Monday, January 25, 2010

WANITA : SATU PENJELASAN

BismiLLAH..
Masih teringat perbualan aku dengan seorang sahabat tentang perihal persepsi lelaki terhadap wanita. Sahabat ini sedang bercinta sekarang. Kekasihnya bukan orang sembarangan, budak sekolah agama, aku tahu itu. Tapi..apa boleh diharap kalau sekolah je di sekolah agama tapi pengaplikasian dan penghayatan kurang. Aku tahu sahabat-sahabat sudah sedia maklum akan pendirian aku tentang soal ‘couple’. Bagus. Aku tidak akan menghalang tapi tidak pula akan menyokong. Sekadar nasihat mana yang termampu. Aku pun bukanlah dari sekolah agama nak nasihat lebih2. Nasihat aku lebih pada pengalaman. Aku tahu perasaannya orang bercinta kerana aku pernah merasainya. Bukan sesuatu yang mudah untuk diungkapkan dengan kata2 akan perasaan itu. Sekali terjerumus, 1000 kali mencuba pun belum tentu dapat berpatah balik andai tiada kemahuan dan keyakinan yang jitu lagi mantap, teguh dan kukuh. AlhamduliLLAH aku sudah kembali ke pangkal jalan. Aku tenang kini.

Berbalik tentang persepsi lelaki terhadap wanita. Lelaki semua adalah SAMA. “Lelaki memandang wanita tanpa seurat benang.” Itulah kata-kata seorang sahabat di dalam usrah yang aku ikuti. Bagaimana aku mahu buktikan? Kepada insan yang bernama lelaki di luar sana, anda boleh bertanya pada diri anda sendiri. Hanya iman yang akan meluruskan pandangan anda itu. Pandangan seorang lelaki dan perempuan TIDAK AKAN SAMA. Biasa bagi perempuan, luarbiasa bagi lelaki. Pesan Syeikh Ali Tantawi kepada anak-anak gadis pula, “Jangan kau percaya akan kata-kata manis kebanyakan lelaki kerana jika kau terdengar akan perbualan mereka, pasti kau akan merasa ngeri.” Sekarang dah nampak belum? Bukan calang2 orang yang berpesan tu.
Sahabatku tertarik dengan tazkirahku itu.huhu..sekadar peringatan pada sahabat kesayanganku ini “Sekarang ni Is nak jadi orang yang paling sayang kat wanita sebab Is melihat, lelaki-lelaki hari ini tidak akan menjaga kebajikan seorang wanita melainkan orang tu makwe dia. Kalau perempuan tu makwe dia, hu..itulah intan itulah payung..kene hujan walau setitis pun tak boleh. Dah takde dah lelaki seperti RasuluLLAH yang sangat mencintai semua wanita tanpa ada pilih bulu. Nabi siap buat kenyataan lagi tau yang Baginda sangat mencintai wanita. Ni jangan ingat Is membebel tau..Is cakap sebab Is sayang..sayang sangat kat kawan-kawan perempuan Is ni..” poyo kan Islinda tuh?huhu..

