Monday, January 25, 2010

MASING-MASING PERLU MERANCANG DARI SEKARANG

BismiLLAH..
Menjelang sudah usiaku yang ke21..hmm..ape nak buat ek..ntah la..teringat kata-kata saranan aku sendiri buat sahabat2 dalam usrah anak Johor yang bertajuk Muslim dari sudut keluarga bab 1.5 dalam buku Apa Ertinya Saya Memeluk Agama Islam? tulisan Syeikh Fathi Yakan. Aku berpesan supaya sahabat-sahabat sudah mula merancang untuk kehidupan akan datang bermula daripada sekarang. Umur pun masing2 dah 20 dan ke atas. Mungkin ada yang belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat atau dalam tempoh masa belajar, tapi pada aqku biarlah perancangan dibuat dari sekarang. Perancangan kewangan contohnya, sudah perlu untuk menyimpan dari sekarang. Tak untuk kawin pun, dapat pergi haji pun jadilah kan..

Bagi lelaki, tugas sebagai seorang suami bukanlah sesuatu yang mudah. Sangat perlu untuk menjadi matang sebelum usianya. Sudah perlu dari sekarang tampil ke hadapan bersuara dalam pelbagai isu. Sampai bila mahu mengharap pada orang lain? Kelak lelaki jualah yang akan menjadi sandaran bagi seorang wanita yang digelar isteri walau selantang mana pun wanita tersebut. Sudah perlu dari sekarang untuk berani menjadi imam, membaiki semula bacaan2 al-Quran yang lintang pungkang kerana kelak lelaki jualah yang akan mengimami isteri dan anak2 di rumah. Sudah perlu dari sekarang biasa melaungkan azan untuk umum supaya kelak tidak kekok mengazankan dan mengiqomatkan anak yang baru lahir. Sudah perlu belajar tegas dalam membuat keputusan kerana kelak suami jualah ketua keluarga yang akan membuat keputusan tentang perjalanan hidup sesebuah keluarga.

Bagi wanita pula, tugas seorang ibu juga bukanlah mudah. Hebat sungguh ibu yang boleh melakukan tugas sebagai seorang ibu di samping tugas sebagai pekerja. Hebat, tapi pasti ada pincangnya. Melihatkan gejala sosial yang semakin meruncing pada hari ini, lihatlah pada institusi kekeluargaanya. Si ibu lah yang memainkan peranan yang terpenting sekali pada hemat aku. Apabila ditanyakan kepada ibu kepada Imam Syafi’e, apakah rahsianya untuk memiliki anak sehebat Imam Syafi’e? ibu tersebut menjawab, usia remajaku aku gunakan sebaik mungkin untuk menjadikan diriku wanita yang solehah. Lihat..mudahkah?di mana mulanya?usia remaja mulanya..bukan ketika lepas berkahwin baru nak belajar semua..bermulalah daripada sekarang, menyiapkan dirimu dengan sifat2 keibuan dan wanita yang solehah..

Ingatlah bahawa..doa anak yang soleh jualah yang akan menemani kita di alam yang satu lagi..

3 luahan:

Hanna said...

salam...

Is yang diridui...
Begitu puitis post nie..
Is pun dah 21..hehe..
Bila lagi??
Bleh buat persiapan awal2..
Moga dapat membina baitulmuslim..

Doakan ana dlm perjuangan ini..
Berat rasa memikul bebn sendiri..
Tanpa teman di cc.
Namun, Allah sebagai pengganti..

innii said...

salam..
buat ana y drindui juga..
silap tuh ana..
ALLAH x prnah mnjadi pengganti..
tapi ALLAH jualah y sentiasa d cc tanpa hambaNYA sedari..

klu nk dibandingkan..
d cc is jualah y tiada tman y stia mnemani..
cinta ukhwah gubahan pertama jua y masih terpahat d hati..
wlupn jauh nmun ttap dkat d hati..
doa kalian jualh pneman sanubari mnegak agama suci..

doakan is juge istiqomah dlm jln ini..

freakerz said...

owh3.. hehe
mcm aku ada je dikala hari kejadian kejadian topik ini...