Monday, June 15, 2009

13 Jun 2009

BismiLLAH..

13 Jun 2009

Tarikh ini begitu signifikan sekali bagi aku..

Kenapa ya?

Ya,hari inilah yang aku nanti2kan..

Hari ini aku, Azlinda dan Deqni mahu menjalankan satu misi yang agak besar aku kira..

Ya, menyambut hari lahir Puan Haliza, bekas guru kelas kami sewaktu di tingkatan empat dan lima dahulu..

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk bertemu sahabat-sahabat lama..

Alhamdulillah..kali ini kehadiran memuaskan..kebetulan ramai sahabat-sahabat yang sedang bercuti..ni senarai kehadiran mereka..semoga ukhwah berkekalan..

-Islinda, Azlinda, Deqni, Syaqila, Saipurah, Atikah, Athika, Sabariah, Aliaa', Noridah, Hanisah, Maisarah..

-Nizam, Jing Yen, Tan kee, Mahathir, Saiful, Salleh, Opet, Amin..

-Pelajar tingkatan 6 Azimat dan 6 Inspirasi '08/'09

Bertemu Pemuda PAS lagi….blogger-emoticon.blogspot.com


Semalamnya aku baru pulang dari Kuala Lumpur. Azlinda mengambil aku. Malangnya ada kelibat orang yang aku tidak bersedia untuk bertemunya untuk kedua kalinya. Badanku penat sekali. Aku bukan kembali ke matrik untuk bersuka ria. Banyak sekali aktivitiku di sana. Jika pulang ini untuk berdebat lagi, silap besarlah pemuda ini. Sampai sahaja Linda di stesen bas,pemuda itu yang sedang duduk di belakang menyapaku,aku hanya tersenyum dan membuat muka yang paling peenaaattttt sekali.. pemuda itu cuba membuat lawak tapi aku tidak larat untuk senyum pun sebenarnya. Melihatnya sahaja aku kira sudah seperti sebuah piano menghempap kepalaku. Alhamdulillah pemuda ini tidak banyak bercakap. Aku pun banyak perkara hendak dibincangkan dengan sahabatku Azlinda. Kami ke econsave dan pemuda itu meminta diri untuk pulang kerana kawanya telah sampai untuk mengambilnya. Alhamdulillah, cuma Allah sahaja yang tahu betapa nafasku yang sesak telah menjadi begitu lapang sekali. Aku dan Azlinda meneruskan agenda kami untuk membeli barang-barang keperluan untuk jamuan esok hari. Kami juga membeli satu set cawan untuk dihadiahkan kepada Puan Haliza..

Pagi yang kelam kabut..huhu..blogger-emoticon.blogspot.com


Pagi itu aku merancang dengan Linda dan Hanisah untuk membantu mereka mengambil bahan-bahan di gerai ibuku dan rewang same2 wat mee sup di warung Hanisah pada jam 7 pagi. Tapi malangya, aku ‘culture shock’.hehe.. Boleh pula aku bangun jam 8pagi..hehe..aku cepat2 bersiap dan terus ke warung Hanisah tetapi kelibat si Linda pula yang tiada. Hanisah pula termenung kerana ibunya belum sampai dan membuka warung. Alhamdulillah, aku ingatkan aku r yang paling lambat tadi.hehe..si Linda pergi bersarapan dengan Deqni dan pemuda pas rupa-rupanya. Termakbul juga hajat si Deqni untuk berjumpa dengan pemuda itu. Habis r pemuda tu kalau dah jumpa Deqni..mahunya kelam kabut dibuatnya kalau dia bersikap seperti selalu..huu..biarlah..biar dia rasa bagaimana bertemu dengan pelbagai ragam anak muda yang suka memberontak seperti kami sekelas.hehe..sementara menunggu mereka,aku dengan Hanisah bersarapan di warung sebelah. Tak sabar rasanya untuk mendengar cerita Deqni yang pastinya lucu itu..

Setelah mereka sampai, kami pun rewang r mengerjakan mee sup. Chef utamanya sudah pasti bukan aku tetapi mak dan ayah Hanisah yang sangat ‘sporting’ kerana sukarela mahu memasakkan untuk kami tanpa bayaran. Kami hanya sediakan bahan sahaja. Alhamdulillah.. dan pastinya Deqni dengan kisahnya bertemu dengan pemuda pas itu..tak dapat aku gambarkan betapa kelakarnya waktu itu dengan tulisan kerana si Deqni ni banyak sangat gayanya..uhuhu..penat aku gelak pagi tu..hhahak..

