Friday, June 26, 2009

PeKaN NaNaS BaKaL SePi..

BismiLLAH..

TAHNIAH BUAT SAHABAT-SAHABAT Tingkatan6 SMKDMYS 08/09..

AlhamduliLLAH..seramai 32 daripada 57 orang pelajar tingkatan 6 sekolah lama ku, SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman, telah berjaya melanjutan pelajaran ke IPTA..antaranya :

USM - Qila, Deqni, Tan Kee, Asha, Nadia Mohed, Halimah
UUM - Azlinda, Ika Sukir, Bazilah, Yaya, Moja, Shanker
UPM - Mun, Noridah, Hidayah Ismail
UITM Shah Alam - Aliaa
UKM- Omar
UMK - Hafiz, Taufiq
UNIMAS-Hanisah,Badrul,Mei Feng
UMS - Amoi
UTM - Huda

Hebat tak sahabat2 aku?hazaa min fadhliy robbiy..aku juga menumpang gembira atas kejayaan mereka..mereka semua bakal mendaftarkan diri sekitar hujung minggu ini..jika dulu,aku dan beberapa sahabat yang lain yang terlebih dahulu meninggalkan Johor pergi meninggalkan mereka..kini,kami pula ditinggalkan mereka terkontang kanting kerana cuti kami belum lagi habis..kui3..padan muke..haha..merase la ko kene tinggal lak..haha..

Aku kagum dengan semangat sahabat2ku di tingkatan6 ini..masih terngiang2 akan ucapan dasar Cikgu Haliza (hehe~) semasa re-union tempoh hari yang mengatakan bahawa ucapan tahniah memang sepatutnya diucapkan kepada mereka kerana berjaya melalui satu tempoh tingkatan6 yang bukan semua orang sanggup menghadapinya..ya,tidak aku nafikan ramai sahabat2ku yang mendapat tawaran ke tingkatan6 tetapi menolaknya dan pergi ke politeknik,kolej dan tidak kurang juga yang terus bekerja atas dasar tidak standard kerana perlu memakai uniform sekolah dan memandang rendah akan keupayaan silibus di tingkatan6 untuk membawa mereka ke peringkat lebih tinggi lagi..aku agak kesal dengan sesetengah sahabat yang berfikiran sebegitu..nah,sekarang sahabat2ku di tingkatan6 telah membuktikan yang mereka mampu ke IPTA selepas STPM setelah gagal berbuat demikian selepas SPM dahulu..syabas sahabat2!ingatlah,bumi ALLAH itu luas..

Pekan Nanas kelak bakal sunyi tanpa anak-anak muda berjiwa muda yang cekal ini..dan bakal lebih sunyi lagi setelah aku habis cuti nanti..cewah~

BERTEMU UMMI

Kelmarin aku ke sekolah lamaku menemani sahabatku Diyana untuk bertemu dengan Cikgu Rozman bagi membincangkan tema untuk projeknya di UITM nanti..diploma show katanya..wah3..bakal designer sahabatku ini..ameenn..terserempak pula dengan Cikgu Rohani..beliau meminta khidmatku untuk menjadi tutor subjek Add Math..wahhh..dalam BI 2..aku sedikit melatah..hek3..Cikgu Rohani pula memerliku..ai,kata UIA..huhu..Diyana pula diminta oleh Cikgu Rozman untuk menunjukkan skill2 melukis di hadapan budak2 tingkatan6..ha..elok la 2..aku add math,diyana seni..kembali berkhidmat di sekolah yang banyak budinya kepada kami ini..tapi malangnye cuti kami tinggal sedikit je lagi..tapi xpe la..skit pun jadi la yek..huhui..

