Sunday, May 31, 2009

..aKu,PeMuDa iTu&JiWa aNaK MuDa..

AlhamduliLLAH..

Beberapa hari yang lepas..sahabatku Azlinda beria mengajakku untuk bertemu dengan seseorang..tetapi..terdapat kegusaran juga di wajahnya..akhirnya dia menceritakan juga kepadaku siapakah gerangannya insan tersebut..owh..salah seorang pemuda pas di kawasanku..pemuda tersebut lebih kurang 30an..katanya pemuda tersebut sangat suke bercakap tentang politik..dia juga suke menegur orang dan si Linda ni pun selalu je kene..huhu..kire nahi munkar r ni..alhamdulillah kataku..bagus r jika die seorang yang berani menegur..tanggungjawabnya telah terlepas..jika hendak dibandingkan dengan aku yang beraninya masih suam-suam kuku ini..huhu~..aku tertanya-tanya..kenapa aku yang ingin ditemuinya..rupa-rupanya si Linda ni pernah menceritakan perihal diriku dan PKPIMku kepada pemuda tersebut..nampaknya pemuda tersebut seperti berminat dengan PKPIM..begitulah kiranya aku agak.....cumanya Linda kelihatan masih lagi gusar..ntah la..

Pada hari pertemuan kami..asalnya hendak menghantar pemuda ini ke stesen bas,tetapi dia membatalkan hasratnya untuk pulang pada hari itu..Linda kata,untuk mengambil masa yang lebih lame denganku barang kali..hmm..pada hari itu kami bertiga hanya bejalan-jalan sekeliling Pontian sahaja dengan menaiki kereta Linda..sangkaanku meleset sekali..pada awalnya memang tentang PKPIM yang kami bicarakan..tapi sekadar pengenalan sahaja..yang selebihnya 2 sudah pastinya tentang agenda politik beliau..aih..nama pun pemuda pas kan..cam 2 la..huhu~

Mantap sekali pemuda pas ini..setiap kata-katanya pasti diselangi dengan firman ALLAH..hadith..cerita-cerita sejarah..aku kagum dengan ilmu pengetahuan yang dimilikinya..tapi 2 la..yang x berapa sedap didengar dek telinga yang capang ini ialah..politik..sudah tentu2nya dia akan megutuk umno dan memenangkan pas..aih..walaupun telinga ini panas tapi ku relakan jua kerana peluang ini tidak boleh dilepaskan!selalunya hanya ku dengar2 sahaja tentang orang politik ini itu dan begini..kini di depan mata..peluang ini bukan selalu..akan ku gunakan sebaiknya..huhu~

Pada awalnya aku fikir hanya mahu berdiskusi dan sekadar mendengar sahaja..Linda pun telah pesan kepadaku agar dengar sahaja apa yang ingin disampaikan..jangan terasa hati dengan cara bercakapnya yang agak over tu..memang over pn..haha~..sabo je le..

Tetapi..akhirnya diskusi menjadi sidang perdebatan tanpa disedari..haha~..yeah!itu sudah semestinya!inilah jiwa anak muda!suka memberontak!pantang dicabar!lawan tetap lawan!huhu~..pemuda ini agak sombong sekali..teringin aku hendak mengenakan pemuda ini..maka,aku menjadi lawannya..kutuklah umno,maka aku akan membelanya..haha~..apa lagi..melentinglah pemuda ini..haha..modulku berjaya..tidak sia-sia ku luahkan jiwa anak mudaku..pelbagai pengetahuan..ilmu..dan pengalaman yang aku dapat..dan yang paling menarik sekali hal kafir-mengkafirkan umno..itulah saat yang aku nantikan..akhirnya berlaku di depan mata..yeah..rupa2nya itu sebabnya umno dikafirkan..tentang dasar perjuangan umno..dasarnya bukan berlandaskan perjuangan Islam..tetapi umno memperjuangkan bangsa..itulah asas kepada pengkafiran tersebut dan nas-nas serta dalil-dalilnya disebut sekali setelah itu..juga perihal islam hadhari yang dibawa oleh pak lah..islamisasi yang dibawa oleh dr m..semuanya salah dimatanya..hm..dan pastinye semua didalilkan dengan firman ALLAH dan hadith2..aku mula terfikir,bukakah sebelum ABIM wujud,perjuangan pas juga berasaskan perjuangan bangsa?ntah la..aku kagum dengan pemuda ini..cumanya dia memperlekehkan diriku yang tidak berhujah berdasarkan dalil naqliy..ya kelemahanku di situ ialah aku x punya dalil naqli untuk mempertahankan hujahku..bukan ape..aku tahu aku tidak layak..biar lah..yang penting aku menyatakan pendapat yang aku tahu tidak melampaui batas..hanya sekadar pandangan seorang anak muda yang masih terlalu cetek ilmunya..2 pun pinjam je..untung ALLAH nak bagi..hehe..x tau wat care x tau..2 lebih baik dr mnanggung dose..tapi 2 r..pemuda ni x tau langsung menghormati jiwa anak mudaku..diperlekehkan pula..dan pandanganku semua ditolaknya habis-habisan..suke hati la..dan perdebatan itu berakhir dengan kata-kataku "cara orang lain2.."..