Majlis bermulablogger-emoticon.blogspot.com


Majlis bermula 2.30ptg..seperti biasa, pastinya yang lambat adalah budak lelaki..oleh sebab telah biasa dengan gelaran bro di matrik,kadang2 aku terlepas juga di sini,pelik juga sahabat2ku.huhu..xpe la..sahabat2ku tidak banyak berubah..masih seperti dahulu..dengan dak lakinye yang terhegeh2 nak masuk rumah..memang lambat sangat..sakit hatiku dibuatnya..aku cuba membandingkan mereka dengan bro yang aku kenal di matrik..huu..jauh sekali..sahabat2 lamaku ini masih belum hilang lagi sifat ego mereka yang berkecamuk itu..mungkin kerana belum keluar dari dunia Johor ini barangkali..hmm..sahabat2ku yang perempuan pula semakin cantik..sudah pandai bergaya nampaknya..aku sahaja yang masih tidak pandai bergaya..untuk majlis ini aku mengenakan jubah meroonku dan tudung labuh berwarna hitam seperti yang aku kenakan di matrik. Dan yang paling kelakar,aku seorang sahaja yang berjubah..yang lain semua mengenakan seluar..huhu..tidak ada seorangpun yang berbaju kurung..huhu..segan juga aku dibuatnya..tapi tidak mengapa,inilah diri aku sebenarnya..buat apa nak malu kan?bukan tidak menutup aurat+sendat+padat+mampat pun..huhu..

Sahabat-sahabatku cemerlang STPMblogger-emoticon.blogspot.com


Tahniah buat sahabat-sahabatku yang cemerlang untuk STPM yang mereka duduki pada tahun lepas..aku dengar majority dari mereka menerima anugerah pelajar cemerlang sekolah. Alhamdulillah..siapa kata tingkatan6 itu ‘low profile’? bahkan aku sangat kagum dengan sahabat2ku di tingkatan6 ini..mereka sanggup melalui satu fasa yang tidak ramai orang sanggup melaluinya..bahkan,adikku juga aku sarankan ke tingkatan6 jika tidak mendapat mana2 universiti.. alhamdulillah setakat ini seramai 3 orang telah diterima untuk ke USM.. yang selebihnya sedang menanti keputusan pada 19Jun ini..aku sentiasa mendoakan sahabat2ku mendapat yang terbaik..insyaALLAH..

Aku mula berangan...blogger-emoticon.blogspot.com


Seperti biasa..sejak berperanserta dalam pkpim,aku selalu sahaja berfikir tentang apa sahaja yang berlaku di sekelilingku..aku lebih suka berfikir kini jika hendak dibandingkan dengan dulu..aku melihat diri sahabat2 lamaku dan aku bandingkan dengan diriku..aku merasakan perbezaannya..aku terfikir,apakah hala tuju hidup sahabat2ku ini..apakah yang mereka dapat di sepanjang perjalanan kehidupan mereka selepas melangkahkan kaki keluar dari alam persekolahan..bagi yang baru habis tingkatan6,aku tidak hairan jika mereka masih belum matang buat masa ini kerana mereka belum ke alam selain sekolah lagi..mereka masih cumil2 belaka..yang aku fikir adalah mereka yang telah ke politeknik,ke universiti..adakah mereka dapat seperti apa yang aku dapat?aku bukanlah mahu mengatakan aku lebih baik dari mereka..sudah tentunya mereka itu lebih baik dariku..Cuma,aku mengharapkan,mereka mendapat sesuatu yang begitu membawa makna dalam diri mereka dalam erti kata sebenar,memberi makna yang membawa keberuntungan untuk dunia dan akhirat mereka..aku melihat mereka seakan sama seperti dahulu..tahukah mereka,mereka adalah pemimpin masa hadapan?sedarkah mereka bahawa mereka merupakan mahasiswa harapan sebagai pengubah masyarakat?mengertikah mereka masyarakat sangat memerlukan khidmat mereka?turunkah mereka menyertai mana-mana aktiviti kemasyarakatan?mereka sertai atau tidak persatuan yang amat menitikberatkan soal masalah remaja yang semakin runcing kini?prihatinkah mereka akan masalah umat yang melanda dunia Islam?ambil beratkah mereka tentang soal ukhrawi mereka?nah,inilah soalan2 yang bermain di benak fikiranku sepanjang bertemu dengan sahabat2 lamaku..soalan itu juga aku tujukan kepada diriku sebelum aku memikirkan tentang mereka..hmm..benarlah,aku bukanlah orangnya yang terbaik dalam banyak hal..

Potret Kenanganblogger-emoticon.blogspot.com





p/s: selepas ini kami berjanji untuk bertemu kembali selepas 5 tahun..insyaALLAH..

blogger-emoticon.blogspot.com

0 luahan: