Tuesday, July 21, 2009

MuLTaQo’ NuQoBa’

Alhamdulillah..
Tercapai jua hasratku untuk ke MuLTaQa’ NuQaBa’ yang diadakan di Kolej Darul Hikmah pada 4 dan 5 Julai 2009 yang lalu..uih,lame dah berlalu baru nak wat entri kerr..huhui~..sibuk sangat gamaknyer..almaklumlah..nak mendaftar sebagai pelajar baru sekolah UIAM Gobak r katekan.kui3..

Ramai yang tanye..MuLTaQo’ NuQoBa’ tu aper?hm..sekarang ni aku ade masalah r..masalah nak bagi penerangan secara ringkas..serius..penghuraiannya sangat panjang setiap kali sahabat-sahabat bertanyakan soalan..x tau la sejak bile dapat penyakit ni..berbalik pada persoalan tadi..perkataan multaqo' berasal dari perkataan liqo’ yang bermaksud jumpa..bese x dengar orang cakap ilaa liqo’?ha..tu maksudnya sehingga jumpa lagi..nuqoba’ pula adalah jama’ bagi perkataan naqib/naqibah. Maka kesimpulannya kat sini multaqo’ nuqoba’ tu maksudnya pertemuan naqib dan naqibah. Aku ni naqibah ker?haha..x layak pun..saje je cube2..xpe2..kerana ilmu,ku tebalkan jua muka..layak x layak belakang kire..ki3..

Antara asas penting yang perlu ada pada seorang naqibah ialah aqidah, akhlaq dan pandangan alam yang benar. Multaqo’ ni merupakan multaqo’ yang kedua yang membincangkan tentang akhlaq dan pandangan alam serta ‘communication skill”. Multaqo’ yang pertama hari tu membincangkan tentang aqidah..hu..rase menyesal lak x pergi..huwa!!!tapi xpe r..kalau x dapat semua, Jangan tinggal semua kan.huhu..alhamdulillah..rasa bersyukur sangat dapat ke multaqo’ kali ni..hoye~

Slot pertama

Slot pertama disampaikan oleh Ustaz Nasir Mat Tap (jangan x tau ni abang kepada kakakku Faridah Mat Tap) iaitu salah seorang pensyarah di Kolej Darul Hikmah. Tajuknya ‘Akhlaq Mu’min Sejati Sebagai Aktivis Gerakan Islam’. Slot ini membicarakan tentang akhlaq dan adab. Ada yang bertanya, apa beza akhlaq dan adab? Ustaz cakap, lebih kurang jer..cume akhlaq tu umum..adab tu khusus dah. Mengikut Imam al-Ghazali, akhlaq itu membawa maksud sifat yang pelbagai.. Asas kepada pembentukkan akhlaq pula adalah hati.. Terdapat hadith yang mengatakan bahawa ‘di dalam diri manusia itu terdapat seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah keseluruhannya. Jika buruk hati itu, maka buruklah keseluruhannya. Itulah namanya hati.” Megikut Abdul Karim Zahidin dalam bukunya Usulu ad-Da’wah pula ‘akhlaq da’ie adalah akhlaq mu’min sejati, sifat yang sebati dalam jiwa.’ Akhlaq terbahagi kepada 2, iaitu hasanah (baik) dan sayyi’ah (buruk). Antara faktor yang boleh menyebabkan hati menjadi buruk adalah banyak makan, banyak tidur dan banyak cakap (opsss..).

Al-‘ilmu bi al-‘ulum.. Berilmu dengan belajar..

Mengikut kitab Ihya’ UlumudDin tulisan Imam al-Ghazali, dalam proses mendapatkan akhlaq yang baik dan membuang akhaq yang buruk itu terbahagi kepada tiga prses iaitu:

1. al-takholli – Mengosongkan jiwa dari sifat-sifat yang buruk (mazmumah).
2. al-tahalli – Menghiaskan jiwa dengan sifat yang mulia (mahmudah).
3. al-tajalli – Penyucian jiwa.

Adab juga merupakan salah satu aspek yang penting dalam perjalanan mendekatkan diri kepada ALLAH. Jika baik adabnya, maka baiklah perjalanannya dalam mendekatkan diri kepda ALLAH. Jika rosak akhlaqnya, maka rosaklah perjalannya dalam mendekatkan diri kepada ALLAH. Mengikut Imam al-Juziy, adab itu adalah keseluruhan ad-Din.

Ustaz tu kata lagi, seseorang yang beradab itu perlu seimbang kehidupannya. Mengikut ustaz tersebut, seimbang kat sini bukanlah 50-50 mahupun sederhana (ala kadar) megikut fahaman umum tapi maksudnya tepat. Bersifat tepat dalam melakukan sesuatu perkara terutama sekali dalam menjadi hamba ALLAH yang setepatnya. Contohnya berlaku suatu peristiwa di mana Sayyidina Abu Bakar menginfakkan seluruh hartanya pada jalan ALLAH manakala Sayyidina Umar menginfakkan separuh hartanya pada jalan ALLAH dan separuh lagi disimpan untuk keluarganya. Apabila ditanya kepda Sayyida Abu Bakar tentang apa yang ditinggalkan buat isteri dan anak-anak maka jawabnya “cukuplah ALLAH dan Rasul bagi mereka.”. Jika dinilai dengan mata kasar, maka perbuatan Sayyidina Umar akan dianggap lebih sederhana manakala Sayyidina Abu Bakar seperti terlalu ekrtrim bukan?tidak..setiap orang mempunyai penilaian tentang ketepatan dalam menjadi hamba ALLAH yang berbeza. Bagi Sayyidina Abu Bakar mungkin untuk menjadi hamba ALLAH yang baik, setepatnya untuk dia lakukan adalah dengan menginfakkan seluruh hartanya. Bagi Sayyidina Umar pula mungkin lain. Apa yang aku dapat dari pengisian ini adalah, jadilah hamba ALLAH yang sentiasa melakukan yang terbaik yang boleh dilakukan dalam mencari redha-Nya, bukan ala kadar sahaja.

Seterusnya ustaz menyambung tentang akhlaq mu’min sejati iaitu mu’min yang bersifat rabbaniy atau ulul albab atau insan kamil.. Antara kriteria-kriteria ulul albab itu adalah:

1. Penuh hikmah. (Hikmah bermaksud melakukan perkara yang sepatutnya dengan cara yang sepatutnya pada waktu yang sepatutnya).
2. Gigih dan ghairah dalam mencari ilmu.
3. Sentiasa berfikir dan bertafakkur.
4. Sentiasa mengambil iktibar daripada al-Quran.
4. Berani kerana benar.
5. Gigih berda’wah.
6. Gigih menegakkn prinsip tauhid. (Laa ilaaha illaa ALLAH)
7. Menjalankan amanah ALLAH.
8. Sabar dalam mendirikan solat.
9. Sabar dalam mencari keredhaan ALLAH.
10. Sentiasa menegakkan perintah ALLAH.
11. Pemurah menginfakan harta ke jalan ALLAH.
12. Menolak kejahatan dan taghut.
13. Menolak kejahatan dengan cara baik dan bijaksana.
14. Mengambil iktibar dari sejarah.
15. Ruku’ dan sujud setiap malam.
16. Bertaqwa.
17. Sentiasa diberi hidayah untuk melakukan yang terbaik.
18. Sentiasa bijaksana dalam melakukan pertimbangan.
19. Sentiasa menghubungkan dan menjaga silaturrahmi.
20. Melaksanakan janji kepada ALLAH.
21. Sentiasa takut akan nasib di hari kiamat.

Slot kedua

Slot ni antara yang aku tunggu. Aku teringin sangat nak tengok Wan Ahmad Faisal yang sangat terkenal dengan falsafahnya tu. Aku selalu gak bace blog dia, rausyanfikir.com, selalu gak aku termenung setiap kali bace sebab x faham ape yang die tulis. Bahasa dia tinggi betul. X sangka tol dapat jumpe beliau malam tu..alhamdulillah..kalau dah jodoh x ke mane,ye x?hehe..Wan Ahmad Faisal merupakan pelajar Universiti Teknologi Petronas dan minatnya dalam bidang falsafah nampak sangat mendalam. Malam tu dia bercerita dengan penuh semangat sekal..buku-buku yang dibacanya semuanya tebal-tebal..melopong adikku Aisyah Sajuni melihatnya.hahahha..x tahan aku tengok gelagat adikku yang seorang ini. Tajuk yang dientang beliau adalah ‘Pembinaan Pandangan Alam dalam Islam sebagai Asas Pembentukan Tarbiyyah’. Malam tu barulah aku dapat jawapan, dalam banyak-banyak pandangan aku yang dok bersepah-sepah dan mencelarukan tu sebenarnya penting untuk mempunyai satu skop pandangan dari kacamata Islam itu sendiri dan pandangan alam sangat penting untuk seorang da’ie terutama sekali naqib dan naqibah.

Malam tu best sangat..dapat kenal ramai ahli falsafah..cerita tentang tamadun Islam yang sangat maju zaman dulu r..kejatuhan tamadun Islam r..kecelaruan yang teramat sangat dan kemajuan tamadun barat r..falsafah nampak je cam poyo tapi sangat memberi impak yang sangat besar dalam pembentukan sesebuah tamadun tau..dia punye cerita tentang kecelaruan tamadun barat ni,dia ekspresikan kat muke dia..cam tamadun barat ni sebenarnya mempunyai pemikiran yang serabut gile r!x tau nak cakap ape ntah.hahahaha..aku bersyukur sangat dilahirkan sebagai umat Islam..dan sekarang masalah yang paaling utama yang melanda umat Islam adalah secularisme. Sekarang kat yang kite nampak macam r politik tu masalah yang besar sangat tapi hakikatnye politik tu hanya salah satu daripada secularisme! Antara cabang-cabang secularisme adalah politik, pendidikan dan nilai2 moral. Mereka memisahkan unsur2 kerohanian dalam setiap bahagian-bahagian tersebut. Politik Malaysia contohnya semua orang sudah sedia tahu system perundangan kita mengikut sistem perundangan British setelah British menjajah kite dulu, sudah tentu2 r bukan sistem perundangan syariah yang dijalankan. Kalau ade pun tidak dilaksanakan dengan telus. Dalam system pendidikan pula sudah terang lagi bersuluh pendidikan kita telah disekularkan..bile nak laksanakan desekularisme lak alasannye dah ade sekolah agama..aiyak..maka lahirlah bijak pandai akademik yang mengaku Muslim tetapi berpendirian secular dan terlalu liberal..dari segi nilai moral pulak, mereka telah merelatifkan semua nilai. Semua nilai moral mempunyai tempat di dunia ini x kire ianya bertentangan dengan fitrah manusia atau tidak. Contohnya memberi tempat kepada para lesbian dan gay seperti yang berlaku di Amerika kerana merasakan mereka juga perlu diberi keadilan, ruang dan peluang untuk melaksanakan keinginan mereka sedangkan Islam melarang semua itu. Adil dalam Islam membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Memberi peluang kepada pada homoseksual untuk meneruskan keinginan mereka yang bertenangan dengan fitrah seorang manusia itu adalah sesuatu yang x adil bagi mereka sebenarnya. Wan Ahmad Faisal cakap sape dak UIA beruntung sebab ape yang dia cakap sume tu t kami akan belajar gak kat matapelajaran Worldview di kampus utama nanti..alhamdulillah..dah faham dulu baru masuk kelas..x sabar nak kelas Worldview.keh3..

Senjata Pandangan Alam

Mende r ni kan..slot seterusnya merupakan slot kemahiran komunikasi. Kami dikehendaki untuk pergi cari ape2 barang dan cipta satu produk seterusnya promot produk tu. Aku sekumpulan dengan Kak Khairiyah dari KUIS, Hafiz dari UPNM dengan Iqmal dari UIA Nilai. Mule2 tu kitorang termenung je. Adikku Iqmal dan Hafiz pun amek la pelepah, daun betik, batu, rehal..Kak Yah lak amek botol. Aku?termenung.hahaha..dorang pun sambung2kan r menatang2 tu sampai jadi rupa cam meriam pun ade aku tengok tapi xkan r nak wat meriam kan..aku termenung lagi..bile tanye dorang,dorang pun x tau dorang tengah wat pe senanye ni..hahahaha..aku pun cadangkan je kite wat senjata untuk pertahanan negara.kui3..spontan punye idea..belasah je la..aku namakan senjata kami ni sebagai Senjata Pandangan Alam sempena slot malam tadi.hehe..setiap 2 kumpulan akan bertanding untuk promot produk dorang untuk memenangi hati juri dan memilih produk dorang untuk ke peringkat seterusnya..aku awal2 agak cam nak kalah je sebab kitorang memang dah ketandusan idea weh!!!aku tengok kumpulan Juara bukan main cun sangkar die wat..hoho~..tapi 2 r..mule2 kami lawan kumpulan Ramlee Samsam..kumpulan adikku Pece ni kerja dorang menghentam kami je..orang soh wat 1 produk,dibantainye 3 produk..ceh..pas tu ade ke kate kumpulan kami menggalakkan peperangan..ces..aku kagum dengan adikku yang seorang ni,persembahan dia sangat meyakinkan..adikku Iqmal juga aku kagum,soalan2 yang dilontarkan sangat menpunyai pandangan yang cukup jauh..terkedu lawan mendengarnya.ki3..kelebihan buat kumpulan kami kerana adikku Hafiz dari Universiti Pertahanan..jadi die tahu serba sedikit tentang istilah2 peralatan pertahanan,melopong juga pihak lawan mendengar name2 alatan yang pelik2 tu.kui3..Kak Yah juga x kurang hebatnya dengan batu yang dibayangkan sebagai radar.keh3..yang aku ni tau gelak je..hihi..untuk pusingan pertama melawan Ramlee Samsam,kakakku Sumayyah jurinya..x sangka weh,kumpulan aku menang!!!hoya~..termenung adikku Pece.ki3..kami pun masuk ke pusingan yang seterusnya..lawan punya lawan punye lawan..paling x sangka masuk final tuh!!!!!!kami lawan kumpulan Juara yang diterajui oleh sahabatku Sakinah, adikku Aisyah Sajuni, adikku Azam dari UIA PJ dan Azwan dari UIA Nilai dengan produk mereka Sangkar Kasih Sayang kot..kami kalah..hihi..x kisah la..yang penting yang masuk final sume wakil dari UIA PJ.ki3..ape yang aku dapat dari slot ni ialah kemahiran komunikasi tu sangat penting buat seorang Naqibah supaya ahli usroh x merasa bosan kerana penyampaian yang terlalu skema. Cara komunikasi perlulah sentiasa berubah. Dan jangan sesekali suke menghentam orang lain, dengar juga pandangan orang lain..kite ni pun bukannye selalu betul..adikku Pece menyatakan kesilapannya kerana menghentam kumpulan kami dengan harapan kumpulan kami merasa ‘down’..ceh..kamu x kenal lagi sape kakakmu yang sentiasa bersemangat ini.keh3

