BismiLLAH..
Penglibatan aku dalam PKPIM secara tidak langsung menemukan aku dengan satu lagi wadah. Satu wadah khas untuk wanita iaitu Hal Ehwal Siswi atau lebih dikenali sebagai HEWI. HEWI..cantikkan name 2?kalau bagi name anak sedap x agak2?keh3..ngarut, Hawa sedap r..hahaha..
Di PKPIM, untuk skop gerak kerja ia dikhaskan untuk peneraju anak negeri dalam kalangan muslimat. Untuk muslimin digelar YDP (Yang Dipertua). X sedap lak YDP maka,setiap ahli muslimat akan berada di bawah naungan majlis HEWI..muslimin jgn jeles ye..huhu~..
selalu sahaja apabila turun untuk beriadah sewaktu di matrik dahulu aku akan mngajak 2 grup.. satu grup ICT yang sempoiii..mereka terdiri daripada dak2 kelas aku..dan lagi satu sudah semestinya grup HEWI yang ‘alim2 2..aku di grup mana ya?aku wasothiah..non partisan..hahahha..aku bangga kerana mempunyai 2 grup ini..aku sayang kedua-duanya..dan angan2ku adalah untuk menyatukan kedua-duanya..oh,pasti bahagianya saat itu..hahaa..
Berbalik kepada HEWI tadi..semasa di matrik dahulu terdapat HEWI Discussion atau dalam bahasa Melayunye Diskusi HEWI..aku dapat mengajak geng2 ICTku seramai 2 orang untuk menyertainya..respon yang diberikan sangat memuaskan dan mereka menyatakan untuk ke diskusi tersebut lagi selepas melanjutkan pelajaran ke Gombak nanti..impianku untuk membawa lebih ramai lagi dak2 ICT ke diskusi tersebut di Gombak nanti, insyaALLAH..X)..
Diskusi HEWI sudah semestinya membincangkan hal-hal mahasiswi dewasa ini khususnya mahasiswi UIA dan hal-hal berkaitan agama. Dan apa yang aku nampak, semangat sungguh sahabat2ku ini apabila berbicara di sini, tetapi apabila di hadapan muslimin..nak2 azimah 2(katenye nak jadi menteri pembangunan wanita..hik3..)..keh3..kelu lidah..kalau cakap pun muke serius je..huhu..sama la kite..haha~..bagus la cam tu
Cumanya, yang aku nampak kelemahannya adalah ia sekadar memberi kesan kepada ahli-ahli diskusi sahaja. Hmmm..sudah semestinya ahli diskusi itu adalah orang yang sedar akan kepentingannya diskusi itu.. adakah sekadar itu? bagi yang x sedar?bagaimana ya?

Impianku..diskusi HEWI itu dapat dihebahkan kepada seluruh umat mahasiswi di bumi UIA ini..

Impianku..seluruh umat mahasiswi di bumi UIA itu akan menjadikan diskusi HEWI ini sebagai salah satu wadah untuk dituju jika ada permasalahan agama..

Impianku..untuk diskusi HEWI menjadi wadah informasi isu semasa..biar mahasiswi UIA sedar akan kepentingan mereka sebagai peneraju masyarakat akan datang..serta menjadi mahasiswi yang kental jiwanya..digeruni penyangak kota..apatah lagi hantu raya..yeah..
Tapi bukan sekadar itu..
Aku juga ingin supaya diskusi HEWI menjadi tempat kaunseling.. kita semuakan sebaya?buat apa nak malu

Aku tidak mahu..jika diskusi HEWI sekadar membincangkan tentang bagaimana menjadi wanita solehah idaman lelaki..atau sekadar tentang bagaimana menjadi anak solehah..isteri solehah.. atau...sekadar berbincang..resolusinya perlu ada..menyedarkan yang x sedar juga perlu ada..dan lebih kepada realiti yang berlaku sekarang..mahasiswi khususnya..pasal isteri 2..nanti je la..huhu..bukan x perlu..tapi jangan sekadar itu..

Untuk di luar skop diskusi pula..
Jika terdapat sebarang dukacita,aku teringin sekali jika HEWI cepat2 melancarkan tabung derma dan menganjurkan majlis tahlil atau doa selamat..atau apa2 lah..
Semasa beriadah pula..aku ingin sekali melihat semua HEWI turun bersama bersenam..baru cergas-cergas solehah namanya..hahaa..dan impianku..untuk menubuhkan 1 team HEWI..setiap kali ada festival sukan, kami turut serta bertanding..dan akhirnya menjadi antara team yang paling digeruni..hahaaa…dan mungkin jika ahli HEWI telah terlalu ramai, setiap jenis sukan, pasti ada team HEWInya yang tersendiri..huhuuuu..
Bagi yang x berminat untuk bersukan pula bagaimana ya..ha..baru aku sedar, ramai HEWI boleh menjadi imam..sedap bacaanya..tapi,ada sedikit kurang pada tajwidnya..maka,impianku untuk membuka kelas-kelas tajwid..aku suka belajar ilmu tajwid..jadikan mereka guru-guru untuk mengajar..tunjuk ajarku sifu..huhu..kelas

Aku tidak mahu HEWI itu disempitkan pada diskusi semata-mata..
Kerana bagiku HEWI itu..
Bukan sekadar itu..
Retorikkah aku?

p/s: aku bukanlah orangnya yang terbaik dalam banyak hal..

0 luahan:
Post a Comment