Aku fikir,setakat itu saje perdebatan kami..rupa2nya ade perkara yang diulaskan selepas menghantar aku pulang..seperti yang dikabarkan sahabatku,pemuda itu menyatakan bahawa dia berasa sangat kasihan pada aku..katanya hijabku belum terbuka lagi untuk melihat kebenaran seperti dia..tergelak aku mendengarnye..suke ati lah nak fikir ape..mmg tentunye hijabku bgitu byk skali.aku tahu aku hanyalah insan biasa yang berlumur noda..cewah..tapi pada aku,biarlah ALLAH sahaja yang menilai siapa diriku ini..yang penting apa yang aku lakukan itu aku tahu tiada salahnya di sisi Islam..aih..untung saja aku x ada masalah sosial seperti kebanyakkan remaja lain..bila x ada masalah sosial,dikatakan pula tidak terbuka hijab untuk melihat kebenaran..hmm..tetapi yang aku paling terkilan apabila dikatakan pula aku menolak al-Quran..astaghfiruLLAH..tidak pernah terlintas niatku untuk menolak setiap dalil naqliy yang dihujahkan pemuda tersebut malah aku sangat mengagumi pemuda tersebut kerana mampu berhujah dengan firman ALLAH..aku tidak mampu berhujah begitu kerana ilmuku sangat sedikit apatah lagi mahu menolaknya!mungkin juga dikatakan begitu apabila kami berdiskusi tentang hal hukum hudud..aku tidak pernah membantah jika hendak dilaksanakan..cuma aku berpendapat,jika hendak dilaksanakan.perlukan strategi yang sangat rapi..jauh sekali aku menolak..salahkah seorang anak muda seperti aku menyatakan pandangan walaupun tidaklah sehebat mana?pada aku,jiwa anak muda itu penuh dengan persoalan serta pandangan yang begitu banyak sekali..x salah jika hendak diluahkan agar dapat dibetulkan. atau dikembangkan.nak betulkan juga ada caranya..ada caranya menangani jiwa anak muda yang agresif ini..dan pemuda ini pula tidak kena dengan caranya..pemuda ini seperti terlalu angkuh dengan ilmunya..ini mencabar jiwa anak mudaku!ya,aku katakan padanya,jika teruk sangat la umno,maka aku x akan pergi ke pas,akan aku masuk umno!aku sayangkan saudara-saudaraku islam ku di situ..dan aku mahu selamatkan mereka..jika khairiy jamaluddin seperti menyeleweng,aku akan bangun seperti pemuda di zaman Khalifah Umar al-Khattab atas tiket aku adalah ahli umno, bukan parti pembangkang..xkan kene jadi ahli parti pembangkang saje baru boleh tegur?Nah,pemuda ini baru sahaja bersua denganku telah buat andaian sebegitu..jauh benar sikap baik sangka dengan dirinya..hm..ntah la..dan apa yang aku sedih skali apabila dikatakan dia mahu tumbangkan umno..aih..apo nak dikato..bukan mahu membangun bersamo-samo..

Apabila berhadapan dengan situasi sebegini, tiba-tiba aku rindukan suasana diskusi yang diasuhkan kepadaku dalam PKPIM-ABIM-WADAH..berbeza sekali..hal politik itu mungkin ada..tetapi tidak mungkin akan dicampur adukkan dengan soal parti mana yang betul,parti mana yang salah..soal mengkafirkan juga jauh sekali..ilmuwan-ilmuwan PKPIM-ABIM-WADAH seperti Prof Sidek Baba, Ustaz Muhadir dan Prof Farid Syahran juga sangat merendah diri dengan ilmu mereka..tidak pernah memperlekehkan setiap persoalan yang timbul dalam kalangan anak muda malahan disambut baik oleh mereka..meraka sangat meraikan anak-anak muda yang suka bertanya dan memberikan pandangan..aku sangat rindukan suasana di bawah lembayung ilmu itu apabila pulang ke kampung..

Pemuda itu menyatakan hasratnya kepada sahabatku untuk bertemu denganku lagi pada lain masa dan membawa geng-gengnya yang lain yang terdiri dari kalangan muslimat pula untuk 'membasuhku'..haha..sahabatku tidak membenarkannya..risau sungguh sahabatku ini pada aku..jangan risau ye sahabat..jiwaku jiwa anak muda!HBB!

p/s : teringat aku pada si Linda yang x puas2 mengurut-urut belakangku suruh berhenti berdebat..haha..mane boleh kalah beb!aku sayang kamooo Linda!

4 luahan:

da_freakerz said...

abes r klu ko dah bukak crite berdebat..

aku dah tau dah..hahaha..

soklan kntroversi...
ko nak parti mane??...aku bebas..hehe

innii said...

ish..sbb orang 2 belagak gile je aku jd hangin..bese r..jiwe anak mude..hehe..

aku?

sokong parti mane ye?

parti pkpim ade x?aku sokong yang tu!!

hahahahaha..

da_freakerz said...

aku parti bebas..hahaha

innii said...

x kisah r mane2..jangan parti liar dh..hahaha..ape yang penting,parti tersebut menegakkan Islam..