Akhir Kata Dari Abang Naim

Untuk penutupan, tuan Presiden Abang Helmi x dapat menghadirkan diri kerana berada di Perak kalau x silap. Maka Abang Naim sebagai Timbalan Presiden terpaksa menggantikan Abang Helmi..Abang Naim pun x kurang hebatnya..beliau menyimpulkan keseluruhan aktiviti untuk program Multaqo’ Nuqoba’ iaitu :

1. Ilmu

- fardhu ain : aqidah, akhlaq, pandangan alam
- fardhu kifayah


2. Adab
- hubungan dengan ALLAH
- hubungan dengan manusia


Kata Abang Naim, ilmu dan adab perlulah bergerak seiring.,ilmu perlu diamalkan supaya melahirkan manusia yang beradab,jika x tu yang melahirkan manusia biadab tu..beliau juga memberi 1 analogi tentang secularisme dalam nilai-nilai moral yang mahu memberi tempat kepada segala nilai di muka bumi ini. Kata beliau,jika benarlah begitu yang diinginkan, lepaskanlah serigala di tengah Kuala Lumpur, serigala pun mahukan kebebasan untuk menjadi dirinya.hahahahaha..tol gak ek..dan lagi beliau memberikan analogi untuk pandangan alam di mana pandangan alam dalam Islam itu seperti jigsaw puzzle..kerangka luar jigsaw puzzle merupakan batasan fikiran manusia yang terdiri daripada ilmu fardhu ain (aqidah,fiqah,tasawuf) dan fardhu kifayah yang dihiasi dengan adab hubungan dengan ALLAH dan manusia..biasanya jigsaw puzzle ade gambar dulu kan baru r kite boleh nak susun kan?begitu juga dengan kita,kita perlu mempunyai pandangan alam yang betul kemudian barulah kita dapat menyusunnya..kalau x jadi r macam tamadun barat yang penuh dengan kecelaruan dan x mempunyai kerangka fikiran yang diperlukan terutama dalam hal-hal falsafah..sekadar selingan, cite pasal abg naim,teringat pada bakal isterinya,Adibah..huhu..tahniah..


Alhamdulillah..

Setelah sekian lama terbelenggu dengan kekeringan ilmu di rumah,akhirnya pecah juga ruyung-ruyung tersebut..wahhh..apakah..bahagia dapat bertemu kembali sahabat2 sefikrah..adikku aisyah sajuni,x kering gusiku duduk di sebelahnya..asik wat lawak je..hm..rindunye adik2 di pj..tapi ceo2 ni sibuk sekarang..dapat anta wakil 2 orang je..huhui..


p/s : apa khabar ya para naqibah di kuantan?dengar kata sangat bahagia..huhu..

0 luahan: