nakal luar biase tu pun bukan salah dorang,salah orang besar yang mengajar bukan2..budak2 mane tau pape,dorang ikut je..tapi tu lain cite..ni yang nakal biase punye..kanak2 hati dorang suci..innocent..dorang suke dibelai..diberi perhatian..dimanja..budak2..bese la..kalau nakal,cakap la elok2..jangan marah..dorang budak2..bukan dah besar macam kite pandai fikir..besar tau pahala kalau dapat menggembirakan kanak2..kalau diberi pilihan nak membela wanita atau kanak2 aku pilih kanak2 beb..bukanlah aku x berjiwa wanita tapi pada aku sebagai wanita yang dah besar panjang dan faham ape yang ALLAH suruh,ikut je la..x yah nak pertikai..usaha kita ikut perintah ALLAH mane yang termampu lepas tu tawakkal..x payah la nak pertikai itu ini..nanti korang jugak yang sakit..ape2 pun..aku suke kanak2..

Cerita Nur Kasih habis dah..pasal cite ni 2 je aku nak komen..pasal pakaian yang x ikut syariat dan pelakon di luar drama..tu jeh..

p/s:cuti ni semua drama aku lenjan..

Wahan..pergilah jauh2..!!

Sakit mata..kena mase jambori hari tu..berjangkit dengan kakakku Adibah kot..tapi x kisah la..tu sakit ukhwah namenye..sakit rase same2..tapi alhamduliLLAH dah nak baik dah pun..tinggal merah2 je sikit..pergi la juge membantu emak di pasar walaupun lagi banyak cakapnye dari wat keje sebab abang2 dah ckup rajin untuk buat semua kerja2 tu.hehe..

Mak..rindu kat mak..aku balik ni pun besenye sebab rindu kat mak aku dengan keluarga je..rindu kat sedara mara..tu je..kalau ikutkan hati memang berprogram je kat lembah Klang nu..alhamduliLLAH balik ni pun ade program gak kat Johor..

aku ni dah macam “addicted to program” dah..aku bukan ape..kite antara yang sedar bahawa masyarakat hari ini terutama golongan muda perlu disedarkan tentang konsep hamba dan khalifah..pentingnya ilmu..peradaban..sayang sekali melihatkan anak2 gadis sudah hilang ‘gadis’nya seawal sekolah menengah rendah lagi..sayu sungguh hati melihat wanita2 memperdagangkan tubuh di kaca televisyen..terkedu melihat mereka2 masih dibuai mimpi dengan alam percintaan sementara..kasihan melihat dia masih terleka gelak terbahak2 dengan hiburan dunia..

aku juga apa kurangnya..masih banyak lompongnya..masih bertimbun2 dosa2nya..masih mencanak2 laghanya..tapi..itulah aku..manusia biasa..tapi aku masih mencuba..dan akan terus mencuba..mengajak mereka dan diri aku sendiri..mengingatkan mereka dan diri aku sendiri..amar ma’ruf..nahi munkar..kepada mereka..dan diri aku sendiri..

mak..dah 11 tahun dah mak meniaga kat pasar tuh..teringat zaman kecik2 dulu tolak basikal mak naik bukit nak ke pasar..biarlah orang nak kate bukit tu x tinggi pun..mak yang rase tingginye..mak yang bawa basikal tu..sekarang x payah dah..dengan izin ALLAH sekarang ade motor dah..ade kereta dah..nanti anak mak ni dah ade lesen kete t die bawa mak naik kete jalan2 plak ye..mak pun dah lupe dah agaknye camne nak naik basikal..huhu..mak..anak mak sekarang bukan saje2 je pergi program..die sedang berfungsi menjalankan tugasnya sebagai hamba tuhan..sedang menjadi orang..sedang berjasa walaupun jasa die xde la besar mane pun..xpe la kalau mak x faham..yang penting die tahu ape die buat..die tahu die masih ade name baik mak untuk die jaga..dan yang paling penting,,die sedar yang die hidup bertuhan..dari ALLAH dia datang,kepada ALLAH jua dia akan kembali..

sayang mak..

p/s:semua yang ade di alam ni milik ALLAH..hanya dipinjamkan sebentar kepada kite..ye..hanya pinjaman..kalau DIA ambil balik jangan marah k..termasuk la mak kite..

HEWI aktivis..yeah~..

Kenape aku suke provoke lelaki..ye..suke memperkecilkan mereka..aku suke buat keje dorang..sebab..dorang lembik!ye..ramai lelaki yang aku kenal sekarang..lembik!tau control macho je tapi habuk pun tarak..asal r islinda ni kasar sangat..woo..aku sememangnya dibesarkan dalam suasana kasar yang lembut..sebab tu r aku dengan laki kasar,dengan perempuan lembut..heheh..abang2 aku?perfect!perfect bab2 fizikal..yang penting dorang x akan kate “abang pun manusia biase”..huh..escapism untuk x buat keje..pantang lelaki lembik!aku sekolah biase..lelaki kat sekolah aku yang ‘lembut’ pun x lembik tau x..keje2 berat sume selalunye dorang yang akan buat..see?aku dibesarkan dalam kalangan lelaki yang perfect!maksud aku bab fizikal k..sedikit sebanyak kene juge kat aku..huh..

Ramai juge yang aneh sebab aku nampak lembut walaupun aku sorang perempuan dalam adik beradik..haha..tang ni yang eden sogannyo..lame juge aku fikir akan sebabnye..pap!bingo!aku dah tau dah sebabnye..dikelilingi abang2 yang memang protect adik perempuan die neh sehabis baik akan menghasilkan adik yang x kasar kerana die dah merasakan diri die berada di zon yang selamat di bawah lindungan akta 4 orang abang dan seorang adik lelaki dan x perlu untuk megikut jejak mereka..em..secara psikologinye cam tu la..okeng?

Tapi masalah timbul apabila die bertemu dengan lelaki2 lembik setelah sekian lame dilindungi lelaki2 perkasa..die culture shock!!!!!!!!!!hahahahahaha..

p/s: kalau lelaki dulu..pantang dicabar, keris jawabnye..
kalau lelaki sekarang..pantang dicabar, escapism je kejenye..

‘Abidatullah Hikmah

Baitul muslim..layak ke aku bercerita tentang benda ni?x layak..sebab..bak kate kakakku Akma..aku masih tahun pertama..setahun jagung..eh bukan..aku masih biji benih..ye..sedang dibajai dengan ilmu lagi..hehe..

Doakan abang aku yang sulong kawin 2 tahun lagi..amin..x sabar nak dapat anak sedara..wehu2..

p/s : saye masih 1st year okeh!