Tiba2 timbul isu tentang seorang sahabat yang suka ‘dating’ tengah2 malam belakang Mahallah ***. Hu..’port’ tu memang panas pun. Aku pun selalu je nampak dorang dok berdua borak2. Selalu kalau aku balik lewat aku akan lalu situ tapi tu la, nampak pula pemandangan yang kurang enak itu. Masalahnye aku kenal beb. Dengan budak laki tu pakai seluar pendek atas lutut, panas hati ni beb. Borak ape tengah2 malam duduk pun sebelah2? Husnu zon?maaflah..nak sangka baik biar bertempat okeng. Memanglah tak buat ape2 yang diluar batasan, tapi jaga sikit maruah seorang wanita tu, kan x manis orang pandang. Aku kalau lelaki jenis ni mudah je, awal2 aku cop xleh wat suami walau sape2 pun kalau dah x pandai nak jaga maruah seorang wanita. Macam ni nak jadi laki orang?huh!ringan je tangan ni nak tumbuk orang tau!kalau r dapat tumbuk sorang2 muka lelaki2 yang dok dating tuh memang puas hati aku beb!dapat lak hentak kepala batu dorang tuh dengan helmet, memang berbaloi-baloi!dah tengah2 malam pun dok berpeleseran lagi..kurang ajar betul!bukan tau nak jaga kebajikan kaum wanita..
Pada aku, biarlah kita ni menjadi wanita yang mempunyai pendirian. Ok nak ‘couple’ tapi xde keluar2 malam,CONTOH. That’s my stand. Ha..baru orang hormat. Mane la pengekploitasian wanita x berlaku kalau kite sendiri tidak menghormati diri kite.
Bukan mudah bergelar seorang wanita. Tapi kita bertuah dilahirkan sebagai wanita Islam. Ingat tu. Mengikut buku “Wanita Islam:Beberapa Nasihat dan Peringatan” oleh Hamizan Hussin, salah faham berlaku apabila orang ingat wanita Islam ni x bebas. Terkurung kat dalam rumahlah. Jadi hamba untuk suami la. Tidak. Sebagaimana yang kita ketahui tugas wanita yang utama ialah tugas keibuan dalam ertikata yang sebenarnya. Wanita tetap wanita walau dalam apa keadaan sekalipun. ALLAH menjadikan wanita sesuai melaksanakan tugas-tugas dalam lingkungan rumahtangga dan sekitar persoalan kaum wanita. Peranan wanita itu adalah sangat penting dalam membentuk masyarakat tetapi biarlah dalam lingkungan hijab. Oleh itu, kemuliaan dan kehormatan wanita-wanita Islam dapat dipelihara dalam masyarakat. Lihatlah betapa Islam itu sangat2 menjaga kehormatan seorang wanita tapi ramai yang tidak menyedarinya. Maryam Jameelah telah menulis mengenai wanita Barat “ Tamadun Barat telah membuktikan bahawa ia telah bersikap kejam terhadap kaum wanitanya. Pertama – ia mengkehendaki kaum wanita memikul beban seorang diri. Kedua – tamadun Barat menyeru kaum wanita keluar melaksanakan aneka tanggungjawab kaum lelaki. Ini bererti kaum wanita diletakkan di antara dua batu kisar. Selain itu, kempen2 yang sama juga dilancarkan untuk menggoda kaum wanita agar merasakan bahawa mereka haruslah menjadikan diri mereka lebih menarik kepada kaum lelaki dan mereka bertindak merosakkan kesopanan mereka dengan berpakaian yang mendedahkan. Oleh sebab itu, mereka telah dijadikan sebagai barang2 permainan kaum lelaki.” Ha..tu aku belum cerita lagi betapa teruknya taraf wanita di luar lingkungan Islam.

Tapi tu lah..melihat lelaki2 lembik pada hari inilah yang membuatkan ramai wanita mahu ke depan termasuklah aku. Nak buat macam mane lagi kan. Tapi lantang2 aku ade batas beb. Kalau ade lelaki yang nak ke depan, aku bagi laluan. Biarlah die xde skil kepimpinan sangat pun, jangan risau, aku sedia membantu dari belakang. Ko nak ke depan tu pun dah cukup baik..daripada jadi lelaki yang hanya tahu cakap belakang..hewi tak pandai berdikarilah..hewi manje la..tu la..ni la..heh..
Jelas tak jelas boleh tanya keng..bak kata adik kesayanganku Aisyah Sajuni dalam usrah HEWI, “Man and woman should be completing..but now, man and woman competing.”..

p/s : sayang wanita, tapi nanti dia salah faham pulak, cam ne?persoalan orang lelaki..huh,alasan..mintak ditampor..

1 luahan:

hadjie said...

Rancang mereancang, rancang kegagalan