Tuesday, June 16, 2009

Isu dan Cabaran dalam Memperkasakan Ummah melalui ICT

Isu dan Cabaran dalam Memperkasakan Ummah melalui ICT

Syahrul N. Junaini, Sulaiman Kadikon
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Universiti Malaysia Sarawak,
94300 Kota Samarahan,
Sarawak
syahruln@fit.unimas.my
Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Skudai Johor
sulaimankadikon@utm.my

Salah satu faktor yang dikenalpasti sebagai sebab runtuhnya akhlak dan mundurnya umat ini adalah kerana kerosakan dalam nilai sosial dan moral. Justeru untuk memperkasa semula umat hari ini, penguasaan ilmu, melalui penguasaan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) harus menjadi agenda utama. Ledakan ICT juga telah membuka satu lagi wahana baru dalam arena dakwah. Bagaimanapun, di dalam keghairan melayari bahtera kemajuan ICT, Islam sendiri meletakkan adab yang tersendiri.. Era kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mendedahkan satu cabaran getir bagi umat Islam era digital ini. Hakikatnya semua pihak harus punya pendirian tegas dalam agenda menyusuri arus perdana kemajuan ICT dunia. Lebih kurang 800 tahun dahulu, tradisi pemilikan ilmu dan teknologi terletak di tampuk umat Islam. Baghdad kota raya empayar Islam contohnya telah muncul sebagai peneraju aktiviti intelektual dan penguasa teknologi. Umat Islam pada kurun tersebut gah dicanang sebagai ummah yang disegani. Namun sayang sekali, ummah yang dahulunya pernah menyirami dunia, kenapa hari ini mereka sendiri kelayuan? Salah satu faktor yang telah dikenalpasti oleh Ibnu Khaldun sebagai asbab runtuhnya umat ini adalah kerana kerosakan nilai sosial dan moral [1]. Barat melihat Islam sebagai bersifat mundur dan menafikan pemodenan. Namun sebenarnya Islam memberikan satu impak yang besar kepada perkembangan ekonomi [2], politik [3] dan kepimpinan [4] sesebuah negara. Apa yang pasti agama dan kemajuan ummah bersifat penggenap, saling berkaitan dan bukan sebaliknya [5] [6]. Bagaimanapun kemajuan dalam bidang bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga tidak akan membawa apaapa makna jika nilai masyarakat Islam semakin mundur [7]. Islam tidak pernah menentang kehadiran teknologi moden seperti edagang (ecommerce) dalam memudahkan urusan muamalat harian Umat Islam [8]. Malah sebagai contoh, dalam urusan asas agama seperti Solat, sumbangan teknologi astronomi dan matematik telah memudahkan penentuan arah kiblat [9]. Justeru ledakan ICT hari ini harus digarap bagi membuka satu lagi wahana baru dalam arena dakwah. Berdakwah dengan keadah digital nyata lebih mudah. Kelebihan teknologi Internet menawarkan khidmat dakwah 24 jam sehari, 7 jam seminggu, dari dan ke mana jua di pelosok dunia. Dalam hal ini ICT harus diterima sebagai satu platform baru dalam gerakan dakwah. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan ianya sebagai 100% sempurna. Sekurangkurannya ICT harus dilihat sebagai salah satu elemen bagi mempercepatkan usaha dakwah era moden ini. Bagaimanapun, di dalam keghairan melayari bahtera kemajuan ICT, janganlah kita mudah melatah. Islam telah meletakkan adab dan etikanya yang tersendiri. Etika ini sebenarnya sudah wujud sejak lebih 14 abad yang lalu [10].

