Sunday, March 14, 2010

WANITA ITU . . .siri 2

Keduanya pula pastinya wanita yang berada di dalam gerakan Islam. Beberapa isu menjadi perhatian aku kini. Jangan ditanya mengapa aku agak keras kebelakangan ini. Aku mahu setiap wanita yang melangkahkan kaki ke dalam arena gerakan Islam ini tahu hal ini. Aku mahu,sekali mereka sudah melangkah, jangan lagi toleh ke belakang dan masih teragak-agak. Ingatlah, kemenangan Islam itu pasti, itu janji ALLAH. Aku mahu, sekali mereka sudah melangkah, kentalkan hati, kebalkan hati, keringkan hatimu dari basahan cinta manusia yang akan membantutkan gerak kerja! Bersikap tegaslah dengan diri kamu. Jangan ada walau sedetik pun niat sampingan di hati kamu. Niatkan sahaja segalanya kamu lakukan untuk Tuhanmu. Yakinlah, kamu bantu agama ALLAH, ALLAH pasti akan menbantu kamu..yakinlah!bukan sekadar percaya. Yakin! Ya, kita manusia biasa, aku juga begitu. Malah aku lebih biasa lagi jika kamu tahu. Tetapi, pada setiap keterlanjuran hati, banyakkanlah beristighfar dan semailah cintamu buat ALLAH yang
Esa semata.

Kemudian, bukanlah perihal baitul muslim yang ingin aku utarakan di sini (tapi mungkin ada sikit2). Apa yang ingin aku ketengahkan di sini adalah perihal pandangan alam Islam seorang lelaki terhadap seorang wanita khususnya lelaki-lelaki yang berada di dalam gerakan Islam itu sendiri. Bukan main lagi dok bercakap mengenai pandangan alam Islam (Islamic worldview). Malahan lelaki-lelaki inilah yang paling lantang sekali berbicara mengenai hal ini. Campaklah mana-mana pun majlis ilmu, muka mereka jualah yang paling terrrrrkedepan berhujah. Bagus! Mantap! Itulah mereka. Aku tidak nafikan. Siap dok perli hewi-hewi lagi asyik dok senyap je kat belakang lebih rela mendengar dari beradvokasi. Hu…terbaik..bab merendahkan semangat hewi pun merekalah yang paling terrrbaikk. Heh, cakaplah apa pun.. kalau dah pandangan alam Islam korang terhadap wanita pun tak betul, ingat kami nak hairan? Sibuk berbicara mengenai Nabi Muhammad sebagai contoh tauladan, apa korang contohi bagaimana sikap nabi terhadap wanita? Ok, lihat pada yang dikata, bukan pada yang berkata kan? Baca surah as-Saf tu sampai habis k.

Apa yang lebih mengjengkelkan adalah timbul pula suara-suara sumbang menyuruh hewi-hewi berpenampilan lebih menarik supaya barulah lelaki-lelaki di dalam gerakan tidak mencari wanita-wanita di luar gerakan. Do I care? Habis tu, apa bezanya kami dengan mereka? Dan apa pula beza korang dengan lelaki yang tidak berada dalam gerakan? Apa ingat kami berada di dalam gerakan ini berjuang berpenat lelah sampai kerja lelakipun kami buat semata-mata untuk mendapatkan perhatian korang?huh..jangan perasanlah..korang nak yang cantik tu korang punya pasal. Kami ade kerja untuk ALLAH yang ingin kami lunaskan. Tanggungjawab yang tidak akan berakhir walau berapa kali pun kami diturunkan jawatan dunia mahupun tidak pernah memegang jawatan sekalipun. Tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah. Tahu?

Kami hewi-hewi diminta untuk lebih advokasi. Terkedepan dalam isu-isu wanita dan isu semasa lainnya. Ya, tidak ada masalah. Tapi aku ingin bertanya pada kebanyakan rijal haraki ini, berapa ramai antara kamu yang selepas berkahwin nanti mahu isteri duduk di rumah sahaja atau istilah lebih sesuai, sorok bini? Pasti dan aku tidak ragu lagi, ramai yang ingin berbuat begitu. Korang nak beristeri bukan orang gerakan tu korang punye pasal. Tidak siapa pun nak kisah asalkan jangan nikah koboi (sempat lagi tu.hehe). Tapi korang sibuk kata, kalau hewi kahwin dengan orang bukan gerakan pun apa salahnya bawa suami sekali bersama-sama dengan gerakan. Baik, bagaimana pula jika aku balikkan semula hal ini pada korang? Rase-rase, timbul lagi tak isu sorok bini? Kan lebih baik korang yang latih bini korang tu. Takde la timbul fitnah berbanding nak latih hewi-hewi beradvokasi tanpa sebarang ikatan, tak gitu? Di samping dapat bawa isteri korang dalam gerakan Islam seperti yang korang dok cadangkan pada hewi. Win-win situation. Bingo!

“WANITA ADALAH TETAP SEBAGAI WANITA WALAU BAGAIMANA KEADAAN SEKALIPUN. Allah menjadikan kaum wanita sesuai melakukan atau melaksanakan tugas-tugas di lingkungan rumahtangga dan di sekitar persoalan kaum wanita.
Sebagaimana yang diketahui, tugas wanita yang utama ialah tugas keibuan. Wanita Islam tidak boleh memainkan peranan kaum lelaki sebagaimana yang telah dimainkan oleh wanita-wanita zaman moden walaupun berselindung atas nama kemajuan dan sebagainya.

Kita tidak menafikan bahawa kaum wanita juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam masyarakat tetapi hendaklah diingat bahawa peranan wanita itu hendaklah di dalam lingkungan hijab. Dengan demikian, kemuliaan dan kehormatan wanita-wanita Islam dapat dipelihara di dalam masyarakat. Di samping itu ia juga dapat menyelamatkan kaum lelaki daripada fitnah godaan sebagaimana yang banyak berlaku pada hari ini apabila wanita-wanita telah mula meninggalkan alam rumahtangga.
Apabila wanita-wanita dibiarkan berperanan bersama-sama kaum lelaki atas alasan mengejar kemajuan, kemodenan, kebebasan dan sebagainya, ianya nanti hanya akan menyebabkan berlaku berbagai-bagai penyakit sosial di tengah-tengah masyarakat.”
-Wanita Islam: Beberapa Nasihat dan Peringatan oleh Hamizan Hussin-

0 luahan: