Thursday, April 8, 2010

RiNDu yang BeRTaMu..

BismiLLAH..

AlhamduliLLAH..usai sudah peperiksaan penggal akhir semester ini = 5 April 2010..huiii..teruk tol rasenye jawab kertas terakhir tadi..hmm..entahlah..tak moh dah cite..semoga yang terbaik untukkku ya Tuhan..aminn..dan tiada sangka,hari ini juga merupakan hari lahir beberapa orang kenalan..adik KPIJ UIA Nilai,Syaheera..adik PKPIM UIA PJ,Hazwan..dan tidak ketinggalan juga,bendahari GEN5 PKPIM UIAM sesi 2010/2011,Muazan..selamat hari lahir semua!!!hayatilah surah al-asr dalam meniti hari-hari yang kian dekat dengan kematian ini..

Perancanganku selepas usai ujian itu adalah mengemas bilikku yang……(-_-')……….ntah la..aku pun tak tahu bagaimana mahu menggambarkan bilikku ini..nak pindah rumah r katekan..aku bakal berpindah ke blok lain pada semester akan datang..dan paling tidak disangka-sangka sebilik dengan kakakku Atiqah..huuuu..haru-haru..kalau nak cerita ni macam mane boleh tersebilik ni..hui..panjang ceghitanya bak kate oghang nogori..ye tak kak?ki3..tapi nak dipendekkan cerita kami ni kan,itu lah..ALLAH adalah sebaik-baik punya perancang..korang tak nak macam mane pun,kalau ALLAH dah tetapkan,tu lah dia jadinye..hehe..sabor je la ye kak Tiqah..hehe..

Sebelum balik ke bilik untuk melunaskan agenda,aku bertemu dengan 2 orang sahabat lelaki dengan sahabat kesayanganku,Azimah..sahabat kesayanganku ni laptop die sakit kuat..tidak mengapa..dengan izin ALLAH,kite telah dikurniakan dengan doctor laptop – salah seorang sahabat lelaki tersebut –..huhu..sedang menunggu Azimah dengan kerja memindahkan file2 yang ade dalam laptopnya sebelum dibedah oleh sahabat lelakiku ini,aku ape lagi..aku pun ade rancangan lain seperti biase..bagi ceramah percuma kepada 2 orang sahabat lelaki ku ini..hehe..takpe2..kire dakwah fardhiyyah r ni..(nama sahabat lelaki tersebut tidak dapat aku siarkan di sini atas sebab-sebab tertentu – dorang ni pun bukan suke glamor2 ni.hi3 –)

Pesanan aku pada sahabat lelaki ku kali ini adalah tentang persediaan sebelum menempuh alam rumahtangga..aku sebenarnya tak nak cerita pasal ni kat dorang,tapi memandangkan umur dorang pun dah melanjut ke era dua puluhan dan bakal menjadi bapa juga satu hari nanti, - dalam tempoh terdekat aku kira..hehe – aku pun meneruskan juga agendaku ini..tazkirahku berkisarkan tentang persediaan untuk seorang suami memahami keadaan yang bakal dihadapi oleh seorang isteri kelak seterusnya menjadi penyokong terkuat seorang isteri untuk menghadapi dugaan besar yang akan ditempuhinya nanti..cewah..macam nak pergi perang je gayanya..penting ni..ingat kahwin tu perkara yang mudah ke..

Bergelar seorang isteri bukanlah sesuatu yang mudah..kerana itu,mudah sekali untuk seorang wanita masuk syurga setelah menjadi seorang isteri apatah lagi ibu kerana dugaan yang ditempuhi nanti cukup3 menguji jiwa dan sanubari..dugaan bermula setelah disahkan isteri ini terkena buatan orang..hehe..mengandung la..ingat tak penat ke nak kendong anak dalam perut tuh sane sini..buatnye dapat suami yang tak berapa nak faham bahasa, nak kite wat jugak kerja rumah seperti biasa,memang saje le tuh suami tuh..ingat kite ni saje-saje je memboyot bawa anak sane sini dalam perut?ingat boleh tinggal je anak ni kat mane2?jadi,faham r kelelahan yang akan bakal ibu ni hadapi ketika mengandung k..bawa2 r jadi suami yang romantik seperti RasuluLLAH..cewah..

Kemudian,ujian ketika hendak melahirkan anak pula..hm..ni lagi r aku pun tak tau nak kate ape..mase cite kat dorang pun,dalam hati aku mase tuh pun takut gak nak beranak nanti..tapi memikirkan setiap kesakitan yang dihadapi menghilangkan dosa-dosa,lega sikit..kira kafarah r tuh..cube korang bayangkan r sendiri kan..tahap sakit nak beranak tuh sampai banyak urat terputus..hah,bayangkan r betapa sakitnye nak lahirkan anak..ni tengok anak-anak sekarang dok derhaka kat mak tuh yang aku hangin tuh..paling hangin kalau yang sanggup bergaduh dengan mak sebab kekasih..weh,ko ingat kekasih ko ke yang beranakkan ko sampai mak ko ketepikan..cube la FIKIR sikit..otak letak kat mane la tuh agaknye..marah ni..marah..sabar is sabar..ni nanti dah lepas beranak ni banyak la plak pantang larang makan nak kene ikut tahu..bayangkan r lagi nak jaga bahagian rahim yang lukanya macam orang luka lepas eksiden teruk..ha..fikir sikit..eh,banyak FIKIR..FIKIR..ZIKIR..

Seusai beranak,ingat selesai dah..takkkk..ade lagi ni dugaan ni..ha..pantang sume kene jaga tambah tolak ade r dalam sebulan lebih..lepas tuh nak menyusukan anak lagi..nak jaga bayi ni..ingat senang..jaga bayi orang bukan cam jaga bayi kambing ye..jadi di sini,suami kene r tolong..jangan tolong tengok jerr..tolong r ape2 yang patut..sebab tu r penting kefahaman sebelum berkahwin..ingat kahwin ni senang..jangan ingat kahwin untuk melepaskan nafsu je..sebabnye,di saat isteri korang mengandung,beranak,pantang semua,korang kene r puasa..sahabatku ini bertanya tentang kenapa nak kene puasa lak..err..segan akak nak jawab dik..hehe..maksudnya,tak dapat nak ‘bersama’ isteri dalam satu tempoh yang agak lame bagi menghormati keadaan isteri..tapi kalau buat yang ringan-ringan tuh takpe la..sebab tu r,dalam kes-kes macam ni biasanya kalau suami tidak faham dan niatnya berkahwin adalah untuk melampiaskan nafsu semata-mata,itu yang senang2 je die nak ceraikan isteri kerana tidak dapat ape yang die nak..jadi,harapnya suami2 dapat faham keadaan isteri k..dan kepada bakal-bakal suami,tolong bersedia dari aspek ini okeng..

Dan..dalam seorang isteri hendak menghadapi semua dugaan ini..jiwanya haruslah kuat..dan di sinilah peranan seorang suami sangat penting untuk menyokong psikologi seorang isteri supaya kuat menempuhi ujian mencabar ini..sangat penting..nak menghadapi perubahan mendadak pada fizikal lagiiii la satu hal..kalau r suami tak faham keadaan isteri dan meninggalkan isteri tanpa sokongan,tu yang boleh jadi meroyan tuh..bukan mudah ye..bukan mudah..hmmm..nak didik anak jadi orang lagi la 1 hal gak tuh..nak2 dalam zaman yang serba serbi canggih dan makin canggih,makin mencabar r jawabnye..hui..

Kesimpulannya..ilmu agama itu jugalah yang penting dan juga ilmu2 psikologi yang lain sebelum berumahtangga..kahwin ni bukan sehari dua dik..kalau boleh sampai mati..pas tu jumpe lak kat syurga..insyaALLAH..melihatkan zaman sekarang yang terlalu banyak perceraian berlaku..aku sedih..sedangkan perceraian itu jualah perkara halal yang paling dibenci ALLAH..dan hanya lafaz talak saja yang dapat menggegarkan arasy ALLAH..astaghfiruLLAH..

Nak dijadikan cerita..begitulah tazkirah aku selaku penceramah bebas pada hari itu..si doctor laptop pun berkata – islinda ni bercerita macam r pernah beranak – haha..ha,tuh la ko..aku bace buku tau..aku pun kene wat persediaan gak..kui3..pada hal,mane ade bace buku pun..dengar cerita dari kakakku Faridah je..hehe..kak Fa yang rajin bace buku..aku rajin hurai je..terime kaseh kak..hehe..sahabatku Azimah hanya menggeleng di kejauhan..hehe..faham2 je la yeob..haha..

Sebenarnye..dalam aku seronok dok bersembang dengan dorang pasal beranak ni..aku terkenang kat mak aku..hmm..

rindu itu bertamu lagi..

memenuhi segenap ruang hati..

rindu itu meragut kalbu..

rindu yang tak terungkap dengan kata-kata..

rindu yang membuat hati tidak keruan..

tetamu rindu yang dulunya duduk diam di satu sudut..

kini..dia datang menggugat jiwa..

tetamu rindu yang menerjah pinta dilunaskan..

rindu..

rindu..

rindu..

rindu pada raut wajahnya yang kini sudah meniti usia 60 tahun itu..60 tahun..32 tahun membesarkan anak-anak seramai 6 orang..separuh usianya dibaktikan untuk orang lain selain dirinya..60 tahun..mendengarkan usia mak sahabat2 lain..40..30..hmm..muda lagi mak korang..mak aku dah 60 tahun..60 tahun..masih adakah ruang dan waktu untuk diri ini membalas jasanya 21 tahun membesarkan aku tanpa jemu?tanpa jemu?mak,jemu tak besarkan akak?jemu tak..mak masih bekerja di situ..di pasar itu..hingga kini..mengerah keringat 4 kerat yang entah masih kuat entah tidak itu..heh..ape la..mesti la dah tak kuat..mak kan dah umo 60 tahun..maaf mak..masih menyusahkan mak walau umur dah 21..walau tahu mak dah lanjut usia..maaf mak..mak..azam akak ni mak..nak jadi macam dulu-dulu balik..setiap kali balik..nak tolong mak kat pasar pagi2..sebab anak mak ni sekarang dah susah bangun pagi..kalau dulu bangun pagi tolong mak,lepas tuh terus pergi sekolah..berkat tuh mak..alhamduliLLAH dapat jadi pelajar cemerlang tiap tahun..berkat tolong mak tuh..sekarang ni tak dapat pelajar cemerlang sebab tak bangun pagi2 kot..dah bangun tido balik..huhu..mak..rindu..tunggu akak balik ye!\(^_^)/

p/s: setiap hari rindu itu bertamu di satu sudut hati yang dikhaskan untuk insan bergelar ibu..setiap jam..minit..saat..detik. . . . . . . .rindu itu tetap bertamu di situ..pasti ada ruang rindu untuk ibu..cincin di jari dipakai tanda hati telah dimiliki..dimiliki ibu..

Friday, April 2, 2010

HaTi iTu SaKiT

Hati itu sedang sakit..
Lemah sekali..
Hanya mampu terhela lesu..
Mengenang apa penawarnya..

Hati itu masih terpaku..
Kaku..
Nazak barangkali..
Tapi kata Tuan pemilik sang hati..
Ada ubatnya,jangan berptus harap!

Tapi..apa?
Apa penawarnya?
Manakan boleh pulih..
Hari-hari diasak sakit..

Tiada siapa tahu..
Apakah rasanya sakit itu..
Hanya sang Pemilik hati yang tahu..
Sang sandaran hati pun tahu juga..
Tapi sang Pemilik hati lebih tahu..

Sang sandaran hati merasa aneh..
Makin diasak sakit hati itu..
Cubalah bertahan sedikit..
Seakan dirasa makin kental..
oh..
Barangkali hati itu seperti arang..
Gelap..buruk..
Di laut apabila dikenakan tekanan yang tinggi..
Maka arang yang gelap..buruk..
menjadi berlian..
Putih bersinar..cantik..mahal pula!

Hati itu sedang sakit..
Dilanda badai gamaknya..
Badai yang dirasakan seperti membawa ketenangan..
Rupanya membawa kekacauan!

Dirasakan baik untuk hati itu..
Hakikatnya buruk..

Dirasakan buruk untuk hati itu..
Hakikatnya baik

Minta tolong Tuan pemilik hati melindungi hati itu..
yang kini tampaknya sakit kuat..

Tuesday, March 30, 2010

aLaSaN KaMU KeSeNGSaRaanN BuaT uMMaT..

BismiLLAH..

Kelmarin..aku diminta memberi nasihat kepada seorang adik sebelum dia ke kampus utama dari alam matrik..dan baru semalam..aku bermesej dengan seorang sahabat..seperti bertingkah gayanya..tapi..begitulah kebiasaanya..kedua2nya berperihal tentang 'ALASAN'..

Aku teringat pesan hujjatul Islam imam al-Ghazali dalam buku karangan beliau "Ayyuhal Walad" yang baru sahaja aku beli di pesta buku di PWTC pada 23 Mac 2010 lalu dan baru sahaja juga aku menghabiskan pembacaannya..beliau berpesan dalam buku tersebut:

"Hendaklah engkau merasa takut bila menjadi seorang yang suka memberi nasihat atau memperingatkan orang lain, kerana pekerjaan ini banyak mengandungi penyakit,kecuali bila engkau sudah dapat mengamalkannya dengan apa yang engkau katakan maka tidak mengapa engkau menasihati orang lain.dan hendaklah engkau fikirkan pada apa yang pernah dikatakan kepada nabi Isa a.s: "Wahai anak Maryam,nasihatilah dirimu,dan apabila engkau telah mengamalkan dengan isi nasihatmu,barulah engkau layak memberi nasihat kepada orang lain,jikalau tidak hendaklah engkau malu terhadap Tuhanmu.".."

Berbalik pada nasihatku pada adikku yang ku kasihi kerana ALLAH itu,aku katakan padanya..

"Nasihat akak,dalam setiap ajakan melakukan kebaikan,jangan memberikan alasan untuk tidak melakukannya..takot2 akan jauh dari rahmat ALLAH.."

Cakap2 akak bukan sekadar cakap kosong tahu..akak telah mengalaminya..mengambil tauladan dari buku Ayyuhal Walad yang akak baca juga..akak harap adik jangan salah faham..maksud akak bukanlah alasan yang kukuh..akak tahu dan faham pada setiap tingkah kamu itu pasti ada sebab yang kukuh..kerana itu,dalam setiap perilaku kamu akak tidak memaksa kamu lakukan..dalam setiap yang akak lakukan,akak akan cuba lakukan tanpa alasan..alhamduliLLAH..Tuhan sentiasa memudahkan jalan sehingga hari ini..walaupun tampaknya seperti sukar dan jalannya berliku..tapi..manakan dapat sagunya jika tidak dipecahkan ruyungnya..dan kerana akak jarang sekali memberi alasan la,dengan izin ALLAH,impaknya sungguh besar untuk akak sampailah hari ini,dan kerana itu jugalah akak merasakan inilah nasihat terbaik yang dapat akak bagi untuk kamu..

Hidup ini bukanlah sesuatu yang mudah..ingat tuh..

Kepada sahabat sepertingkahan saya malam semalam..bukan semalam sahaja..malah saban waktu pada setiap pertemuan walau di mana jua..setiap kali mesej kau,pasti ada sahaja yang x sama..x sependapat..berbeza pandangan..terima kasih untuk itu..walaupun kadang tu mahu tergelak membaca madah kau yang agak robotik..tapi yang penting maksudku dan kamu sampai..hehe..

berbeza pandangan itu perlu..sangat perlu..tapi maaf andai ade tinta aku yang mengguris hati kau..haha..

kita bercerita mengenai kau yang suka bagi alasan..bukan penyelesaian..sehingga aku merasa bosan..lambat2 kadang2 aku membaca mesej kau..seakan sudah tahu jawapan yang bakal aku terima..sampai kata kau "kalau tak bagi alasan,xde ape dah la aku nak balas"..haha..kau ini sungguh..sungguh apa ya..sungguh egoistik..dramatik..statik..aku cume suruh kau fikir je,,FIKIR je pun..kau kate nanti..aku lebih rela kalau kau tak balas mesej aku dan CUBA gak fikir sedikit..sampai bab aku suruh kau membaca untuk mencari jawapan yang tuntas dari jawapan kau yang culas pun kau malas..kau bukan nak kate "insyaALLAH nanti aku baca"..walaupun kau mungkin tak terniat pun nak buat,tapi kata-kata itu satu doa tahu?banyakkan kata 'insyaALLAH' yang ikhlas..pasti..walau sekarang tidak kau terfikir untuk buat..mudah-mudahan itu satu doa buat kau dan ALLAH akan memakbulkannya tidak hari ini,mungkin di saat yang lain..hm..sahabat..sahabat..
sebelum itu aku mahu meminta maaf pada kamu kerana suka bermadah..imam al-Ghazali ada berpesan juga dalam tulisannya supaya tidak menggunakan ayat yang susah2 ketika memberi nasihat..pasti selepas ini ayatku lebih mudah untuk kau..kecuali ketika..ketika..bila ya?kau lebih mengerti..haha..

p/s : takut2lah kalau suka bagi alasan..kelak ditanya ALLAH.."Mengapa di saat AKU memberimu peluang untuk berkhidmat padaku,tapi engkau tidak menggunakan peluang itu?"..tiada alasan lagi ketika itu olehmu untukNYA..

Sunday, March 14, 2010

MANUSIA KECEWA MANUSIA

Pada setiap harapan yang diletakkan..

Pasti mengecewakan..

Hati menjadi sakit..

Jiwa sesak..

Kalbu meronta..

Itulah manusia..

Manusia lemah..

Tak sedar diri..

Mengharap pada yang lemah sesamanya..

Perasan tuan..

Padahal mengecewakan..

Ilmu setitis air lautan..

Sudah mendabik dada..

Sudah mahu mengambil kerja Tuhan..

Sungguh..tidak sedar diri manusia itu..

Jatuh sekali..sudah mahu minta mati..

Lupa pada Tuhan yang tidak mengecewakan..

Sentiasa ingat pada hambaNYA..

Biarlah tidak sujud..

Biarlah tidak bersyukur padaNYA..

Darah tetap dialirkan jua..

Tapi manusia yang mengecewakan itu mudah lupa..

Lupa pada Tuhan yang sentiasa ingat padanya..

Ingat pada setiap nafas yang terhela..

Maka, nikmat Tuhanmu yang mana kamu dustakan?

Meletak harapan pada manusia..

Pasti kecewa..

Meletak harapan pada pencipta manusia..

Pasti indah..

HARAPAN

BismiLLAH..

Pernah aku terbaca mesej seorang sahabat yang lebih kurang begini “Orang yang paling zalim adalah orang yang membina harapan kemudian meruntuhkannya dalam diam tanpa dia tahu dia telah membinanya malah dia juga yang telah meruntuhkannya.”
Banyak perkara berlaku. Masalah hati. Biarlah orang nak kate hewi kalau tulis blog asik pasal hati je. Biarlah. Blog aku. Suka hati aku la. Dan itu jugalah antara yang dikatakan saling melengkapi antara lelaki dan wanita. Aku ambil contoh. Kalau anak nangis, mak juga yang kelam kabut, ayah ‘steady’ je kan? Kalau r mak jenis hati kering macam ayah, bagaimana anak itu mahu membesar sebagai insan yang cemerlang hatinya tanpa belaian dari mak yang seikhlas hati menimangnya? Mudah.

Aku sebenarnya ingin menegur beberapa pihak setelah aku melihat banyak masalah hati berlaku apabila beberapa perkara kecil dipandang enteng iaitu membalas mesej. Ade kes orang suka kat kita. Kita pula tak suka dia tapi setiap kali oarng tu mesej kita balas. Tahu tak perbuatan kita tu memberi harapan pada dia sebenarnya? Alasan kita balas sebab kesian? Come on la. Kalau kita teruskan kita lebih menzalimi dia sebenarnya. Kesian ke macam tu? Lebih baik bertegas dengan diri kita demi mengelakkan fitnah berlaku. Nampak hal ni macam kecil je kan bro? tapi tengok la nanti kalau korang tak dengar cakap aku.

Kedua, meletakkan harapan tak tentu pasal. Hal ni banyak berlaku dalam gerakan bila mana hati sudah suka, maka meletakkan harapan untuk si dia akan menjadi milik kita satu hari nanti. Wahhhh..beberapa lama masa berlalu, si dia berkahwin dengan orang lain ataupun cinta tidak berbalas. Kemudian, manusia yang meletakkan harapan tidak tentu pasal ini kecewa tak tentu pasal dan menghilang tak tentu pasal seterusnya merencatkan gerak kerja dakwah. Angin takde, ribut takde, tibe-tibe tsunami. Agak tidak beradab di situ. Lain kali, kalau betul suka, ada salurannya yang sesuai. Bukan simpan dalam hati lepas tu kecewa sendiri lepas tu hilang. Menyusahkan orang je. Aku pun boleh terasa kalau dapat kawan jenis ni. Terasa beb, macam aku ni bukan kawan yang baik je biarkan kawan aku kecewa sorang-sorang tanpa aku cuba bantu. Dah aku tak tahu. Aku ke yang salah?hoh.. Lepas tu, kalau dah dibantu dan jawapan tidak seperti diharapkan, redho la. Jangan r kecewa melebih-lebih. Kerja banyak lagi nak buat tahu.

Ketiga, adab dalam mengharap. Ni nak bagitahu seluruh lelaki-lelaki di dunia. Ha..kalau dah berkenan dengan siapa-siapa terutama sekali orang gerakan, minta tolong ada orang tengah. Jangan main cakap terus je pada tuan punya badan. Segan tau. Korang nak beli barang pun tanya kat tuan punya kedai, ni nak anak orang tak tanya tuan punya anak, haru r macam ni. Hee..itupun nak kena ajar ke?huh..

p/s: harapan tidak buta..