2. Isu dan Cabaran

2.1. ICT: Madu atau Racun?

Hari ini, pelbagai konteks maklumat dihidangkan melalui corong-corong media seperti akhbar dan Internet. Umat Islam perlu responsive kepada maklumat yang dibaca, didengar dan diterima. Input yang masuk ke minda manusia sama ada melalui pembacaan atau media lain akan memberi kesan kepada keimanan mereka. Imam mereka sama ada akan meningkat atau terjejas bergantung kepada nilai maklumat yang masuk. Maklumat yang diterima bukan ditelan buatbulat tetapi harus dicerna sesempurnanya. Ia harus disusuli dengan memproses dan menilai agar maklumat tersebut bernilai dan memberi kesan kepada kehidupan. Dari sudut kepimpinan pula, apa-apa maklumat dari luar yang berkaitan dengan organisasi yang dipimpin harus diawasi. Mekanisma pengawasan ini sudah tentu terletak pada bahu ketua organisasi. Maklumatmaklumat sensitif dalaman umpamanya rahsia syarikat perlu dipegang sungguhsungguh. Begitu juga dengan usaha pihak luar untuk menyebarkan berita yang berunsur fitnah sebagai contoh, perlu dikekang sekeras mungkin. Secara praktiknya, hari ini pemikiran umat perlu didedakan kepada jurus yang kedua iaitu sesuatu maklumat harus dinilai, diadili dan ditentukan terlebih dahulu. Sebarang maklumat terutamanya yang disalurkan oleh media barat harus diawasi. Bukannya kita hendak menafikan 100% peratus bahawa maklumat yang disalurkan dari barat sebagai salah, namun perlu ada pengawasan dan sifat berhemah dalam hal ini. Oleh itu, sebelum kesimpulan dibuat, justifikasi maklumat harus dibuat. Sehubungan itu. usaha demi usaha telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan dalam memastikan umat Islam khasnya dan Negara ini amnya tidak ketinggalan oleh negaranegara membangun dari segi kemajuan ICT. Ini termasuk penyediaan infrastruktur ICT seperti talian internet dan jalur lebar. Berdasarkan statistik, pada penghujung tahun ini dijangkakan bilangan pelanggan perkhidmatan jalur lebar di negara ini akan mencecah 1.3 juta orang. Kerajaan turut mensasarkan 10 peratus daripada populasi negara akan mengecapi perkhidmatan sama menjelang 2008. Menerusi Pelan Jalur Lebar Kebangsaan (NBP) pula, usaha memperluaskan kemudahan ini turut merangkumi kawasan desa dan luar bandar sebelum tahun 2010. Usaha ini tidak terhad kepada sempadan fizikal negara sematamata. Di pentas dunia, sebagai teraju utama Pertubuhan Persidangan Negaranegara Islam (OIC), negara kita telah mencadangkan agar diwujud satu resolusi bagi membentuk sebuah majlis untuk memacu keupayaan ICT negaranegara Islam. Hasilnya satu majlis yang dipanggil sebagai Persidangan Pengetahuan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk Pembangunan (KICT4D) telah diasaskan pada tahun 2005. Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi semasa merasmikan persidangan tersebut tahun lepas telah melahirkan hasrat murni beliau menjadikan ICT sebagai kaedah yang ampuh bagi memajukan ummah. Beliau mahu melihat KICT4D sebagai satu wadah bagi mewujudkan asas intelektual dan kuasa politik baru. Ini adalah untuk merealisasikan wawasan melahirkan ummah yang perkasa, bersatu dan progresif. Dengan membudayakan ICT dalam melengkapi kehidupan harian, ummah akan dapat diperkasakan. Mereka akan menjadi modal insan yang inovatif, kompetetif dan efektif. Kesemua ciri ini menjadi prasyarat kepada ummah untuk bersaing di persada global yang saban hari menuntut persaingan. Dari segi perintah Allah untuk hambanya menguasai ilmu, terdapat hadith berkaitan yang menggesa agar ilmu dituntut sejauh yang mungkin. Jika kita ingin ilmu yang dikuasai oleh mereka yang berada di Negara China, kecanggihan teknologi web mampu melakukannya. Ia dapat memaparkan maklumat yang tersimpan di pelayan (server) yang terletak di negara tersebut sekelip mata. Oleh itu ummah ini harus menggunakan sepenuhnya kemudahan ICT untuk mendapatkan ilmu sebanyakbanyaknya. Internet adalah gerbang ilmu yang seharusnya dikuasai oleh Ummah. Dengan ilmu manusia akan dapat mengenali Penciptanya. Kini kewujudaan beriburibu laman web dan portal maklumat bercirikan Islam merupakan satu sinar yang dijangka mampu menyuluh umat ini daripada kegelapan kejahilan. Terdapat juga laman web yang menyediakan alQuran untuk bacaan secara atas talian (online). Tidak ketinggalan hadith serta penerangan mengenai hukumhakam yang bolehlah dianggap lengkap. Namun kita harus berhatihati. Musuh Islam dengan mudah turut berkeupayaan menghasilkan laman web yang boleh merosakkan umat jika kita tidak mengambil langkah berjagajaga. Surahsurah dengan nama yang tidak pernah kita dengari sewenangwenangnya dimuat naik ke Internet untuk mengaburi mata umat muslim. Selain itu, tidak berapa lama dahulu umat Islam di seluruh pelosok dunia digemparkan dengan isu karikatur berkaitan Rasulullah s.a.w. Sebagai reaksi kita telah samasama diajak membenci media barat. Dalam hal ini kehebatan ICT telah ‘membantu’ menyebarkan karikatur tersebut ke seluruh dunia dalam masa cuma beberapa saat. Ada di antara kita yang menerima emel yang dilampirkan dengan lakaranlakaran karikatur tersebut telah menghantar semula (forward) kepada rakan yang lain. Namun sedar tak sedar mereka yang berbuat demikian telah terjerat oleh permainan pintar hasil idea Barat. Mereka yang berbuat demikian telah dengan tidak sengaja memasukkan diri mereka dalam rantaian yang telah dimulakan oleh sebuah akhbar Denmark sebagai ‘penyebar’. Walaupun niat mereka ikhlas hanya untuk menunjukkan kepada rakan yang lain bagaimana rupa lakaran tersebut, adakah perbuatan mereka ini boleh dianggap sebagai tidak bersubahat?Bagaimana jika tanpa mereka sedari, emel tersebut terlepas ke tangan musuh Islam? Dengan demikian, disamping keterujaan kita melengkapi diri dengan ilmu dan kepakaran ICT, janganlah kita lupa bahawa ICT cumalah suatu bentuk alat. Umpama pisau, ia merupakan alat yang boleh membawa manfaat juga mudarat. Ia akan membawa kebaikan jika digunakan oleh orang yang betul dengan cara yang betul dan begitulah sebaliknya. Pisau jika digunakan untuk memotong daging, maka daging tersebut akan dapat dibuat gulai untuk menjamu seluruh penduduk kampung. Sebaliknya pisau yang sama jika terlepas ke tangan mereka yang berhati busuk, akan digunakan untuk menumpahkan darah. Kini terpulanglah kepada kita untuk menilai dan mengguna saluran ICT seperti Internet. Jika ummah ini layu imannya, gejala seperti muat turun bahan pornografi akan berleluasa. Aktiviti fitnah memburukburukkan sesama muslim dengan mudah dilakukan hanya di hujung jari. Ingatlah bahawa jari jemari yang menaip perkataan mencarut dan menggerakkan tetikus melayari laman lucah akan menjadi saksi di mahkamah ilahi kelak. Jika ini berlaku, ICT bolehlah diibaratkan sebagai pisau yang telah disalahgunakan. Permasalahan ini berpunca daripada rasa yakin dengan sifat Allah yang maha melihat dan Maha Mendengar sudah malap. Usahlah disebut tentang sifat tunduk, takut dan taqwa kepada Allah. Maka tembok api (firewall) yang paling berkesan adalah iman yang mantap. Ia mampu bertindak sebagai bentang penyaring terhadap bahanbahan yang boleh merosakkan iman dan akhlak.

2.2. Jajahan Minda secara Digital

Generasi pasca merdeka kelihatan bingung menjiwai erti sebenar kemerdekaan. Mereka keliru memikirkan bagaimana mempertahankan kemerdekaan yang mereka warisi daripada pejuang kemerdekaan lalu. Usia kemerdekaan Negara tercinta ini sudah genap 50 tahun. Namun jajahan secara digital masih lagi berleluasa. Ancamanancaman dalam bentuk digital ini mampu mengundang padah jika internet dan media digital lain tidak ditangani dengan betul. Emel merupakan antara aplikasi utama yang sering kita gunakan. Bagaimanapun, kebanyakan pengguna emel percuma oleh penyedia seperti yahoo.com masih belum merdeka. Mereka ‘dipaksa’ menerima emel sampah (spam) berupa pujukan menjalinkan hubungan yang tibatiba masuk ke peti mel. Selain itu, rakaman dan penghantaran bahan lucah melalui telefon 3G kini beleluasa. Ingatlah bahawa anda akan dipertanggungjawabkan di mahkamah Allah SWT. Terdapat banyak lagi informasi sampah yang tidak sepatutnya berada di Internet yang diakses secara bebas. Contohnya, terdapat laman web yang memaparkan formula menghasilkan bom atau cara menggunakan senjata api. Semua informasi ini akan memudaratkan masyarakat yang merdeka. Selain itu, golongan remaja begitu mudah tertipu dengan laman web berunsurkan kefahaman black metal dan sebagainya. Media digital seperti Internet turut disalahgunakan untuk mencari jodoh. Perkenalan biasa boleh berakhir dengan perkara yang tidak sepatutnya berlaku kepada remaja Islam. Niat ikhlas mencari cinta bertukar kepada perhubungan dua insan tanpa nikah yang diharamkan. Adakah merdeka namanya jika kita masih tidak dapat mengenali baik buruk kesan Internet? Dalam kes yang lebih dahsyat, Internet digunakan untuk perkenalan dan diakhiri dengan kes rogol serta pembunuhan. Di Norway misalnya, seorang gadis berbangsa Austria dan seorang pemuda Norwegian dilaporkan telah membunuh diri dengan terjun dari sebuah tebing. Pemuda tersebut mengajak gadis berkenaan menjadi teman bunuh dirinya menerusi perkenalan di sebuah bilik sembang (chat room). Media digital lain seperti televisyen nampaknya masih lagi secara terangterangan menjajah kita. Ini bermakna kita masih belum merdeka sepenuhnya. Kerana sibuk menikmati siaran televisyen, kita terhalang daripada menikmati kemanisan bacaan Alqurandan zikrullah. Dalam kes yang lain, ada antara kita yang sibuk menonton filem Hindustan pada petang hujung minggu sehingga sanggup melengahlengahkan solat Asar. Keindahan wajah Aishwarya Rai pada kaca TV dengan mudah memperhambakan seorang muslim yang mengaku dirinya merdeka. Teruslah dia terlupa kepada keindahan nur wajah bidadari yang Allah janjikan melalui amalan kesolehan. Oleh itu seharusnya program dokumentari kisahkisah para Sahabat Rasulullah mereka memerah keringat memperjuangkan Islam daripada cubaan jajahan oleh empayar Rom dan Parsi dijadikan rancangan televisyen. Inilah rancangan realiti TV sebenar yang sewajarnya mendapat rating yang tinggi. Lebih tinggi daripada Akademi Fantasia yang membawa peserta dan penontonya ke alam fantasi hingga sesekali terlalai daripada perintah Allah. Sejarah dan titisan darah pemimpin dan pejuang ulung dalam sejarah Islam seharusnya dikongsi melalui media elektonik. Dengan cara ini barulah kefahaman tentang cara mempertahankan Islam dapat dihayati. Usaha memperjuangkan agama tercinta bukanlah satu perkara mudah. Malangnya, berapa kerat sahaja golongan muda masa kini yang mengenali para Sahabat yang merupakan pejuang Islam yang lampau? Cinta pada Allah adalah kemuncak bukti kemerdekaan. Tiada kuasa pun yang boleh menghalang seseorang daripada mentaati Allah SWT. Jika ada lagi kesusahan atau larangan dalam mentaati Allah swt ini bermakna seseorang itu masih belum merdeka. Jika kita masih bertuankan hawa nafsu, kita masih lagi hamba yang belum merdeka. Di dalam ayat ke23 daripada surah alJatsiyah, Allah berfirman: “Adakah engkau lihat orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi tuhannya dan Allah menyesatkan dia kerana mengetahui (kejahatan hatinya) dan menutup pendengaran dan mata hatinya serta mengadakan penutupan terhadap pemandangannya. Maka siapakah yang akan menunjukkannya sesudah Allah? Tidakkah kamu menerima peringatan?” Justeru semangat cinta Ilahi seharusnya disemai dalam jiwa anak muda sejak mereka kecil. Dengan ini mereka akan membesar dalam persekitaran ketaatan kepada Penciptanya. Seterusnya identiti kita sebagai muslim seharusnya dijunjung di persada selayaknya. Itulah bukti mukmin yang merdeka. Apa sahaja perkara yang berkaitan dengan identiti Islam mestilah dipertahankan. Apa yang menyedihkan ialah sesetangah Tuan Haji sanggup menanggalkan kopiahnya kerana berfikiran bahawa berkopiah tidak berapa sesuai dengan trend kontemporari. Yakinlah bahawa berkopiah adalah sunnah Rasulullah SAW. Kita sebagai umat nabi adalah pemegang amanah baginda untuk memanifestasikan sunnahsunnahnya. Generasi muda seharusnya mempertahankan jiwa mereka jajahan digital dengan mengukuhkan jati diri mereka. Jika tidak, penjajahan gelombang baru dari segi minda dan budaya akan berterusan. Senario melihat anak muda yang mengaku mempunyai jati diri dengan menyanyikan lagu Negaraku semasa menonton pasukan bolasepak beraksi adalah sangat membanggakan. Bagaimanapun, rambut mereka digayakan dengan fesyen yang tidak sesuai dengan budaya Islam. Sayang, mereka pada hakikatnya masih lagi dijajah mindanya. Kemerdekaan juga dipertahankan dengan memajukan diri dari segenap segi. Dalam kesukaran hidup, ada antara umat terdahulu yang mampu mencemerlangkan kehidupan mereka. Pada zaman dahulu tiada telefon bimbit dengan kamera apatah lagi talian internet jalur lebar. Kenapa pula generasi baru kini tidak mampu menyaingi ilmuwan silam seperti Ibnu Sina dan Al Khawarizmi? Ketika negara Barat bergerak di lebuhraya kemajuan, kenapa harus ada generasi Islam yang semangatnya luntur dan longlai? Mempertahankan kemerdekaan negara daripada ancaman digital bermakna mempertahankan agama. Alquran sendiri menjanjikan perkhabaran\ gembira bahawa jika penduduk sesebuah kampung beriman dan bertaqwa maka keberkatan dari langit dan bumi akan dibukakan kepada mereka. Persoalannya, adakah cukup kemerdekaan itu dibuktikan dengan hanya saban tahun mengibarkan jalur gemilang atau dengan melaungkan “Merdeka!, Merdeka!, Merdeka!” sematamata? Bersorak riang melihat percikan bunga api malam 31 Ogos sambil memekik terlolong bukanlah tanda generasi muslim pasca merdeka yang sebenarnya. Era kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mendedahkan satu lagi cabaran getir iaitu serangan bahan pornografi melalui laman web. Dahulunya, cara mendapatkan bahanbahan tesebut adalah melalui majalah seperti Playboy. Kini ratusan ribu laman web sedia menghidangkan khidmat yang sama atau lebih mengghairahkan. Dengan melihat paparanpaparan yang menggiurkan, pasti iman akan goyah. Umat Islam kini terdedah kepada satu lagi medium yang jika tidak dibendung seawalnya, akan merosakkan iman dan akhlak. Internet sepatutnya digunakan untuk mencari ilmu pengetahuan, bagi mendekatkan diri makluk kepada Khaliq (Pencipta). Namun jika gejala ini tidak ditangani dengan iman dan takwa, ia akan bertukar menjadi alat pemuas nafsu. Ia pasti mendatangkan kemurkaan Maha Pencipta. Aktiviti menonton bahan lucah di internet sebenarnya mengundang permasalahan sosial yang jauh lebih serius daripada yang terduga. Peningkatan kes perzinaan, rogol dan sumbang mahram sedikit sebanyak adalah tempias kegiatan memuaskan mata dengan gambargambar dari laman lucah. Hakikat ini janganlah kita nafikan. Menurut seorang pakar Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mereka yang melayari internet akan berasa bahawa mereka seolaholah berada dalam satu fantasi seksual ciptaaan sendiri. Mereka akan membayangkan bahawa aksiaksi atau imej siber itu seolaholah gambaran mereka sendiri yang sedang menikmati aktiviti seks. Jika perbuatan menikmati bahanbahan lucah di internet sudah menjadi satu ketagihan, pasti seseorang akan lalai tentang tanggungjawabnya kepada Allah. Syaitan pula akan tersenyum lebar melihat manusia yang terpijak perangkap dosa ciptaan teknologi internet. Penularan penghantaran bahan multimedia berunsur lucah tidak sekadar melalui laman web sematamata, telefon bimbit turut menjadi mangsa. Pada tahun 2004, terdapat 14.2 juta pengguna telefon bimbit di negara ini. 30 peratus daripada angka ini adalah remaja lingkungan 15 tahun. Golongan umur yang sedang mencari kepuasan ini dengan mudah akan terjerumus. Telefon bimbit berteknologi 3G yang mampu menghantar dan menerima bahan lucah seperti klip video harus meningkatkan keresahan kita terhadap gejala ini. Dengan teknologi yang mudah dimiliki, hamper setiap penguna telefon terdedah kepada bahayanya. Selain itu, menurut laporan syarikat Trend Micro pula, sehingga akhir 2006 hampir 80 peratus daripada emel yang beredar adalah berstatus spam (emel sampah). Pernahkan dalam kalangan kita yang tibatiba menerima emel yang terpapar gambar wanita separuh bogel tanpa dikenali penghantarnya? Lebih merisaukan, kanakkanak turut tidak terdedah kepada gejala perosak iman ini. Dalam satu kajiselidik oleh NetValue pada 2001, dilaporkan seorang dari kanakkanak di didapati mengunjungi lamanlaman lucah. Ciriciri penyedia bahan lucah yang sukar dijejaki memburukkan keadaan. Menurut Tabung KanakKanak BangsaBangsa Bersatu (UNICEF), pencarian bahan pornografi berkaitan kanakkanak dengan enjin carian seperti Google merekodkan 450,000 pengguna setahun. Kemudahan internet kini mudah didapati di pusatpusat siber. Kafe Siber walaupun merupakan tempat awan, turut dijadikan gelanggang melampias nafsu. Ada antara mereka yang sengaja memilih PC yang terletak di cerukceruk supaya apa yang terpapar di skrin tidak mudah dijeling orang lain. Nafsu yang bergejolak memang begitu. Namun sedarlah bahawa Allah swt Maha Melihat. Dalam pada itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dilaporkan sedang mengkaji sistem penapisan bahan lucah di Kafe Siber. Pihak berwajib mungkin akan mengarahkan semua pusat siber memasangnya dalam menangani masalah kandungan tidak sopan di internet daripada berleluasa. Aktiviti menonton bahanbahan lucah turut dijadikan kaedah mengisi kesunyian. Amalan sebegini akan menimbulkan ketagihan dalam kalangan remaja yang sentiasa berasa ingin terus mengulanginya. Para remaja paling mudah terjebak kerana mereka punya keinginan mencuba yang tinggi. Justeru kepada mereka yang pernah terjebak, sengaja atau tidak, lama atau sekejap, bertaubatlah sementara pintu rahmatNya masih terbuka luas. Terdapat juga laporan kes terpencil yang membabitkan pelajar universiti yang tidak dapat meneruskan pengajian kerana telah dirosakkan oleh laman web pornografi. Tumpuannya pada pelajaran terjejas kerana asyik terkenangkan 'benda' yang dia sukar melupakannya. Rasulullah SAW dilaporkan pernah bersabda "Wahai pemuda, barangsiapa yang mampu dikalangan kamu maka hendaklah berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan dan barangsiapa tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana sesungguhnya puasa itu ada tutupan (menutup nafsu)". Sudah tentu seseorang tidak akan merosakkan puasanya sambil melayari laman web haram sementara menunggu waktu berbuka. Dalam menghadapi gejala ini semua pihak akan terpalit jika tertimpa musibah daripada Allah SWT. Disarankan agar para pendakwah bahumembahu bergabung dengan pakar ICT, memastikan usaha nahi mungkar dijalankan dengan betul. Keadaan semasa jelas menunjukkan kadar kerisauan terhadap penderitaan umat ini di kalangan kita masih berkurangan. Selain itu, anakanak kita yang menyiapkan tugasan sekolah mereka dengan melayari internet sebagai sumber pencarian bahan harus diawasi. Khuatir nanti 'bahan' yang mereka muat turun bukanlah bahan yang sepatutnya ditampal pada ‘buku skrap’ mereka. Untuk itu letakkan sahaja PC di ruang tamu supaya mudah kita mengawasi aktiviti online mereka. Antara sedar atau tidak, sebenarnya gejala pornografi adalah perancangan rapi agenda Barat. Mereka mempunyai iltizam untuk merosakkan akhlak generasi Islam. Unsurunsur lucah cuba ditanam pada minda belia agar nanti mereka membesar sebagai pemimpin yang tidak takutkan Allah. Di Indonesia, cadangan melaksanakan Rang UndangUndang Pornografi dan Pornoaksi (RUU APP) panas dibahaskan. Bagaimana dengan kita di Malaysia? Tepuk dada Tanya iman. Kepada mereka yang tidak dapat mengawal jiwa, cara terbaik adalah dengan tidak mengakses internet langsung. Elakkan daripada membuat sambungan talian internet jika anda merasakan diri anda tidak mampu dan iman anda lemah. Cubalah beristighfar dan kawal diri. Melihat sahaja kepada AlQuran sudah mendatangkan pahala, apatah lagi membacanya. Begitu juga, melihat sahaja pada gambargambar porno pada laman lucah sudah mendatangkan dosa, apatah lagi melayarinya.

3. Rangka Kerja Tindakan

Ummah hari ini mahu tidak mahu perlu menguasai maklumat. Ini adalah kerana maklumat adalah kuasa. Untuk memudahkan masyarakat mendapat akses kepada maklumat. Maka tidak boleh dinafikan infrastruktur maklumat perlu ada. Kepimpinan yang inginkan masyarakat celik ICT perlu menyediakan rangkaian Internet kepada masyarakat. Begitu juga dengan kepimpinan yang inginkan masyarakat celik huruf perlu menyediakan perpustakaan dan kelas membaca kepada masyarakat. Di dalam hal ini ICT boleh dianggap sebagai satu perkakasan untuk proses pengislamisasian semula (reIslamization) umat yang ampuh. Namun sudah tentu prosesnya sukar dan penuh komplikasi [11]. Jika dahulunya kuliah agama hanya dapat diikuti di pondokpondok, kini ianya boleh ditatap di depan skrin komputer. Fenomena mengaji dengan membawa kitab yang beratberat kini diambil alih peranannya oleh kitabkitab digital yang termuat di dalam pangkalan data. Sebelum ini untuk mengikuti ceramah agama, seseorang harus mengetahui tarikh, tempat dan masjid yang menganjurkannya. Jika terlepas, tiadalah lagi peluang kedua. Kaedah lama ini bergantung kepada cara menghadiri kelas atau ceramah di masjid atau surau sematamata. Kini, klip video ceramah boleh dimuat turun dan dimainkan semula pada computer masingmasing. Jika terlepas ceramah di masjid, anda boleh muat turun fail tersebut dari laman web yang menyediakan khidmat yang dimaksudkan. Dari segi Internet, laman web yang berasaskan maklumat Islam harus diperbanyakkan. Buat masa ini maklumat di Internet berkaitan hukumhukum Islam dalam bahasa Malaysia masih jelas berkurangan. Dalam pada itu, unsure negatif Internet wajib disekat. Gejala pornografi dan bahanbahan lucah boleh menghancurkan umat terutamanya remaja. Pemimpin harus memikirkan bagaimana Internet yang seharusya memberi ilmu yang berguna kepada masyarakat dapat dioptimumkan penggunaannya, bukannya menjadi dajjal yang merosakkan iman dan akidah. Perlu diingatkan bahawa kemudahan ini tidak bermakna semua orang harus mengikuti ceramah dari rumah masingmasing hingga masjid kekosongan. Suatu masa dahulu juga, media televisyen dan radio adalah kaedah utama menyebarkan maklumat berkaitan Islam. Namun kini kepesatan teknologi ICT dilihat sebagai berjaya mengambil alih peranan TV dan radio. Ini kerana liputannya lebih luas hingga mencakupi timur dan barat, utara hingga selatan. Maklumat yang ada pada Internet juga boleh sentiasa dicapai selagi pelayan web (web server) tidak dipadamkan. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai peneraju pengurusan Islam di negara ini tidak mahu ketingalan menggunakan ICT sebagai wadah dakwah. Laman web portal yang boleh dicapai di www.islam.gov.my mencerminkan usaha serius lagi murni JAKIM, sesuai dengan peredaran zaman. Dari segi kandungan maklumat, Portal JAKIM menyediakan kemudahan rujukan tafsir alQuran daripada pimpinan arRahman. Dalam bidang hadis pula, disediakan pangkalan data Mastika Hadis serta eHadis. Umat Islam yang mengalami apaapa kemusykilan kini tidak perlu lagi terkialkial mencari ustaz yang boleh membantu. Kemudahan ruangan kemusykilan agama pada portal tersebut insya Allah dapat membantu. Ruangan eFatwa juga membincangkan hukumhakam semasa untuk rujukan segera dan terkini. Bagi para khatib di seluruh negara, usah risau lagi mencari ilham untuk menulis teks khutbah. Terdapat khutbah online yang boleh dimuat turun untuk dibacakan di atas mimbar. Laman portal Jakim yang mula diakses pada tahun 1996 kini semakin menarik. Ia padat dengan maklumat berguna. Ia kini memberikan peluang kepada umat Islam mencapai maklumat dengan hanya di hujung jari. Ia juga diperkemas dengan elemen multimedia interaktif yang dapat memikat pengunjung laman. Inilah manfaat jelas dan langsung daripada teknologi Internet. Perkongsian pintar dari segi ilmu memudahkan proses pembangunan pengetahuan dalam kalangan umat. Kita harus memahami bahawa penggunaan ICT dalam berdakwah tidak sama sekali bermaksud bahawa dakwah secara asli sebagaimana sunnah Rasullullah SAW harus ditinggalkan. Ia juga tidak bertujuan untuk membawa bidaah hasanah dalam menyebarkan kalimah Allah. Penggunaan ICT tidak sama sekali dapat menandingi kehebatan metodologi dakwah daripada lorong ke lorong pada zaman keagungan Islam. Apa yang perlu dijelaskan di sini ialah kita sebagai umat Islam yang hidup pada kurun terkini harus memanfaatkan ICT. Ia harus dilihat sebagai rahmat yang memudahkan rangka kerja dakwah kita. Oleh itu sokongan padu harus berterusterusan diberikan kepada golongan yang masih teguh mengekalkan kaedah dakwah tradisi peninggalan Nabi. Sebagai tanda syukur atas nikmat kemajuan teknologi, gunakanlah ICT sebaik mungkin. Ambillah peluang ini untuk membawa manusia di seluruh alam lebih hamper kepada Penciptanya. Rasulullah SAW diutuskan untuk seluruh umat di seluruh alam hingga hari kiamat. Kini baginda sudah wafat. Sebagai umat nabi kita tidak dapat lari daripada memikul tanggung jawab memastikan misi baginda menyampai kalimah Allah berterusan. Hakikatnya, kelebihan yang ditawarkan oleh ICT harus dimanfaatkan untuk mengisi tuntutan agama. Dengan menjunjung perintah Allah, barulah setiap perkara di dunia ini layak dikatakan sebagia membawa manfaat. ICT harus digunakan untuk menjunjung perintah Allah. Usaha dakwah harus berkembang pesat melalui ICT. ICT sudah banyak membantu memajukan sifat material dalam hidup manusia. Namun manusia lupa bahawa ia harus ditangani sebaik mungkin untuk memajukan sifaat rohani manusia itu sendiri. Pembagunan spritual adalah yang lebih utama.

3.1 Masjid Sebagai Pusat Sumber Maklumat

Kepimpinan masjid patut mula melihat bahawa segenap masyarakat yang mendiami kawasan tersebut perlu dilengkapi dengan maklumat. Usaha ini harus dimulakan di masjid. Sekaligus menafikan masjid sebagai hanya tempat beribadat. Masjid harus dilengkapi dengan sumber manusia yang secukupnya. Dari segi pendidikan anakanak, masjid dicadangkan mempunyai guru tuisyen yang dibayar secara kontrak. Mereka boleh mengajar subjeksubjektertentu sebagai menguatkan lagi pelajaran yang diperolehi di sekolah. Pemimpin harus jelas bahawa pengajaran ilmu alQuran dan hadith tidak boleh dikecualikan. Sebagai contoh pada sebelah pagi, kanakkanak bolehlah mengikuti pendidikan formal di sekolah dengan sukatan pelajaran kebangsaan. Sebelah petang atau malamnya pula kelas pengajian dan hafazan alQuran atau Ilmu Hadith boleh dianjurkan. Ibu bapa yang menghantar anakknya ke kelas pengajian akan turut dapat mengikuti kelas pengajian Fardhu Ain dan seumpamanya. Pemimpin harus jelas bahawa pengajaran ilmu alQuran dan hadith tidak boleh dikecualikan. Sebagai contoh pada sebelah pagi, kanakkanak bolehlah mengikuti pendidikan formal di sekolah dengan sukatan pelajaran kebangsaan. Sebelah petang atau malamnya pula kelas pengajian dan hafazan alQuran atau Ilmu Hadith boleh dianjurkan. Ibu bapa yang menghantar anakknya ke kelas pengajian akan turut dapat mengikuti kelas pengajian Fardhu Ain dan seumpamanya. Semua program ini boleh dijalankan di masjid tempatan. Sebenarnya perkara ini sudah lama dipraktikkan di sesetangah masjid di England. Pengurusan maklumat masjid mereka uruskan sebaiknya. Secara tidak langsung, usaha mengimarahkan masjid akan berhasil.

4. Kesimpulan

Kertas kerja ini telah mengutarakan satu rangka kerja bersepadu dalam menggunakan ICT bagi memperkasakan semula umat Islam. Hakikatnya semua pihak harus punya pendirian tegas dalam agenda memperkasakan diri menyusuri arus perdana kemajuan ICT dunia. Hakikatnya, keberlangsungan keamanan hidup hasil kemerdekaan hanya akan dapat diteruskan jika rakyat sesebuah negara mengutamakan tuntutan agama. Dengan menjunjung perintah Pencipta barulah kelestarian fungsi sebenar insan sebagai khalifah di muka bumi dibuktikan. Kesimpulannya, kemerdekaan dari cabaran arus digital harus difahami dan ditangani dengan kaedah yang setepatnya. Kini dunia barat dengan mudah mempersenda umat islam melalui ICT. Kita yang mengaku sebagai umat islam era moden haru bertindak segera. Pastikan kita juga celik teknologi. Dengan itu kita tidak lagi dengan mudah daapt dipersenda. Eksploitasikan ICT untuk membetulkan persepsi negatif Barat terhadap umat Islam. Tidakkah kita semua berperanan menyebarkan dakwah melalui lebuhraya maklumat tanpa sempadan dalam era komunikasi moden ini?

Penghargaan

Setinggitinggi penghargaan ditujukan kepada Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi kerana telah menaja pembentangan kertas kerja ini.

Rujukan

1. M. U. Chapra, Ibn Khaldun's theory of development: Does it help explain the low performance of the presentday Muslim world?, Journal of SocioEconomicsIn Press, Corrected Proof, Available online 23 May 2007.
2. F. L. Pryor, The Economic Impact of Islam on Developing Countries, World Development 35(11), November 2007, 18151835.
3. V. K. Borooah and M. Paldam, Why is the world short of democracy?: A crosscountry analysis of barriers to representative government, European Journal of Political Economy 23 (3), September 2007, 582604.
4. M. Kriger and Y. Seng, Leadership with inner meaning: A contingency theory of leadership based on the worldviews of five religions, The Leadership Quarterly 16 (5), Toward a Paradigm of Spiritual Leadership, October 2005, 771806.
5. M. Noland, Religion and economic performance, World Development 33 (8), August 2005, 12151232.
6. B. Maddox, Secular and Koranic literacies in South Asia: From colonisation to contemporary practice, International Journal of Educational Development 27 (6), November 2007, 661668.
7. R. Mohd. Amin, S. Abdullah Yusof and M. A. Mohamed Haneef, Values, social problems and balanced development in Malaysia, Journal of SocioEconomics 35 (1) Essays on Behavioral Economics, February 2006, 151163.
8. N. Zainul, F. Osman and S. H. Mazlan, Ecommerce from an Islamic perspective, Electronic Commerce Research and Applications 3 (3) Autumn 2004, 280293.
9. D. A. King, The Sacred Geography of Islam. In: T. Koetsier and L. Bergmans, Editor(s), Mathematics and the Divine, Elsevier Science, Amsterdam, 2005, 161178.
10. R. Y. Afifi, Biomedical research ethics: An Islamic view part II, International Journal of Surgery 5 (6), December 2007, 381383.
11. R. R. Hanks, Dynamics of Islam, identity, and institutional rule in Uzbekistan: Constructing a paradigm for conflict resolution, Communist and PostCommunist Studies 40 (2) Special Issue: Conflict and Conflict Resolution in Central Asia: Dimensions and Challenges, June 2007, 209221.

p/s : ICT dan Islam tak dapat dipisahkan..yeah~blogger-emoticon.blogspot.com

1 luahan:

syahrulnizam said...

Terima kasih kerana memasukkan kertas kerja saya di sini.

Boleh saya tahu dari mana dapat full text nya?

www.syahrulnizam.com