Yang paling aku teruja apabila bertemu dengan Cikgu Kaunseling kami..Pn Maimunah atau lebih mesra dengan panggilan Ummi..beliau agak terkejut apabila mendapat tahu aku mengambil jurusan ICT..bukan bidang yang sesuai dengan kebolehanku katanya..xpe lah Ummi..huhu..oleh sebab beliau merupakan guru kaunseling,maka aku amat teruja berjumpa dengannya kerana dengan guru kaunseling,kita boleh berbicara apa sahaja dan mereka akan menjadi pendengar yang sangat baik..sebenarnya,aku agak sedikit bosan duduk di sini..pemikiranku seakan-akan terperap begitu sahaja..tidak sama dengan ketika aku berada di kampus..apa lagi,ku gunakan peluang bertemu dengan Ummi ini untuk kuluahkan segala-galanya..aku menyatakan rasa terkilanku dengan situasi sahabat2ku di sini..aku katakan,alangkah ruginya ya Ummi apabila anak muda di sini lebih suka kepada perkara2 picisan..alangkah bosannya saya Ummiy apabila balik2 saja di sini hanya mendengar cerita tentang boyfren girlfren..gaduh sana gaduh sini..tiada langsung elemen2 idealisme anak muda..aku tidak pula melanjutkan kekesalanku apabila melihat mereka masih terleka dengan hiburan2..artis2..download2 lagu..tetapi aku tidak menyalahkan mereka,jauh sekali memandang rendah mereka..mereka tidak diberi pendedahan yang sepatutnya..Ummi juga cuba merasionalkan aku yang merasakan diri ini insan pelik di kampung sendiri..huhu..

Kemudian kami beralih ke cerita di alam kampus..aku meminta pandangan Ummi tentang UIA..aku agak terkezut apabila Ummi menyatakan UIA agak sosial kerana adanya pelajar dari luar negara..huhui~x sangka saya..aku pun menceritakan pendedahan yang aku terima di sana..alhamduliLLAH semuanya baik2 sahaja Ummi..tentang PKPIM pastinya tidak terkecuali..hihi..Ummi sempat berpesan denganku supaya berhati-hati dengan kewujudan Wahabi yang boleh memesongkan aqidah yang kini sedang bergiat aktif di dalam kampus2..doakan anak didikmu ini baik2 saja ya Ummi..doakan aku sentiasa di bawah lembayung lindungan ILLAHI..

Sebentar sahaja aku dapat berdiskusi dengan Ummi berdua..kerana sahabatku Diyana telah selesai berbincang dengan Cikgu Rozman..Ummi seakan-akan tahu yang aku tidak mahu meneruskan bicara di hadapan sahabat2ku..kira ni rahsia kami berdua je r..huhu..maceh ya Ummi..tidak sempat aku hendak berbincang lebih lanjut tentang permasalahan ummat hari ini..lebih2 lagi tentang masa depan anak muda harapan agama..Ummi..aku lemah keseorangan di sini..bertemu Ummi,membantu mengukuhkan lagi diriku yang kian rapuh keseorangan bersama minda yang terperap..huhu~

MU NANTIKU GOMBAK!!!!!!!!!!!!!!!!!

Alhamdulillah..kegelisahanku berakhir..dapat gak offer letter neh..lambat tol UIA ni wat keje..kui3..padahal salahku juga yang asik resit..tp x kire..UIA gak yang salah..kui3..aku bakal mendaftar di UIA Gombak pada 7julai2009..hmm..x sabarnye rase..sape rindu is angkat tangan!!!hahahaha..

p/s : saya dapat mahallah hafsa..anda pula bagaimana?

2 luahan:

da_freakerz said...

member ko tak de g uia ker??..huhu..

aku mahalah uthman.. tau??..hehe

mahallah hafsa??..giler jauh ngan kuliah ko..

kurus kering r kat sane.. kah3...

innii said...

member aku?ramai jer..dak2 cfs y masuk t sume member aq..kui3..

klu mmber kat skola lame 2 xde la..dorg x mnx..katenye susah..uia nak muet ben4..ntah le..x cube xw kn..x ksah la..dh msuk u dh pun..huhui..

ko xyah nk mnipu..mahalah hafsa dkat je dgn kuliyah ict..aq dh g dh..nk takotkn aq knon..ces..

aq doakan ko smakin slim kat gombak t ye dak montel..huhui..