Tuesday, March 30, 2010

aLaSaN KaMU KeSeNGSaRaanN BuaT uMMaT..

BismiLLAH..

Kelmarin..aku diminta memberi nasihat kepada seorang adik sebelum dia ke kampus utama dari alam matrik..dan baru semalam..aku bermesej dengan seorang sahabat..seperti bertingkah gayanya..tapi..begitulah kebiasaanya..kedua2nya berperihal tentang 'ALASAN'..

Aku teringat pesan hujjatul Islam imam al-Ghazali dalam buku karangan beliau "Ayyuhal Walad" yang baru sahaja aku beli di pesta buku di PWTC pada 23 Mac 2010 lalu dan baru sahaja juga aku menghabiskan pembacaannya..beliau berpesan dalam buku tersebut:

"Hendaklah engkau merasa takut bila menjadi seorang yang suka memberi nasihat atau memperingatkan orang lain, kerana pekerjaan ini banyak mengandungi penyakit,kecuali bila engkau sudah dapat mengamalkannya dengan apa yang engkau katakan maka tidak mengapa engkau menasihati orang lain.dan hendaklah engkau fikirkan pada apa yang pernah dikatakan kepada nabi Isa a.s: "Wahai anak Maryam,nasihatilah dirimu,dan apabila engkau telah mengamalkan dengan isi nasihatmu,barulah engkau layak memberi nasihat kepada orang lain,jikalau tidak hendaklah engkau malu terhadap Tuhanmu.".."

Berbalik pada nasihatku pada adikku yang ku kasihi kerana ALLAH itu,aku katakan padanya..

"Nasihat akak,dalam setiap ajakan melakukan kebaikan,jangan memberikan alasan untuk tidak melakukannya..takot2 akan jauh dari rahmat ALLAH.."

Cakap2 akak bukan sekadar cakap kosong tahu..akak telah mengalaminya..mengambil tauladan dari buku Ayyuhal Walad yang akak baca juga..akak harap adik jangan salah faham..maksud akak bukanlah alasan yang kukuh..akak tahu dan faham pada setiap tingkah kamu itu pasti ada sebab yang kukuh..kerana itu,dalam setiap perilaku kamu akak tidak memaksa kamu lakukan..dalam setiap yang akak lakukan,akak akan cuba lakukan tanpa alasan..alhamduliLLAH..Tuhan sentiasa memudahkan jalan sehingga hari ini..walaupun tampaknya seperti sukar dan jalannya berliku..tapi..manakan dapat sagunya jika tidak dipecahkan ruyungnya..dan kerana akak jarang sekali memberi alasan la,dengan izin ALLAH,impaknya sungguh besar untuk akak sampailah hari ini,dan kerana itu jugalah akak merasakan inilah nasihat terbaik yang dapat akak bagi untuk kamu..

Hidup ini bukanlah sesuatu yang mudah..ingat tuh..

Kepada sahabat sepertingkahan saya malam semalam..bukan semalam sahaja..malah saban waktu pada setiap pertemuan walau di mana jua..setiap kali mesej kau,pasti ada sahaja yang x sama..x sependapat..berbeza pandangan..terima kasih untuk itu..walaupun kadang tu mahu tergelak membaca madah kau yang agak robotik..tapi yang penting maksudku dan kamu sampai..hehe..

berbeza pandangan itu perlu..sangat perlu..tapi maaf andai ade tinta aku yang mengguris hati kau..haha..

kita bercerita mengenai kau yang suka bagi alasan..bukan penyelesaian..sehingga aku merasa bosan..lambat2 kadang2 aku membaca mesej kau..seakan sudah tahu jawapan yang bakal aku terima..sampai kata kau "kalau tak bagi alasan,xde ape dah la aku nak balas"..haha..kau ini sungguh..sungguh apa ya..sungguh egoistik..dramatik..statik..aku cume suruh kau fikir je,,FIKIR je pun..kau kate nanti..aku lebih rela kalau kau tak balas mesej aku dan CUBA gak fikir sedikit..sampai bab aku suruh kau membaca untuk mencari jawapan yang tuntas dari jawapan kau yang culas pun kau malas..kau bukan nak kate "insyaALLAH nanti aku baca"..walaupun kau mungkin tak terniat pun nak buat,tapi kata-kata itu satu doa tahu?banyakkan kata 'insyaALLAH' yang ikhlas..pasti..walau sekarang tidak kau terfikir untuk buat..mudah-mudahan itu satu doa buat kau dan ALLAH akan memakbulkannya tidak hari ini,mungkin di saat yang lain..hm..sahabat..sahabat..
sebelum itu aku mahu meminta maaf pada kamu kerana suka bermadah..imam al-Ghazali ada berpesan juga dalam tulisannya supaya tidak menggunakan ayat yang susah2 ketika memberi nasihat..pasti selepas ini ayatku lebih mudah untuk kau..kecuali ketika..ketika..bila ya?kau lebih mengerti..haha..

p/s : takut2lah kalau suka bagi alasan..kelak ditanya ALLAH.."Mengapa di saat AKU memberimu peluang untuk berkhidmat padaku,tapi engkau tidak menggunakan peluang itu?"..tiada alasan lagi ketika itu olehmu untukNYA..

8 luahan:

Dakwatunnisa said...

Hidup ini jangan terlalu memberi banyak alasan. takut2,alasan itu akan menyusahkan kita. Orang berjaya tak akan bagi alasan tp berusaha cari jalan..

Anonymous said...

InsyaAllah.. Sy akan ingat nasihat akak.. Kdg2, sy ni hilang panduan.. Hilang arah.. Mencari cahaya.. Sy ni insan yg lemah yg bru hendak mengenal dunia.. Sy sedar bahawa kerja dakwah x boleh ditinggal.. Doakan sy yg kerdil ini semoga redhaNya kuperoleh.. -adikmu-

innii said...

Kerana itu sebenarnya wahai adikku..tiada istilah "jgn jaga tepi kain org"..kite kene tahu perihal sahabat2 kita dan sntiasa mgingatkan mreka..kitepun hendaklah juga bercam[ur dengan shbt2 y baik spya mreka dpt mgingatkan kita..

Anonymous said...

InsyaAllah, sy akan cuba utk join usrah kat campus nnti.. Mungkin dgn cara tu nnti akan bntu sy slsaikn mslh jika berhadapan dgnnye.. -adikmu-

me!=robotics said...

when i read this entry,i wrote my comment 2 times and i deleted it..

don't want to comment at here..

u'll received my comment if im not forget about it..

btw,thanks about that..

innii said...

kpd me!=robotics:

i got ur message even u didnt wrote it..=)

me!=robotics said...

how come?..

innii said...

kpd me!=robotics:

ape org jawe kate tuh?sixth sense?hehe..