Kakakku Adibah sayang..baru sahaja aku pulang dari menziarahi beliau di hospital sultanah aminah johor bharu..dia mengerang kesakitan menahan sakit setiap kali sedar..kemudian tidur kembali..tidur la kak..jika itu lebih menenangkanmu..sebak sungguh rasa di dada..rasa seperti baru sebentar melihat senyum dan bebelannya melihat gelagatku yang nakal (lebih kepada mulut yang ‘laser’) di jambori remaja islam yang baru sahaja usai 22-25 November yang lalu di tanjung laboh batu pahat..
Terngiang2 esak kakakku Fa..terbayang2 genangnya air mata kakakku Dalilah..melihat sahabat mereka terlantar di situ..di atas katil itu..sahabat seperjuangan..yang sentiasa di sisi tika susah dan senang..betapa kasih pada sahabat juga la kakakku Sarah dan Balqis membatalkan hasrat pulang ke rumah sebaik mendengar berita kemalangan itu..terus berada di sisi ketika kakak dihantar ke hospital pontian..bertanya khabar kakak setiap hari..meminta semua orang tidak putus2 mendoakan kesejahteraan kakak..solat hajat..
Kakakku Adibah..kakak sungguh bertuah..punya mereka di sisi..kak..ingat tu..
Kak..semoga kakakku Adibah bt Ali cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan yang lebih baik..amin..
Keperluan vs Kehendak
-
Bismillahirrahmanirrahim..'Membeli' rasa selamat itu keperluan, bukan
kehendak. Bukan pentingkan diri, tapi memenuhi tanggungjawab hakiki sebagai
pelindung...
21 hours ago
0 luahan:
Post a Comment